Wednesday, July 18, 2012

Projek bermusim

 Assalammualaikum dan selamat malam
projek bermusim yang perlu shima selesaikan,
dah lama shima beli bekas ni di KK Home Decor, minta tolong en somi spray, shima tak larat

 shima beli 2, maklumlah si tomak,
shima pilih warna taxi blue dan avocado dari jenama anchor
suka sangat warna-warna ni pada masa sekarang.
kalau senang nanti macam nak dilukiskan, tapi takut rosak pulak warna yang dah memang cantik ni.
 projek lama yang perlu disiapkan, dah 7 bulan shima tak pegang berus untuk lukis atas mdf board,
kawan order dah lama, gagahkan diri juga, kalau ikut hati.... emmmmmmmm
masih belajar, bahagian daun tu masih banyak kekurangan, maklumlah, jarang praktis.

jom melukis pulak
emmm suka-suka hati jekan
la la la la

Friday, July 13, 2012

Plant stand 1 and 2.... 13.6.2012


antara wip shima yang dah siap.


dari 16 wip, sekarang tinggal 13,
13 lagi perlu dipangkah2.


selamat memangkah ya.

Thursday, July 12, 2012

Giveaway... Ayza... Benang kait

Teka dan menang

Hadiah

1. Wallet/clutch
2. Clincher/Belt
3. Bangle/Bracelet 
 yang bawah ni shima hanya copy dan paste sahaja ya.

Terms and conditions:

1. Warganegara Malaysia dan memiliki postal address di Malaysia.
2. Memiliki blog atau akaun Facebook.
3.  Pemilihan pemenang adalah berdasarkan kepada tekaan yang paling tepat. Jika tiada, jawapan yang hampir tepat akan dipilih sebagai pemenang.
4. Cabutan bertuah akan dilakukan jika tiada langsung jawapan yang tepat/hampir tepat.
5. Tarikh akhir penyertaan: 25hb Julai 2012. (Extended)

Guess what is this?

Shima teka topi...

la la la

sebenarnya banyak nak teka... sebab nak menang 

he he, takut langgar syarat pula.

 Cara-cara penyertaan:

a. Penyertaan melalui blog:
1. Teka apakah hasil akhir for my current w.i.p. (rujuk gambar di atas).
2. Follow blog ini.
3. Buat satu entry mengenai post ini di blog anda dan link kembali kepada post ini.
4. Tinggalkan komen anda bersama tekaan dan link blog's post anda.

b. Penyertaan melalui Facebook:
1. Teka apakah hasil akhir for my current w.i.p. (rujuk gambar di atas).
2. Simply like page ini.
3. Share link blog ini di Facebook anda. (Boleh tekan button Facebook di bawah)
4. Tinggalkan komen anda bersama tekaan dan nama Facebook anda.
ok yang ni link blog ayza


mudah aje
ada rezeki timbul, tak ada rezeki pun timbul juga.
shima pernah beli benang kat ayza ni... cantik sangat.
jom3 joint.
 

Wednesday, July 11, 2012

Cinta tak kenal warna

 Assalammualaikum dan selamat malam
shima masih dilamun cinta, cinta dengan warna-warna alam, kali ni warna apa ya
 
 ok sebelum tu jom tengok living room ni cantik kan, warna semulajadi coklat, beserta sentuhan merah, rotan dan kayu, memang gabungan ideal.
 stripes merah
 digabung dengan polka dot kecil merah, selalunya mug shima beli 5 sahaja, sebab tempat gantung kat kitchen area shima hanya boleh gantung 5 mug sahaja.
 serasi bersama
 shima nak share cross stitch shima yang sudah siap pada 30.6.2012 dengan rasminya.
entah mana semangat shima datang kembali, pagi petang dan malam menghadap xs ni.
sebab rasanya dah jutaan rupiah shima keluarkan untuk membeli pattern dan benang, sayang kalau tak siapkan, kain pun dah buruk, sebab shima pakai letak je di mana2, masa tu macam dah kurang kasih sayang pada xs ni.  sebab cinta shima dah beralih arah, emmm macam tak setia je kan,
 itik dan pasangannya, tengah dating, suka bunga lavender di kiri
 my dream cottage, hanya impian.

salam sayang 
dan 
selamat berkraf.

Monday, July 9, 2012

Tak suka, tak suka


tak suka, tak suka,,, emmm dulu
sekarang... suka sangat.. biru... biru ..biru
 
 cantik juga kan, kalau decor biru + meroon, rumah shima banyak warna meroon, nak tukar semua biru, emm takut hangat2 tahi ayam je, nak tambah biru pun bajet tak ada lagi, so beli yang kecil-kecil dulu.

 mug polkadot, hari tu jumpa background putih polkadot biru, shima tak ambil, rasa rugi pulak.
jumpa hari ni yang contra, shima beli 2 je,
 
 lilin dulu pun shima tak suka, sekarang suka, sebab memang boleh guna saat kecemasan.
 
  bersama napkin cotton polka dot biru made in India, pure cotton
 semuanya tentang biru.
 selamat mendecor.
sehingga bertemu lagi.


Friday, July 6, 2012

Floria - Part 2

Assalammualaikum dan selamat petang
masih menghargai dan menikmati kecantikan lavender dan lily








Thursday, July 5, 2012

Floraria Putrajya 2012


menikmati keindahan bunga di putra jaya
 


 


 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to qaseh creation
Designed by UMIESUEstudio 2015