Sunday, November 8, 2009
1st choice or 2nd choice
Handspray - nak buat path untuk hexy flower blanket
Yang ni saja tambahan.. yg hitam tu tinggal 1m terakhir belilah, yg tengah tu shima memang pantang jumpa warna pink kekotak + bulat.
Kisah hari ini shima nak cerita tetang pilihan. bukan pilihan sesiapa tetapi pilihan shima. shima dah janji dengan sahabat2 x-stitch nak pergi photostate gambar semalam... sori sori sori, sebenarnya itu pilihan pertama, tetapi shima dah terpergi buat pilihan yang kedua, iaitu pergi beli kain kat sakura, petang semalam. sebabnya my biiiiig bos, ada masa semalam sahaja nak hantar shima kemana-mana, hari ini kerja lagi, so shima terpaksa pergi tempat yang jauh dulu iaitu di sakura, subang jaya. tempat photostate tu kat tanjung malim (45 minit dari rumah shima) so berbeza arah satu ke selatan dan satu ke utara. shima ni tak pandai drive, kena minta ehsan big boss & kawan2, pandai hanya tempat kerja ke rumah, itu pun tak sampai 1km.. huhuhu... minggu depan jumaat sehingga selasa, big bos tak ada, so shima kena perintah berkurung la jawabnya. kepada kawan2 yang menunggu pattern tu nanti ya, not in hurry kan, zila, k reen & alynn. nanti shima try scan dululah.. kalau clear shima email je ya..
Saturday, November 7, 2009
Pink and yellow for Zura

Salam sahabat-sahabat hexy semua. Alhamdullillah shima dah siapkan untuk Zura, zura dapat tempat ke 7, shima punya kemudian la. zura memilih warna yang sama dengan shima, kiranya kita orang ni sama tapi tak serupa. Semoga zura happy bila dapat bunga-bunga chenta ni... sama seperti shima dapat dari sahabat-sahabat hexy. Semoga zura sihat dan ceria selalu.. Friday, November 6, 2009
1st hexy flowers received from Fida
Wednesday, November 4, 2009
Stitch ALong(SAL) with Alynn



Wah projek terbaru, yang lama tak siap lagi. tak pe... Alynn.My cross stitch world ajak shima buat SAL... best juga, sebab ianya macam motivasi diantara satu sama lain untuk siapkan pattern dengan cepat. Jom kalau nak joint.
- suci hati supaya tak stress
- suka hati bila nak siap
- senang hati take your time
- kena check dgn alynn... alynn ada nak tambah tak?
due date sebenarnya tak ada.. tetapi kami tetapkan sendiri iaitu siapa yang siap awal kena tunggu pasangannya siap baru buat projek seterusnya. Setiap 2 minggu sekali kena buat entry kalau ada perkembangan.. kalau tak ada pun tak apa...
oo lupa nak beritahu, kami berangan nak buat 4 seasons pattern dari negeri cina ni.. gambarnya bila ditenung 2, 3x memang cun. Ada sesiapa nak joint buat gambar yg sama.. Salmi, Yati, ..atau sesiapa saja yang berminat. Kalau buat berpasangan lagi cantikkan.
Go go go... ole ole ole..
Monday, November 2, 2009
Black, Black and Red for K Dee



Sunday, November 1, 2009
WIP - Bouquet of Roses



Emm projek terbengkalai lagi. Shima sebenarnya kurang minat dengan x stitch gambar bunga.. itu dulu.. bila nampak kat kedai frame gambar roses ni dah siap... cantik la pulak.. terus beli pattern terus buat.. itu pun dulu.. sekarang jadi projek terbengkalai..tapi kalau dah siap memang menawan.. sebab gambarnya gambar penuh.. tak ada backstitch.






