Sunday, September 27, 2009

Gardening Tools - Part I

Salam sahabat2 semua. selamat kembali dan menjalankan tugas pada esok hari seperti biasa. Mesti banyak benda nak buat, mengemas rumah, mencuci kain, membeli barang-barang dapur dll. yang minat menanam bunga tu, jangan lupa taman kat depan rumah & belakang rumah. walaupun kecil tapi mesti dijaga dan sebagai terapi minda. yang duduk kat apartment pun sama, ruang balcony tu mesti ada pokok sepasu- dua, jangan lupa siram air kat bunga ya. Boleh pinjam penjirus bunga kat atas tu.

Kalau pasu bunga tu dah terbalik betulkan lah ya.. kadang-kadang kucing ni suka menumpang tidur kat pasu bunga kita...
Oklah setakat ni dulu.. selamat, selamat, selamat mengemas rumah... taaa

Friday, September 25, 2009

Kad raya dari Nannie

Kad raya ni datangnya dari Nannie, terima kasih baru sempat upload... selamat hari raya. maaf zahir dan batin.

Thursday, September 17, 2009

Vegetables








Selamat berpuasa semua dan selamat menyambut hari raya yang mulia ini dan maaf zahir dan batin.
Berhati-hati di jalan raya.
Sambil makan rendang dan ketupat tu, jangan lupa makan sayur ok... senang nak lawas sikit.. jg mare ye :)

Sunday, September 13, 2009

Award from K Ina (Azlina)



Salam sahabat semua, award ni shima terima dari k ina, thank you k ina sudi bagi shima award ni.

1.Buat Posting tentang Award ini.
2. Linkkan pemberi awards ini di entri itu.
3. Copy-paste Image di atas.
4. Sebelum ambil jangan lupa tinggalkan komentar di entri ini.

seterusnya award ini di tujukan kepada....

semua sahabat-sahabat yang sudi singgah disini... ambil ya kalau sudi...

Terima kasih sahabat-sahabat semua kerana sudi memberi dorongan untuk meneruskan blog ini...

Friday, September 11, 2009

Pink and Red for Cik Kema

French Flowers



Alhamdullillah dah siap Cik kema punya hexy... esok k shima hantar bunga bunga chenta awak, mungkin dapat minggu depan.. harap2 cik kema suka ya dapat pula di bulan yang berkat ini... kirim salam sekali kat baby rayyan.

Fuh, 30 kuntum dah siap.. tinggal 70 kuntum lagi.. loooooooooooooooong journey to go...

My African Journey



Masih lagi black hexy, cuma kali ni pattern butterfly, nama kainnya.. "My African Journey" shima gunakan sebagai nama title.. kain yang tengah tu namanya "Be mine"

Jangan salah sangka pulak bukan shima yg pergi ke Afrika, mungkin designer kain tersebut.. Nak ke Penang dan Kedah pun belum sampai lagi, inikan ke Afrika ... :)


...bila beli kain american cotton ni, shima suka baca nama kain sebab bukan apa, seronok tengok design kain dan kreativiti perekanya. macam-macam idea dia orang dapat namakan kain tersebut. Sebab kedai quilt tu kata, design tu kalau dah habis tak ada yg 2nd. so kalau minat mesti terus beli. kain ni shima beli masa mula-mula nak start kumpul balik fabric patchwork. masa tu dpt discount 20% rezeki kot. sebab pernah tengok design ni kat kedai lain. selling price dia pun lebih dari selling price tempat shima beli ni, belum masuk discount lagi. Biasala nak sedapkan hati... untung untung..


Tentang pemotongan kain pula namanya menurut K dee, fussy-cut, baru shima tau. Mula-mula sayang nak potong kain tu ikut rama-rama sekor-sekor, tapi kesian pulak kat rama-rama tu, nanti terbelah 3(sebenarya rasa kokut melanda...he he) tapi memandangkan nanti hasilnya tak cantik, dan memang macam tu kalau nak buat hexy, pejam mata jela.


Jom lawat Afrika sekejap... ting tong

Wednesday, September 9, 2009

My little house










Gambar x-stitch ni sebenarnya dibuat dari lebihan benang dan kain. Sebab tu warna rumah ni ada yang warna biru. Sebab gambarnya kecil, border shima guna 2 1/2". Kalau tengok border frame tu dah rosak, dimakan hari sebab frame ni pun dah lama usianya. Layan je la...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to qaseh creation
Designed by UMIESUEstudio 2015