Monday, August 31, 2009

Second order




Folkart ni dah lama di order oleh K yam, kakak ipar shima.. baru siap tadi dalam pukul 4.30 pm. belum varnish lagi, tapi tak puashati dengan outcome nye. sebab dah lama tak melukis lupa la pulak teknik2 yang perlu digunakan.. tulisan welcome pun senget...Practice make perfect.. waaa
Background - deep plum
Roses - Rose pink
Small flowers - natphol red light + rose pink + titanium white
leaves - pine green + light green
Layan je la...

Friday, August 28, 2009

Block 8 - Cats and Trees

Harmony village kali ni kena buat gambar kucing, kucing ni pun dah tentu arah kedudukannya, sepatutnya sama je tiga-tiga ekor tu, tapi ada yang mengadap kiri dan kanan, nak adjust kain dah tak de. Bagi shima nak buat kucing ni dan pokok kenit kat sebelah tu mencabar juga.. sebab seperti biasa measurement mesti lari, seam allowance dah tak jadi quarter.. ikut suka je. Nee jelah hasil terbaik yang mampu dilakukan, memang kena banyak practice lagi..

Thursday, August 27, 2009

Fruits and Vegetables





Salah satu kegemaran shima untuk buat cross stitch ni, bila gambarnya menarik dan lain sikit dari yang lain. Contoh gambar kat atas ni, bekasnya bukan main besar lagi.. tapi isinya ciput je..Kain yang digunakan ialah Zweigart cream colour, kotaknya saiz 16 kot, dah tak ingat tapi memang kecil. Bila jahit kain jenis Zweigart dengan Aida memang lain sikit, sebab rasanya guna kain jenis ni lebih smooth sikit jahitan tu. Harganya pun lebih sikit daripada Aida.
Sebab gambarnya kecik sangat, maka border shima buat 2 1/2 inci.. biar nampak besar. Frame masih guna warna kayu.. susahlah nak tukar warna lain, sebab kayu ni nampak klasik sikit dan senang match dengan warna border.

Red and white



Yang ni special untuk Mus... merah menawan dan putih salju.. memang contra warnanya.. tapi putih memang suit dengan pelbagai warna.. Sedia untuk dihantar.

Wednesday, August 26, 2009

Kad Ramadhan



Kad Ramadhan ni diterima dari Welly, terima kasih welly.. Selamat menyambut puasa.. Sorry lambat ambil sebab shima balik ke kg selama 3 hari.. balik rumah pulak internet problem.. baru sempat terima kad ni.. terima kasih sekali lagi. Semoga bulan ini membawa keberkatan kepada kita semua.

Saturday, August 22, 2009

Salam Ramadhan

Kad Ramadhan ini diterima daripada K yah.. terima kasih k yah. Salam Ramadhan untuk semua sahabat-sahabat ... semoga tahun ini puasa kita dan segala amalan diterima olehnya..

Wednesday, August 19, 2009

An apple a day, take the doctor away..


Betul ke ye, tapi tuan punya buah epal ni suka buah-buahan tempatan...
Gambar ni masih guna kertas warna merah, copynya pun dah tak ada, bagi kat kawan, cuba cari balik sebab ramai kawan lain tanya... tapi tak jumpa. So pengajaran disini ialah bila dah buat master copy simpan, untuk kawan bagi fotostate je, sebab nanti boleh share dengan kawan lain yang berminat.
Sorilah ya gambar senget benget dan pengcahayaan yang ganggu sikit, tak tau nak adjust masa snap gambar yang masih tergantung kat dinding, dah snap banyak kali masih ada lagi.. what to do.. layan je la

Tuesday, August 18, 2009

Hexy flower lagi

Bunga merah

Bunga merah ni colornya lain dari color merah yang shima tunjukkan hari tu, baru buat 3 kuntum,
Bunga pink

dah siap, tunggu siapa yang kena 3rd round... cabutan

Saturday, August 15, 2009

4 seasons - Part I

Winter


Autumn


Spring

Summer
Gambar ni sebenarnya pemandangan dari dalam rumah menghadap tingkap ke luar rumah. Menggemari dan mengkagumi keindahan empat musim ciptaan Allah, memang tak mampu untuk diucapkan.. nak jengok kat negara sana pun tak mampu juga.. sempat melawat di Bukit Cerakah je.. masa tu ada pameran rumah 4 musim. .. untuk menghilangkan rindu, hanya mampu buat cross stitch je... suka sangat dengan keindahan musim bunga dan musim gugur.. walaubagaimanapun hujan batu di negeri orang, hujan emas di negeri sendirikan .. Alhamdullillah kita berada di Malaysia.. negara yang indah dengan flora dan faunanya yang sentiasa ada tak kira musim.. Jom share gambar ni..

Tuesday, August 11, 2009

At last...

A bouquet of flowers
After touch up


Before
Siapkan juga folkart ni, nak letak warna border pun amik masa 3 bulan. Sebenarnya gambar bunga dalam bakul ni shima dah pernah tunjukkan dulu, tapi pada masa tu belum di warnakan border dan framenya. Border dulang tu shima colorkan dengan warna gold. Frame kat tepi pulak guna teknik sponge, color moss green + pine green..Yang kelakarnya kalau tengok dekat gambar ni, frame tu dah jadi macam lumut. Sebenarnya nak guna teknik renjis dengan berus gigi(nama spesifik tak sempat check) tapi memandangkan nak cepat guna je teknik sponge. Tak taula ok ke tak.. kadang-kadang dah tambah color kat border ni, macam serabut je.. sebab ada orang kata "Less is more"

Monday, August 10, 2009

Hexy Flower






Salam sahabat-sahabat hexy semua, bunga hexy ni in progress, saje nak bagi semangat kat diri sendiri dan kawan2 lain... naiz camne .. rasa-rasa who will be the second? Hopefully yang pilih warna merah..... jangan mare ya.. bukan apa sebab shima dah buat warna ni.. esok nak jengok warna pink pulak.

Saturday, August 8, 2009

Be Mine - Two Roses

Selepas varnish
Sebelum
Bunga rose ni sebenarnya patternnya diambil dari free pattern Ros Singleton. Background warna hitam. Bunga warna pink rose. Dah lama siap tapi belum varnish lagi sebab cari kata-kata yang sesuai untuk letak kat atas bunga tu. Dah dapat dah tulisan yang nak ditulis kat hati berwarna gelap ni... Be Mine .. sesuai ke tak sesuai



Scenery lagi


Kali ni nak share gambar matahari terbenam, x-stitch ni rasanya paling senang nak buat walaupun besar sebab benang yang digunakan lebih kurang 10-15 benang kalau tak silap lah ya. Corak kertas pun masih warna merah lagi. Dulu tak minat nak buat gambar ni sebab shima suka buat suasana English country penuh warna-warni.. entah macam mana terbuat pun tak tau la.. tapi bila dah siap, ok je..Shima letakkan di bilik tetamu.. Ini adalah antara mega projek yang dibuat dulu... jom kita nikmati suasana matahari tenggelam pulak.

Tuesday, August 4, 2009

Country cottage II

My dream house....


Layan je la...

Monday, August 3, 2009

Hexy Game

Fida.. Just for you..


Pandangan depan

Pandangan belakang

Dah cukup nak buat 10 kuntum bunga hexy.


Lenguh jugak bahu nak jahit hexy ni.. sebab cenonet sangat. So ok ke tak ok sebab hexy satu satu tu dah buat tinggal nak jadikan bunga je.. sempat kot, satu hari jahit satu. Jahitan belakang tu ada yang guna benang putih seperti cadangan K dee supaya lebih selamat. tapi antara kelopak bunga tu shima letak benang biru juga. Warna kuning ditengah tu, shima letak soft yellow sebab nak bagi naik seri kat kelopak bunga tu.

Treasure Hunt

Fancy ribbon

Ribbon pelbagai warna ni sesuai untuk buat card & dan apa-ape aje..

Wah bunyinya cam besar je.. salah satu hobi dari zaman sekolah dulu yalah allergic dengan ribbon yang cantik-cantik. Ribbon ni dibeli kat Melaka dua minggu lepas masa jalan-jalan cari makan kat UmBai.. Ribbon pertama tu beli kat kedai RM5.. harganya RM3++ satu.. memang ok berbanding beli per meter. Ribbon yang kedua pula diberi 50% discount, sesuai utk hantaran atau hadiah sebab warna yang shima beli ialah gold dan silver..

Sunday, August 2, 2009

Scenery - Waterfall II



Salam sahabat-sahabat semua kepada yang meminati seni tangan ni.. x-stitch.. jom kita share gambar ni.. Pemandangan di hutan dengan air terjun dah mengalir sehingga ke sungai.. sori gambar kelabu sikit..

Terima tag dari Yati... Terima kasih yati .

Rules:You must thank the person who gives you the award.
Copy the logo and place it in your blog.
Link to the person who has nominated you for the award.

Name 7 things about yourself that people might find it interesting.

1) Kat rumah ni dinding 95% framed gambar dengan cross stitch.. dulu berangan nak buat macam galeri.
2) Anak ramai sampai ribu, ratus.. tapi yang dikandung sendiri belum ada rezeki lagi.
3) Umur kalau dah tahu lebih senang cite dan rasanya lebih mesra ..cuba kira.. 60/2 + 10 - 2
4) Basikal, motor tak reti nak naik. Kereta pun baru pandai dalam 6 bulan ni.
5)Perut ni, perut orang melayu..sambal belacan my favourite.. masakan barat tak boleh terima langsung kecuali fish & chip dan chicken chop itu pun tanpa sos yang pelik2
6) Kalau boleh suka buat kerja yang sempurna, tapi minah last minute..mesti tak perfect
7) Sekarang ni masih sambung belajar, part time.. saja nak isi masa

Post links to the 7 bloggers you nominate. Leave comments on each of the blogs to let them know they have been nominated.

1) Kak Dee
2) Balkhis
3) Fida
4) Ana- Life better in pink
5) Salmi
6) Nannie
7) Naiz

Sahabat-sahabatku 7 wonders .. kalau sudi ambil ya. Bagus juga tag ni boleh digunakan untuk mengenali sahabat2 dengan lebih lanjut lagi. Kalau busy, jawable bila ada masa ya. Thank you.

Saturday, August 1, 2009

Flowers in my garden

Bunga jarum


Bunga hydrangenas



Sekarang ni taman diluar rumah yang comel sangat2 ni sedang berbunga.. Jenis bunganya tak banyak ada 3 je. yang last sekali tak ingat pulak nama, tapi keluarkan bau yang wangi, warnanya merah menyala + putih. Sebenarnya lebih tepat lagi ini taman bonda shima, sebab mak yang jaga. shima cuma tumpang tengok je. Mak memang rajin kalau tunggu anaknya jawab pokok bunga ni tinggal batang je la.. Shima sebenarnya memang suka pokok yang berbunga yang menjalar kat atas atap.. nampak macam country je & neutral..jom cuci mata

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to qaseh creation
Designed by UMIESUEstudio 2015