Sunday, October 27, 2013

My nest

 Assalammualaikum dan selamat pagi

aktiviti hujung minggu kalau tak kemana... jarang-jarang kemana-mana, shima mengemas sarang shima ni, dari semalam,,, bahagian ni sebenarnya tak banyak yang shima usik, belum lagi.
cuma shima sempat spary warna pink bekas susu untuk dijadikan tempat letak pen,
 sambil tu shima cuba nak siapkan blanket ripples badai semalam shima ni, target siap minggu lepas, tak siap juga,

dan kalau tak kemana-mana, masih boleh shopping online, dah lama pekenan dan cari jam ayam ni, di area shima dah tak ada, rupanya masih banyak di Pantai Timur, terima kasih kak Zah, tolong belikan, cuma shima tak tau macam mana nak amik,..huhu

tapi shima suka sangat... tq kak

Thursday, October 24, 2013

dimana-mana ada

 Assalammualaikum
 Dimana-mana dia ada di rumah shima ni...
siapa ya


 yang sebelah kiri tin tu wajib ada, waktu sesak
 yang ni shima dapat di pasar karat di PJ 
 yang ni pasar karat FB - comel lotte je
 kat atas peti ais le jawabnya

Salam sayang

Sunday, October 6, 2013

Selamat bercuti dihujung minggu

 Assalammualaikum dan selamat tengahari

terima kasih kepada kawan2 yang masih sudi bertandang disini,
demam tanam bunga kembali semula, shima memang suka bunga yang bermusim ni, sebab bunganya cantik2 tapi sayang tak tahan lama, bunga di atas ni, dah beberapa kali beli,
 gambar dekat je, nampak rimbun, kalau dari jauh,,, nampaklah kekosongannya
 warna soft purple
 bunga tahi ayam ni, shima beli 5 pokok pelbagai warna, tragis semua mati kecuali satu pokok..huhu
tangan panas atau kurang kasih sayang
 daun tebuan ni dulu pun ada banyak, tapi dah lama mati, terjumpa di satu kedai, beli juga, mahal rasanya RM15, nyonya pun tak nak bagi kurang, jual mahal sekarang
apa yang terbaik pada hari ahad ialah kalau tak keluar jauh, shima suka pergi ke pasar pagi,,, bundle time
di atas tu dua sarung cushion crochet dan doily warna kuning, 

dan rembatan yang terbaik shima yalah runner, ni sesuai untuk alas meja kopi, crochet + cross stitch, sayang sama awak (cakap kat alas meja ni)... he he,,,, dah sewel sekejap... ngeeeeeee

 Selamat berehat atau selamat menggosok baju,,,, mana satu pilihan hati..

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to qaseh creation
Designed by UMIESUEstudio 2015