Showing posts with label jg meakin collection. Show all posts
Showing posts with label jg meakin collection. Show all posts

Saturday, March 30, 2013

You just take my breathaway


 sekuntum bunga ros berduri
 too sweeeeeeeeeeeeet
 bersama si biru polos

  untuk dikongsi bersama pecinta jg meakin.

Salam sayang

Thursday, June 2, 2011

i'still single - part 1


jg meakin

Wednesday, May 11, 2011

Kau memyinari hidupku...

Salam sayang semua
lama tak bersiaran, banyak benda menghalang
kesihatan, kerja dan lain2

dah lama nak share teko ni, tapi tunggu pak we shima buat "plastic surgery" dulu..
he he...

Sunshine teko dan cawan tanpa piring

teko yang tak sangka dapat walaupun cedera semasa dalam perjalanan, tetap cun
terima kasih kepada yang sudi menjual dengan shima


cawan bujang tanpa piring
ada tak kawan2 jumpa piring cawan ni
inform shima ya, tak sabar nak disatukan dengan sibujang ni.

terima kasih sudi singgah sini
lain kali shima sambung cerita lagi

papai


Friday, October 1, 2010

By By ku sayang





Salam sayang semua
antara yang disayangi
untuk menceriakan diri yang mendung hari ni
take care

Monday, July 19, 2010

Pencarian berakhir

Assalammualaikum dan selamat petang semua

Pencarian rosa shima berhenti apabila shima dah dapat cawan ni 6 set
maksudnya shima dah tutup buku dengan rosa ni

cukuplah rosa shima, kebanyakan piring dan satu tureen tanpa penutup, oval plate
berketurunan cindarella...adalah kepunyaan bonda shima
shima cuma cari pelengkapnya iaitu cawan, teko, sugar pot, jug creamer dan 2 tureen
cuma shima mendapat 1 cawan mini dan satu cawan cindarella

alahai rosa ku sayang... cukup sampai disini sayang


Sunday, July 11, 2010

Tewas dengan sibiru...

Assalammualaikum dan selamat malam semua,
hari ni nak share bahawa, shima dah tutup buku dengan sibiru ni...
pencarian dah berakhir..noktah...fullstop
***
Dulunya memang tak suka dgn color ni, akhirnya tewas juga...he he
bermula sejarah peninggalan keluarga hanya satu iaitu pinggan oval di belakang sekali
shima pun menjenguk-jenguklah
terjumpa di kedai khaty cawan2 tu... dan sebahagian di rumah tasya
teko atas bantuan nannie
teko kecik, jug creamer kecik, tureen kat adik ezany
pinggan2 masa melawat ML dulu
so...berhentilah disini pencarian shima...
***
cukuplah sampai di sini sayang
***

Monday, June 14, 2010

Nak let go

Assalammualaikum dan selamat petang semua,
You are my sunshine
6 pinggan mungkum makan
6 pinggan mungkum lauk
6 set cawan

Berminat nak lengkapkan koleksi rakan-rakan
di jual/barter package
...
email shima dan bagi harga yang ditawarkan...
kalau ok deal
nak barter pun ok..
tapi kalau boleh sewaktu dengannya... emmm
boleh email shima ke razmi_ima@yahoo.com.my
terima kasih

Wednesday, April 7, 2010

Biru... biar betul

Selamat malam semua,
semoga hari ini membawa keberkatan dan kerahmatan
serta semua tugas sudah selesai dgn jayanya
walaupun esok banyak lagi yang menanti

Celeste biruku bercambah lagi.. hasil pertolongan rakan blogger yang tak putus-putus memberi informasi...
terima kasih tak terhingga kepada nannie dan ezany...
biru yg mulanya shima ada dr sekeping pinggan bujur penuh stain
dah bercambah.. yg kurang sikit shima suka sebab warnanya
tapi warna ni lah yang banyak datang pada shima
sambut dengan rela hati...dah jodoh
tapi cukuplah kot setakat di sini
shima sekarang nak lengkapkan rosa..
sicawan yg susah nak kunjung tiba...
kalau ada sesiapa ada bagi tau ya..
rege he he..bagi tau dulu
tengkiu

Monday, April 5, 2010

X-tra for sales...

Selamat petang semua,
Hari ni nak share pinggan yg shima beli kat kedai antik
rasanya semua dah tau...
tapi ada lebih nak share pada siapa yang berminat
harga please jangan comment, sebab penat juga fikir nak letak berapa....
sebab shima beli pun dah masuk empat angka...
entahlah masa tu kemaruk melanda..he he

babai..

Wednesday, March 31, 2010

Polos...

Salam keceriaan semua,

Malam ni...emm kerja memang ada..tak pernah tak ada..
kecuali buat2 tak ada.. he he
Hari ni nak share si polos ni..
dapat masa jumpa nannie hari tu di pot biasa..
sempatla round 2-3 pusingan.
en somi pun seperti biasa memberi tazkirah
pn isteri yg tak insaf2
last last last...
macam org cakap ..tobat sambal belacan
masa pedas memang tak nak makan
tapi bila dah hilang pedas..emmm sedapnya
layannn...

Saturday, February 20, 2010

Tambah sikit lagi...

Assalammualaikum semua,
Rosa oh rosa

Teko gomoks...
nampak je besar tapi bonzai je tau
dr adik ez Ni pula pinggan basuh tangan..kecil je..dalam 5"
dr ml
my sweet baby ... dari cik t a
terima kasih semua kalau tidak tak dapatlah ia singgah di teratak
k shima

Ramai sangat memuja si pink ni
sampai payah nak cari
sekarang
cawan ada siapa-siapa suka hati nak let go
he he he
mungkin ada...mungkin tidak
layan je la

Thursday, January 28, 2010

Seketul je... jadilah

jug creamer ni hasil hunting 10 tahun yg lepas, masa shima pindah di daerah ni, en somi panggil kedai tong sampah... sebab susunan kedai ni kalau gi memang tak boleh masuk. tokeh yg kena ambil barang, shima redah je. hasilnya dapat la beberapa piring bujang dan JG Meakin sunshine diatas... jadilah

Wednesday, December 30, 2009

Rosa.... warisan bonda

Assalammualaikum dan selamat malam sahabat-sahabat,

Malam ni shima nak share koleksi warisan bonda shima...ROSA ..seindah namanya....mak shima cerita set ni mak shima beli lepas British ambil alih Tanah Melayu dari Jepun... masa tu set Rosa ni dijual murah dalam RM12 - 15.00 (harga duit orang dulu) mahal juga kot... tapi dari hasil motong getah je... kalau ikut-ikut.. vogue juga ya orang dulu-dulu ni.....lengkap satu set tuuu. Masa tu British nak promo produknya semula sebab itu dijual murah, kalau tak silaplah...Mak shima guna masa hari perkahwinannya.

Cawan yang kecil mini ni, bukan mak k shima punya ...diimport dari tokeh antik...

Mulanya disini...

Ha... yg set atas ni ... saja yang tinggal. Banyak juga yg dah cedera parah. Itu pun mak shima yg simpan. masa tu shima tak reti lagi pasal rosa ni. kiranya memang kenangan bagi mak shima la..sebab itu dia simpan. bila balik kg hari tu cerita dengan kakak tentang rosa ni.. rupanya teko montok rosa, kak lang shima dah kidnaped dulu...elok juga bahagi sorang sikit..adik beradiklah katakan.
Sejak tu shima pun rasa nak cari teko dan cawan2nya. teko dan cawan pula dengarnya memang susah nak cari... sabar jelah kalau ada rezeki adalah

layan

Sunday, December 27, 2009

Angguk-angguk... geleng-geleng..

Selamat malam semua, rasanya dah nak tidur ni.
n3 sekejap, nak share je.. sebab gembira tengok shas punya dah lengkap

Pinggan bujur celeste biru ni, mak shima punya, masa hunting kat kg hari tu hanya ni yang tinggal. stain memang banyak..tak pe tandanya mak dan makcik memang selalu gunakan. ... dulu memang ada set lengkap tapi yang bertahan hanya pinggan bujur ni je....rasanya tak sampai 12 inci.. tak ukur pun... mulanya disini
Lepas tu berkenalan dengan tokeh2 antik alam maya. shima tambahkan dengan cawan yg rasa mampu milik. 3 cawan mulut besar, 1 cawan mini... memang comel.. macam adik bongsu... ada lagi adik-beradik cawan ni,, on the way.. tapi saiz lain juga. adik beradik mana ada saiz sama kan... ada yg comel, ada yg berperkerti mulia... ada yg laser... janji satu keluarga

Cawan mini
Apa kena mengena dengan tajuk ya... sebenarnya masa geder-geder hari tu ternampak set ni hampir lengkap juga kalau disatukan dengan celeste shima ni... tapi stainnya banyak sangat... sebab shima suka gunakan semula barang yg shima beli. ada sahabat-sahabat hari tu yang angguk-angguk tanda setuju beli.. sebab harganya memang berbaloi untuk set yg ada emaknya ... tapi ada yang geleng-geleng bila tengok kecederaan yg agak serius. shima hargai pendapat sahabat2 semua...

atas pertimbangan yg nak beli, tak nak beli... tak jadi beli... mungkin bukan rezeki shima masa tu... sebab lepas tu shima jumpa satu lagi yang menawan dan tertawan... memang ada hikmah sebaliknya... tq sahabat semua atas pandangan tu...

p/s-masih tersenyum ingat pertemuan tempoh hari... terutama semasa mengirai cawan-cawan...he he he

Tuesday, December 8, 2009

By...


Salam sahabat-sahabat semua, shima pun dah start engine nak collect semula apa yang dah ditinggalkan lama dulu. tapi harga sekarang waaaaa.... tangkap nangis.... kadang-kadang terfikir betul ke ni, biar betul... tapi what to do, memang shima minat dengan barangan rumah sejak remaja lagi...
oklah, disini shima nak share gambar pinggan J G Meakin By. Warnanya cream keputihan. Mak shima punya, beli bila tak tanya pulak.. nantilah ....takut terkejut pulak, sejak bila nak tahu umur pinggan, tak ada kerja lain ke, he he he... pinggan ni ada 6 keping je memang mak dan shima pakai hari-hari isi lauk. belakangnya ada yang pecah sikit.
Memang tak ada kawan... geng dia je... kalau ada teko atau cawan memang cantik... sesiapa ada...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to qaseh creation
Designed by UMIESUEstudio 2015