Friday, April 24, 2020
Bantot dah tiada
Assalammualaikum
lama dah tak masuk sini.
Alhamdulillah masih ingat lagi password.
Banyak cerita yang hendak dikongsi, umur lagi setahun dah masuk 5 siri.
Bantut ku sayang dah pergi meninggalkan k shima.
sedih sangat, banyak juga pergi lepas tu, Pretty, munchy ku sayang, Cutie dan anak2 Celak.
kalau ikutkan memang k shima tak pernah upload kat sini.
nantilah bila senang transfer gambar kat sini.
ramai juga dah meninggalkan dunia blog.
shima... emmmm
sayang, banyak belajar mengarang kat sini.
lebih meluahkan isi hati
Salam sayang,
k shahima
Saturday, March 17, 2018
Bantot si kecik kenot
Cerita lama masa Bantot masih kecil, rindu dengan budak ni, sekarang asyik nak keluar je dan jarang balik, kesayangan Andong, penat shima cari kalau dah keluar tak jumpa jalan pulang kecuali lapar sangat.
Rindu nak menulis kerap dalam blog macam dulu sebab ya hanyalah journal perjalanan sedikit dalam hidup shima, masa tak mengizinkan mengadap komputer... 2016... hingga ketika ini semoga semua dipermudahkan dan semoga shima kuat, Wish me luck, walaupun selalu rebah jua...
Tuesday, December 5, 2017
Red and white transferware
Assalammualaikum dan selamat pagi
Antara yang suka dan tidak suka ialah suka bila shima tengok barang yang shima suka dipamerkan sebab rumah kita kan, tapi tak suka bila mengelap atau membuang habuk, yang ni kalau nak buang habuk memang kena cuci semua, lap2 tak jalan sebab habuk kat sini macam salji turun, rumah betul2 tepi jalan raya, tapi dah hobi kan nak buat macam mana.
Salam sayang
Shahima💟
Monday, December 4, 2017
Comel ... rindunya
Assalammualaikum
semasa proses rehat berlaku banyak benda yang datang bertandang dalam hidup shima antaranya si comel ... datang dan pergi belum sempat membesar tapi telah dijemput Ilahi, sukar nak gambarkan perasaan ketika itu, sedih sangat...pasti, walaupun hanya haiwan yang menumpang kasih... kesayangan Nabi juga
Comel Jr menumpang kasih selama 3 bulan, adiknya telah pergi dulu kerana sakit, dia pula hilang , penat cari keliling rumah, last2 anak jiran beritahu kena langgar, tak tahulah siapa yang uruskan, harap ada yang berhati mulia meguruskannya, pergi dalam, bulan Julai 2017 rasanya.
Ibunya hanya street cat yang menumpang teduh, nama Comel juga, tiada rezeki kita bersama.
Rindunya kat dia...💟
Salam Sayang semua...
Shahima
Wednesday, November 29, 2017
Kembali...
Assalammualaikum dan selamat pagi,
rindunya dengan blog sendiri, banyak alasan sebab kurang berblog, masalah keluarga, masalah komputer & camera, kerja hakiki sudah tentu, di sini shima mencoret rasa, ada yang rindu ke, tak mungkin pun, blog ni suam2 kuku je. Just nak share hobi shima yang tak pernah padam...
yang penting sayang semua yang sudi singgah di sini.
Salam sayang
Friday, September 16, 2016
Tuesday, September 13, 2016
Crochet popcorn flower ... hasil CTG 18/7 -15/8/2016
Assalammualaikum
Hasilnya
Cita2... seperti biasa nak buat blanket
Baru ada 174 kuntum
Kalau ikut kiraan utk queen dlm 350 kuntum
Salam sayang
Shahima