Friday, July 31, 2009

Give away by Mak Lang/Ribbon Chanteq

MARI... MARI ... MARI .......

Mak lang give away ni akan berakhir pada 14 August 2009...cepat-cepat-cepat.. seronok juga joint give away ni..

Mak Lang ni pakar menjahit ribbon emboidery.... sebut je kat mana nak jahit, kat beg, cushion, bantal, pouch .... kat mana-mana pun boleh OOO.... kena tanya Mak Lang dulu.. bukan je pandai jahit RE, lain-lain pun boleh juga. So apa tunggu lagi jom lawat Rumah Mak Lang ni... pasti tangkap nangis dengan projek RE Mak Lang.. So beli jangan tak beli harga yang ditawarkan berpatutan dengan hasil yang ditunjukkan... apa tunggu lagi JOM SINGGAH

Ok berkenaan ribbon susah nak cakap sebab tak boleh buka mulut.... walla memang cantik ..fantastic... color pun macam-macam tone...boleh diringkaskan macam ni la ya.. CANTIK MENARIK TERTARIK KAU MEMANG GEBOM... kreatif penuh dgn idea-idea baru... bukan senang nak buat RE ni.. silap-silap terkehel jari. Dalam blog ni.. pun macam-macam ada.. family gathering dan kasih sayang, tentang makanan yang sedap-sedap ...terliur juga bila tengok gambar, ... sahabat dll.. macam-macam aktiviti.

Ribbon Chanteq nak cakap apa lagi nama pun cantik... kat sini kita boleh sertai kelas menjahit ribbon dan membeli, kalau dah 'rajin' sangat baik beli je... raya pun dah nak dekat ni. Yuran belajar pun murah siap ada modul lagi, macam-macam jenis beg ada.. cakap aja... alas mengalas pun ada juga...

OK jom sama-sama kita rebut peluang ni... rugi kalau tak joint sama.. boleh putih mata... setakat ni kita boleh bermimpi dulu dapat beg RE Mak Lang ni... mimpi pun jadilah

Sesiapa berminat follow je step dibawah ni... senang je....

Syarat-syaratnya ialah :
  • Mesti pembaca dari Malaysia dan mesti jadi follower jahitan mak lang (http://jahitanmaklang.blogspot.com/) dan Ribbon Chanteq(http://ribbonchanteq.blogspot.com/)
  • Masukkan entry tentang giveaway ni.. salin RE diatas dan beri penerangan ringkas tentang blog Jahitan Maklang dan Ribbon Chanteq
  • Tinggalkan komen pada blog Jahitan Mak Lang
  • Pemenang akan dipilih secara rawak
  • Kepada penyertaan atau entry yang paling kreatif.. hadiah misteri menanti anda.
  • Tarikh tamat giveaway ni ialah pada 14 Ogos 2009

Apa tunggu lagi jom singgah dan sertai Jahitan Mak Lang/Ribbon Chanteq giveaway

JOM JOINT... BERBALOI BALOI


Thursday, July 30, 2009

Hijau oh hijau

Fabric collection - hijauuuu



Kesiannya si hijau ni tak dipinang orang... dulu fabric ni beli berangan-angan nak buat queen quilt guna free pattern dalam aby quilt atau pun dalam mom crazy quilt... angan-angan tetap tinggal angan-angan...sebab berangan je buatnya tak ada... masa kutu hexy tu.. ingat adalah yang nak meminang Cik Hijau ni.. fresh tau barulah juga beli.. nampaknya warna ni kurang diminati.. ramai yang suka blue and red..nasiblah ya Cik Hijau, tunggu tuan awak ni nanti me-makeover awak nanti..

Spinningspool shoppe Merdeka giveaway

Spinning-pool shoppe sekarang ni tengah membuat giveaway...
Ha... tengok hadiah-hadiah dibawah ni... sakit jantung dibuatnya... memang best... jom joint sama, gi melawat http://spinningspool-shoppe.blogspot.com/

Banyak le barang yang dijual.. macam-macam ada terutamanya fabric with special design.. susah nak dapat design kat luar sana... kat kedai ni harga memang berbaloi-baloi... jom singgah jap cuci mata mesti tak puas punya... dah gi nak gi lagi... tak percaya cubala... kalau dapat hadiah ni mesti meraikan kemerdekaan lagi ceria... yang puan memberi pun mesti berjiwa merdeka... kalau tak, takanlah banyak macam ni kan bukan 1, bukan 2, bukan 3......wow 5+++ hadiah...

4 Quilter's Collectibles Patterns



1 Funky Hearts ribbon (2.7 metres)
1 Floral ribbon (2.7 metres)
3 vintage buttons2
green flip-flop buttons

L-R
100% cotton
1 yard of Cherry Jubilee design
29 inches of white paisley design
1 yard of small red floral design
clearer picture of the 2 fabby

2 1/2 yards of Cranston Village Home Decor V.I.P print100 % cotton
tapi hanya seorang je yang bertuah
(kaulah satu-satunya diantara berjuta... insan teristimewa)
Haaaaaaaaaaaai... siapalah yang bertuah ni... mestinya Syoknya Merdeka
MERDEKA.. MERDEKA..MERDEKA

Permatahati giveaway

Ini adalah beg yang Cik As beri untuk permatahati giveawaynya. Semua peserta yang ingin mengambil bahagian mesti mempunyai blog sebab nak buat entry kat blog masing-masing.
Totebag yang dijual disini macam-macam design ada.. kalau ada warna yang pekenan boleh order je... waaa bestnya
Lawatlah blog ni http://www.toteboutique.blogspot.com/. nak link direct tak reti lagi. Tarikh tutup 3 August 2009.

Tentang beg ni pula... nak cakap apa ya sebab saya suka semuanya- warnanya memang warna kesukaan saya , kain kotak-kotak tu pun kegilaan saya juga dan bunga rose tu memang bunga kegemaran saya .. sebab saya suka corak country. Memang sweet. Sebab tu saya try nasib untuk menyertai giveaway ni.
Harga beg Cik As jual juga berpatutan.. memang mampu beli..ha tapi kalau boleh yang ni nak free..

Wednesday, July 29, 2009

Greeting cards ... taraa





Hobi.. seterusnya ..wa banyaknya hobi ialah buat kad.. sebab rasanya pattern macam mana nak pun boleh buat.. oo itu yang professional je. Shima hanya mampu buat yang ni je.. cubaan pertama. Bagi kat kawan2 masa sambut hari guru ari tu... untuk seronok2 & memang buat dengan perasaan sayang pada kawan2... bagi kat kawan2 yang duduk dekat dgn meja shima je.. nak bagi fair sebab semuanya kawan-kawan juga.. kalau nak bagi semua kena buat 100++ ... wah dah tahu pekerjaan kita... sebenarnya nak rahsia nak cerita tentang hobi je kat sini.. tak pela cite sikit .. tak kenal maka tak cinta..

Gambar hanya black & white sebab printer colour tak ada.. yang 'tersengih' dan muka sama je kat dalam gambar tu taula siapakan ... itulah saya... camne rasa-rasa umur berapa ya... ha ha ha..

Dah shopping

Taraa.... inilah hasilnya


Dah lama tak buat patchwork... so stok kain dah habis... hari tu pak we cuti, ajakla gi shopping kain ni. nak drive sendiri tak reti. pilih punya pilih... nah amik kau... banyak sangat yang pekenan.. tak dapatlah den nak menolong laii... masa nak bayar suspen jugak.. suruk pak we tunggu kat kete.. dah janji ngan boss kat kedai tu.. tunjuk harga je tak payah cakap macam harga bisik ... takut ngan 'big boss' (pak we kita la) sebab kalau dah shopping tak ingat dunia...
Compare ngan harga fida beli memang triple++..what to do.. for our kutu hexy, sanggup berkorban ape saje.. Ha .. warna merah utk kd & mus & cik kema , warna biru utk fida & via, kuning tu utk k khis, pink for jurra & me ... naiz tak sebut pun lagi warna yang dia nak.
Cabarannya ialah warna yang dibeli ni banyak tone... pengsan rasa nak pilih sebab rambang mata dan dengan harapan penerimanya nanti berpuas hati... yang takutnya bab jahit nanti .. tak pe la fikir kemudian ...jom cuci mata ngan cuci poket dulu ...he he he

Hi hexy... here I come...


testing.. testing cubaan pertama buat hexi 1" sebenarnya dah buat sebulan lalu tapi belum jahit lagi.. ingatkan nak tunggu jahit tapi nak pilih dulu bentuk mana nak buat...so yang ditunjukkan ni belum jahit lagi... pilih.. pilih

Monday, July 27, 2009

Country cottage I

Jom layan je gambar ni.. Rumah idaman shima.. penuh dengan bunga-bungaan yang menjalar kat pintu rmh dan daun yang kehijauan... sejuk mata memandang... itik-itik yang merayap kat bawah tu ok, tapi jgan 'melepas' cukup..

Friday, July 24, 2009

Block 2 - Large Houses and Fences




Wah, susah juga nak bina rumah ya.. . Nasib baiklah tak buat house bom 2009-mencabar betul bina rumah ya.... yang pertama pasal color.. pening nak fikir. Sebab tu rumah yang shima buat ni macam tak ceria je, especially warna coklat tu.. gelap gelita. rumah warna merah ni pulak, susahnya nak cari atap dia rasanya dah tiga kali tukar.. entahlah.. tengoklah nanti bulan 12 bila semua block dah siap.. kalau rajin rasanya nak tukar tingkap rumah warna coklat tu... macam waktu malam je...



Award from Salmi



Rules:1)

Accept the award, post it on your blog together with the name of the person who has granted the award and his or her blog link.

Terima kasih Sal, sebab sudi bagi saya award ni.. entahlah ya kadang2 baru kenal tapi sebab minat dan hobi yang sama rasanya macam dah kenal lama... Shima memang dah lama jadi follower sal sebelum buat blog ni lagi... kagum dengan pelbagai crafts yang dbuat especially RE and tatting + of course x-stitch... semoga persahabatan ini berkekalan... Amin

2) Pass the award to other blogs that you’ve newly discovered. Remember to contact the bloggers to let them know they have been chosen for this award.
Kak Diah... saya nak bagi kd award ni. Sudi terima ya.. sebab rasanya walaupun jauh tapi dekat di hati. Memang kagum(infiniti) dengan quilting yg kd buat. Ayat-ayat kd penuh inspirasi dan positive selalu... Semoga persahabatan ini berkekalan... Amin

Wednesday, July 22, 2009

My First Queen Patchwork




Nak cerita sikit tentang blanket ni... my first and the last queen patchwork blanket.. untill today. Still pink colour. May be the hexi blanket will be my second... hopefully.
Lepas buat baby blanket tu, shima pun try buat blanket ni... tapi still beginner...setiap block bila nak sambungkan 'hancur' mesti miss at least dalam 1 cm... banyak tu. Nak cerita tentang kain pulak.. kain yang bercorak tu totally guna American cotton, yg kosong tu cotton biasa. Sebenarnya masa tu berangan nak buat semua guna American cotton dengan corak yang sama... tapi pokai punye pasal dan nak cepat, tepek je dgn kain kosong. Senang cerita.. he he orang malas punya keje.
Ha, yang ni nak cerita kisah mengelat buat patchwork ni. Bila tengok kat belakang tu langsung tiada kesan jahitan atau quilt yang shima buat sebabnya shima guna dua lapis kain. Alas pertama kat belakang tu warna putih tapi sebab jahitan belakang tu teruk macam tak tahu menjahit (memang pun) maka terpaksalah cover dengan kain kotak pink tu.
Blanket ni hanya guna untuk alas katil je, cuaca kat sini panas... nanti peluh tiak.. jahitannya pun dah koyak sikit, usianya 14 tahun... but i luv this blanket very very very much. Jom layan je la..



Tuesday, July 21, 2009

Little Castle


Saja nak share gambar scenery kali ni... masih lagi projek x-stich... masa tu gunakan kotak yang besar nak jahit.. benang pun guna full... 6 helai... tapi yang suka tentang gambar ni ialah castle kecil kat belakang tu... berangan dulu jadi Repunzle duduk kat menara istana... prince selamatkan .. ha... ha.. ha.. jom share gambar ni

Monday, July 20, 2009

Award from Wanie



Award ni dari Wanie untuk semua followernya.. tq wanie sebab k shima baru jadi your follower secara rasmi... dah lama tengok blog wanie ni penuh innovatif & creative... pink, white + benda-benda comel sangat.. semuanya saya suka...

Saturday, July 18, 2009

WIP - Welcome friends sampler



Welcome friends sampler x-stitch ni, saya suka sangat. 1. sebab kombinasi warnanya dan yang ke2 paling penting bentuk patchwork ada pada bentuk love tu dan corak bunga bentuk patchworkpada gambar lagi satu dan yang paling penting roses tu dengan warna kegemaran saya. masih tak siap lagi ... as usual... tapi tak sabar nak share ... jom tengok projek yang tak siap ni.... hopefully lepas tunjuk kat sini semangat sikit nak sambung..
WELCOME FRIENDS
COME BE OUR GUEST
MAY YOU BE BLESSED
WITH COMFORT JOY AND
PEACEFUL REST

Friday, July 17, 2009

WIP-My tea cups








Teacups ni sebenarnya kakak shima (Kak Lang) yang suruh buat sebab shima yang approach dia, siap bagi modal lagi... tapi after 10 years tak siap-siap lagi... dari shima single mingle hingga berdua masih kat situ juga... sebabnya banyak benda nak dibuat dan tamak sikit .. kalau nak buat tu sekaligus dan alasan ke2, lemah sikit bila menghadap benang warna putih. Sabar ya kak lang nanti kita + frame lagi.... tunggu


Tuesday, July 14, 2009

Block 4 - Windmills


Harmony village my windmills just completed... ready to work. Walla..




Monday, July 13, 2009

Roses are red



Tak ada projek terbaru, so jom share gambar ni... full of kasih & sayang to all visitors and wonderful-creative new friends in this world.... Love never ends




Sunday, July 12, 2009

My First Award




Tq, nannie (smocking with nannie) bagi shima award ni... rasa tak layak je.. tapi bak kata pepatah "orang memberi , kita menerima". Semoga perkenalan di alam siber berkekalan...

Saturday, July 11, 2009

Scenery - Waterfall I


Nak cerita sikit tentang sejarah buat gambar air terjun ni. Sebenarnya masa kemaruk buat x-stitch dulu masih belajar di Pantai Timur lepas SPM. Jumpa gambar ni masa jalan-jalan kat Central Market (CM). Masa tu gambar scenery ni dah siap diframekan. Harganya oo RM 980.00, nak cecah RM1000. Tak mampu nak beli. Shima masih ingat lagi. Sebab itulah jadi inspirasi nak buat gambar ni.
Masa beli tu guna kain kotak yang sedang atau Aida 14.... Mula-mula guna benang Anchor sebab murah, tapi dah jahit sikit tak best pulak rasa tak smooth je, terus tukar benang DMC (harga rasanya masih 50 sen), nasib baik Amoi kat kedai tu bagi tukar, sebab dah beli satu set lengkap. Sejarahnya dari lepas SPM sampai kat 4 - 5 tahun baru siap. Sebab tu patternnya (dulu kertas warna merah) pun Shima beli dua kali. Dah 'lunyai'. Kaca frame ni pun dah digantikan sekali, sebab pernah pecah.

Alkisahnya, sejarah x-stitch ni... masa balik dari Kelantan sampai ke rumah pada pukul 6.30 pagi, rasa nak nangis bila tengok emak sidai x -stitch(masa tu 70% siap) ni di sidaian di luar rumah... Aik kenapa pulak...Risau betul masa tu sebab takut warna benang dan kainnya turun warna (Kain x-stitch tu guna warna hitam). Rupa-rupanya baru tau, bila hari dah siang sikit, jiran rumah emak yang terletak bersebelahan... hangus terbakar. Bomba pun pancut air termasuk rumah Shima sekali, dan termasuk x-stitch ni sekali kena simbah air. Alhamdullillah, sempat diselamatkan. Terimakasih bonda.... telah menyelamatkan yang ni.

Jom share gambar ni... panjang sikit story..

Wednesday, July 8, 2009

A Bouquet of Flowers



Folkart bunga dalam bakul ni belum divarnish dan touch up lagi. Colour yang digunakan banyak sikit.

Basket = raw siena +burnt siena+++ tak ingat
roses = rose pink + titanium white
hydragenas = purple oxide + raindrop + titanium white + yellow light+yellow green
daisies = titanium white + yellow oxide + earth brown
background = cream
leaves = pine green + yellow green

Monday, July 6, 2009

Patchwork - single blanket


Nak cerita sikit projek terbaru ni, inspirasi dari K Diah, ADR's Treasurers dan mus, Dunia Musliha, tq very much. Bila dah sambung block-block ni, frust juga sebab bucu ke bucu tak tepat. What to do? Measurement pun dah lari. Banyak buat mistake masa nak sambungkan block ni. Syaratnya "janji siap". Padan muka saya. Nak ubat hati, tak pe la, first project after 14 years. Ha ha ha, cuma alasan helah bela diri.


Bila dah siap sambung tengok corak dan warna tak sekata pula. Masa susun nampak ok je. Ni la akibatnya tak guna 'senjata' penting dalam bidang jahitan. Apa dia ya?... jarum peniti.


Sekarang ni cuma nak buat border. tak tau nak letak kain dengan corak atau kosong je. tunggu dan lihat je la. siap jahit pukul 2.30 pagi. Oo esok nak kerja... kerja kerja kerja

My first love












My first love in craft's world. Cross-stitch memang jatuh cinta pandang pertama. berkenalan masa di tingkatan 2, tengok kawan yang duduk sebelah buat cross stitches ni masa cikgu tiada. Bila dah mula tak boleh nak stop, kadang-kadang sampai pukul 3-4 pagi. Semua yang mempunyai minat yang sama memang dah rasa kemaruk buat x-stitch ni. Siapa belum cuba boleh mula. Memang best bila hasilnya dah siap. Sekarang ni kurang sikit sebab sibuk dengan projek lain. Dulu memang suka buat gambar pemandangan, sebab sejuk mata memandang. Jom cuci mata...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to qaseh creation
Designed by UMIESUEstudio 2015