Thursday, November 26, 2009

My Dream House - OO What happen?


Masa shima pindah dari kg baru ke daerah ni, banyak juga xsticth yg shima let go bagi kat kakak shima. salah satunya diatas ni, my favourite cottage shima bagi kat kak ngah(kakak no 2). sebenarnya k ngah shima tinggal satu taman dengan shima, dia pindah dulu. jadi kami mengalami masalah yg sama. k ngah shima gantung gambar ni kat dinding nak naik ketangga, atasnya bilik air + bilik air jiran. Punyalah kak ngah tak perasan sampai dah jadi macam ni.. baru dia perasan dan bawa turun. sekarang ni digantung didalam bilik tidur dia. kesian pulak kat kak ngah masih gantung gambar ni... walaupun dah uzur.
tapi x-stitch ni memang shima suka sangat-sangat, susah nak buat, banyak tukar benang, atap dia pun guna satu benang yang ada 2tone color dan banyak juga guna benang yg ada 2 tone color + ada 4 ekor itik putih tgh merayap2... what to do.. pattern dulu kertas merah.. berpinau juga biji mata ni...

Tuesday, November 24, 2009

My Apartment


Hari ni shima nak cerita pasal apartment ni, macam alynn (pinjam nama glamor jap ya) juga shima suka xstitch gambar rumah terutamanya yang dilingkari bunga-bungaan. Gambar ni shima jumpa juga kat kedai frame dah siap diframekan di kedai Pak Cik Karim di Chowkit, tempat shima selalu hantar frame dulu tahun 90..an, apa lagi terus cari kat kedai jual bunga. dulu kedai jual bungalah kedai craft yang canggih bagi shima. nasib baik jumpa.. pattern lama warna merah.. kalau tengok gambar contoh memang tak menarik.. tapi dah siap cute juga..banyak guna warna pastel...
Kalau tengok gambar apartment di bawah tu, border nya dah rosak sebab masalah dinding kat rumah shima ni telus air.. tension betul ..nanti shima cerita lagi masalah dinding kat rumah ni... satu x-stitch favorite shima hancur berkecai disebabkan masalah yg sama.... tunggulah ya.. nak cerita sedih juga...

Friday, November 20, 2009

4th, 5th and 6th hexy flowers received from K Dee




my first pincushion


Bunga-bunga chenta ni shima terima pagi tadi, 30 kuntum semuanya... colornya memang lain dari yang sahabat-sahabat lain bagi... suka sangat-sangat... terima kasih kdee dengan pemberian ++. tak tau nak cakap apa lagi... cuma tak sabar nak jumpa kan bunga yang k dee beri dengan fida, mus, cik kema... nanti boleh jadi kebun bunga ya...
pincushion tu... yang pertama shima ada... tq lagi sekali.. selalunya shima lekat je kat mana sempat atas alas komputer, sofa tempat duduk.. selalu gak kena tegur... takut tercucuk.. sekarang ni pin shima dah ada tempat landing... emmm

tungguuuu... puan yang mengarang bunga tak busy sangat... kenapa kita asyik sibuk je ya.. entahlah ....

Tuesday, November 17, 2009

In progress - part 1

Masih lagi diamond hexy, sekarang ni tengah semangat nak siapkan diamon hexy ni. jahitan sambungan berkedut-kedut juga sebab template 1" dulu shima lukis tangan, lepas tu ada yang print terus dari komputer.. lari sikit measurement nya. Warna asas pink.. tapi bila letak semua pink bosan juga.. so shima tambah hijau... macam tak kena je.. nak buka balik... sorry la... tak kot.. dah tak larat.. sekarang tengah buat kuning.. biar jadi rojak lagi senang... tak payah pening-pening nak susun warna yang sama.... jom layan

Monday, November 16, 2009

SAL - 15.11.2009

Salam untuk Alynn dan Yati... sorry lambat update, sebab k shima tunggu camera sampai. dapat je terus snap. sebenarnya k shima hanya siap warna hijau lembut tu +merah je pada 15.11.2009. tapi tadi sementara tunggu camera sampai k shima tambah warna coklat +black+dark green. malu la pulak... cenonet sangat siapnya. Setakat ni jelah mampu disiapkan. tunggu ya 2 minggu lagi, bergerak atau tetap sama... tungguuuuuuuuuuu

3rd hexy flowers received from Cik Kema


big pink love ni, shima terima dari cik kema, tak pernah jumpa kain ada pink sebesar tu... memang best... k shima pun suka sangat-sangat juga.. tak tau nak cakap apa lagi...
thank you cik kema... nanti tunggu ya + dgn mus +fida.. tengoklah jadi apa nanti...thank you and big hug utk cik kema.

2nd hexy flowers received from Mus


Salam sahabat hexy semua. shima terima bunga-bunga chenta dari Mus hari Jumaat lepas, mungkin sampai khamis.. tapi shima tak ada... bunga mus ni terang sedikit dari kebiasaan warna pink.. k shima suka sangat-sangat... tak sabo nak cantum... dengan bunga dari fida...

thank you mus.... muaaaaah...

p/s-sori lambat update k shima punya camera cuti 4 hari
Related Posts with Thumbnails