Thursday, May 31, 2012

Lovely lace


Assalammualaikum dan selamat malam
lace roses shima beli dengan bantuan rakan fb, tq ct

 
 
yang ni beli sendiri di kedai bunga
nak buat apa ya, entahlah seperti biasa beli dulu
huhu

 

Wednesday, May 30, 2012

Candle light

 Assalammualaikum dan selamat malam

emm, bila bersemangat  dan rasa banyak nak cerita tapi tiba2 tadi blackout pula,
so shima cuba belajar teknik gambar candle light
hasilnya... kabur



bila dah gelap gelita ni, shima ingat satu je kan,
insaflah sekejap... semoga berpanjangan ya.

Thursday, May 24, 2012

Vintage cards

 Assalammualaikum dan selamat malam
hanya nak share vintage cards yang ada dalam simpanan shima
ada yang dah berusia 100 tahun, macam tak percayakan.
tapi rasanya macam dari negara Rusia, sebab tulisan pun tak faham,
shima hanya suka pada gambarnya sahaja.



 
 banyak jenis vintage cards, tapi shima pilih yang macam lukisan.

sehingga shima menulis lagi
papai

Monday, May 21, 2012

Semangat

 Assalammualaikum dan selamat malam
semangat sekejap naik dan banyak turun

 yang memerlukan suntikan, vitamin BB-Benda Baru

supaya ia kekal berdiri teguh.

sehingga berjumpa lagi.

Tuesday, May 15, 2012

Terima Kasih cikgu.. 16.05.12

 Assalammualaikum dan selamat malam
bercerita tentang shima di sekolah rendah dan menengah,
shima seorang yang pendiam, memang selalu rasa rendah diri.
tapi secara diam2 sebagai seorang murid, 
shima banyak  membina peribadi dari didikan cikgu2
Kenangan di sekolah rendah,

Terima kasih cikgu 
Cikgu Azizah
masa shima darjah 1,
masa tu cikgu Azizah suruh semua murid lukis muka dia,
masih shima ingat lagi, cikgu ni pakai blouse warna merah, rambut ala2 Alleycats, 
dan ada tahi lalat besar di dagu,
tak sangka lukisan tu dimasukkan dalam satu pertandingan, so cikgu azizah tolong touch upkan... 
he he, confirmlah dapat no 1.
Cikgu Abu Hassan
rasanya cikgu yang paling shima takut masa sekolah rendah.
salah saja buat Matematik, setiap satu soalan kita orang akan dapat pangkat di muka,.. sarjan.. konstabel, inspektor.
cikgu akan calitkan dengan pen merah di pipi... 1 salah 1 calit, bukan sebab tak buat kerja, 
tapi sebab salah buat kerja...huhu
cikgu ni pun ajar subjek lain juga, emm sejarah kalau tak silap, sebab shima pernah kena paaaaaaaaanggggg
dengan buku kat belakang kepala, sebab dikatakan salah tunjuk perenggan masa pelajar lain membaca,
emm rasanya shima dah tunjuk dengan betul.
Cikgu Khalid
seorang guru seni yang banyak mengajar teknik lukisan,
memang shima membina minat terhadap lukisan masa ni.
Cikgu Fatimah
guru kelas dan guru Bahasa Melayu
yang lembut dan tulisan beliau... cantik sangat.
shima rasa shima banyak meniru tulisan beliau, tapi tak lah secantik cikgu ya .

masa di sekolah menengah pula

Cikgu Noraini
yang banyak mengubah kecintaan shima dalam mata pelajaran Matematik,
suka sangat cikgu ni mengajar semasa shima tingkatan 1 dan 2,
 seorang yang agak serius, susah nak senyum, macam shima kot.
Ustazah
shima tak ingat pula namanya, tapi seorang yang tegas, 
yang paling shima ingat ayat beliau,
tak kira siapa, kalau bukan muhrim, awak salam juga, "macam menggenggam bara api neraka".
banyak shima belajar dari ustazah ni, bermaksud yang salah tetap salah,
tak perlu kita cari alasan.
Puan Hendon
guru kelas shima masa tingkatan 4 dan 5.
beliau mengajar subjek Biologi.
shima dapat masuk kelas sains, shima nak tukar ke kelas akaun cikgu ni tak bagi,
so masa dapat result SPM, dia yang bagi keputusan, 
dia kata dengan shima saya kecewa dengan result Bio awak... ngeeeeeeeee
 sebenarnya dah cuba sedaya upaya, tetapi memori mengingat shima... emmm

masih ingat lagi dengan buku ni, seangkatan shima pasti ingat, dulu mana ada calculator kan, so buku ni memang banyak membantu, 
emm dulu formula pun tak diberikan, sekarang semua diberi,,,

walaubagaimanapun cikgu mengajar atau kena denda, semua shima tidak simpan dalam hati.
asam garam seorang pelajar.
bagi shima status CIKGU tu terlalu tinggi.
semuanya telah membentuk peribadi shima  sehingga kini.

walaupun ramai nama yang shima sudah lupa, jasamu tetap dikenang
Terima Kasih Cikgu.
Hanya ALLAH sahaja yang dapat membalasnya.
AlFatihah untuk cikgu2 shima yang telah pergi bertemu denganNya.

Sunday, May 13, 2012

Bundle lagi + Make over

 Assalammualaikum dan selamat malam,

semalam shima kecundang lagi, sebab tu shima malas nak pergi ke pasar pagi.
hari ni sidia dah tak bagi shima pergi, biar dia pergi sorang2, kenapa, sebab shima suka membeli..
benda-benda yang tak patut...ngeeeeee
emmm yang ni cadar bundle yang kedua shima beli,
shima memang dah lama mengidam warna putih,
kain ela memang dah lama beli, tapi tak tau bila nak jahit atau kedai jahit je.
 
 suka sebab cadar ni hampir sampai kebawah.
 sementara tu layan ni dulu, embroidery
tulah yang jatuh cinta jatuh hati.
 kayu palang ni sebenarnya dah lama tak digunakan
sebab shima malas nak layan abuk, atau tukar langsir, tinggi, tak larat nak panjat.
tiba2 hari ni kerajinan shima bertambah, kenapa agaknya ya.... sebab sicadar bundle nilah
 langsir ni pun shima dah lama beli, dimana, di IKEA,,,, ngeee
shima ikatkan dengan bunga kain yang memang dah lama beli.
 bunga di kanan warna peach
warna di kiri bunga meroon, 
nampak sangat asyik membeli, sebab tu hari ni shima kena kuarantin.
 so my favourite corner, dah ada peneman baru. 
penat juga shima memanjat, tapi puas hati juga bila tengok hasilnya.shima suka curve pada langsir ni, senang sebab ianya sudah dijahit, tu yang rajin sikit.
  selamat malam qaseh.

 jom decor

Saturday, May 12, 2012

Hadiah


hadiah untuk siapa ya... 
untuk diri sendiri.
jalan2 dengan kawan lepas makan, 
dikedai lovely choice, belilah sorang satu, tapi kawan shima beli keychain ropol2 biru.
shima beli yang ni, sebab nampak cute sangat,



comel sesangat bagi shima


rasanya peti harta karun kena tukar warna kot, macam tak sesuai je



Sunday, May 6, 2012

Teknik


 Assalammualaikum dan selamat petang
hari rehat sedunia cuma semalam
hari ni shima belajar teknik mengambil gambar.
kalau guna camera ni, kadang2 jadi kadang2 tak jadi.
gambar kelabu dan tak clear . 
 bila gambar dekat nampak rumah shima macam banyak barang dan serabut.
tapi bila jauh nampak macam kosong jekan.
shima minat juga shabby decor... yang banyak menggunakan tema putih
tapi mata shima memang kearah coklat... country stlye.. kononnya.
 cross stitch kesayangan, tak taulah sekarang mampu buat lagi ke tak.
nampak gelap pula.
tempat lepak mak shima.
 
sehingga bertemu lagi
decor... decor... decor

Saturday, May 5, 2012

Berehat sebentar

Assalammualaikum dan selamat petang
berehat hari ni...memang betul
tak ada aktiviti selain aktiviti makan.

sambil layan gambar di taman cenonet
 

dibawah ni gambar lama
tapi shima suka
kedua2 bunganya dah takada, sudah dicantas dan mati



sehingga bertemu lagi


Friday, May 4, 2012

Rumah Teko

 Assalammualaikum dan selamat malam

suka dengan teko,
suka dengan rumah
emmm jom share gabungan teko + rumah  = rumah teko

 green and son- jual sayur
 pandangan di depan
 
kedai gula-gula
pandangan pada muncung teko
 sinki basuh tangan, comel kan
suka dengan design tu

sinki basuh pinggan..huhu, ada teko atas teko... walla

jom share hobi
sharing is caring
yuhuuuu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to qaseh creation
Designed by UMIESUEstudio 2015