Friday, October 30, 2009

Terima giveaway k dee

Terima kasih k dee


shima suka sangat semua yang k dee beri.. memang bertuah rasanya.. walaupun tempat ke 5. beg tu cantik sangat.. butang memang cute.. suka... magazine quilt tu memang favourite shima, treasurer betul dan tak ternilai.. terima kasih lagi sekali.. shima suka semuanya... semoga k dee bertambah murah rezeki... amin..

Thursday, October 29, 2009

4 seasons - pattern





Pattern 4 season ni shima dapat dari Habby & Wools, ampang park.. pattern dari negeri cina.. harga memang ok.. rasanya kalau dah siap memang cantik..ini collection terbaru... tulah kadang-kadang malas nak gi melawat kedai craft ni.. asyik melabur je... what to do.. dah minat.. layan je la..

Sunday, October 25, 2009

In progress

Masa shima tengah susun ni tarikhnya 16.10.2009.. tapi sampai sekarang 25.10.2009 tak dicantum lagi, sebab bila susun sama je pink color. memang shima peminat warna pink... warna ala belacan.. dan warna coklat... tapi tak menarik pulak kalau hexy ni sama warna rupanya. sebab itu shima tengok ada yang buat satu diamond, satu warna.. cantik sebab macam macam warna ada. bila tengok pink tu hampir nak sama, shima pun start buat warna kuning.. sekarang ni dalam process nak buat warna hijau pulak.. amik ko.. tengoklah hasilnya nanti ya..
Sebenarnya secara tak langsung dah buat perjanjian dengan K dee dan fida nak siapkan diamond hexy ni macam blog k dee.. ada satu pattern queen blanket namanya"Martha Washington's Flower Garden" Top by HANNAH WALLIS. Period 1800 -1849.. itulah inspirasi shima yg berkobar-kobar nak buat hexy.. inilah hasilnya.. in progress...
bestnya pagi ni, kat sini mendung.. hujan renyai-renyai.. menghadap secawan nescafe panas..opps bukan secawan satu mug besar nescafe, bersama dengan biskut kering bergula.. emm sambil menghadap komputer lawat rumah kawan2... sambil menjahit hexy.. nyamannya...

Friday, October 23, 2009

Not for sale





Salam sahabat-sahabat semua, kat sini shima cuma nak share pattern x-stitch yg shima dah beli.. memang pattern ni dari cina.. dan harganya pun berpatutan dari RM 5 - 8 saje untuk satu. Kalau belum ada baik beli.. sebab selalunya pattern ni tak akan jual berulang.. simpan dulu.. bila ada mood atau motivasi tinggi baru buat.. kalau tak nyesal..Sebab kawan shima dah buat gambar scenery macam country garden tu. mewah dengan bunga-bungaan .. memang marvellous..
shima paling suka gambar scenery.. gambar blue collection tu kurang suka, tapi tauke kedai kraft tu kata dah siap cantik.. banyak jugak shima simpan blue collection untuk x-stitch, tapi tak buat lagi.. sebab kurang sikit dgn warna biru ni... layan je la.

Tuesday, October 20, 2009

Blue and yellow for Via


Via adalah peserta hexy game yang ke5 bertuah dapat bunga-bunga chenta... yang kelakar sedikit tu..mula mula shima tak tau via tu mas.. byk betul nama via ya.. apa-apa pun tahniah via.. semoga lepas ni boleh buat selimut untuk baby juga..

Saturday, October 17, 2009

WIP-Plant stand 2 and 3


Plant stand 2

Plant stand 3

Hari ni Shima nak buat gambar x-stitch Plant stand ni.. sebab nama dia pun plant stand so fokusnya hanya pada tempat letak bunga tu, sebab itu bunganya kecik je.. dah lama jadi kerja terbengkalai bukan setahun.. bertahun-tahun.. harap-harap boleh siap dua hari ni.. itupun kalau tolak kerja rumah.. ngadap ni je.. confirm siap.. bukan banyak pun. tapi sikap cepat boring tu mudah melanda dan nak buat pattern baru...
camne peng x-stitch tegar... wish me luck... la la la la la...

Tuesday, October 13, 2009

They shall also make gardens and eat the fruits of them


Ayat-ayat cinta diatas terdapat pada cross stitch ni. sebenarnya pattern ni shima fotostate dari kawan shima.. sally.. rasanya dalam majalah x-stitch.. tapi pattern ni dah lama rasanya dlm majalah 1990 an. Gambarnya macam accesories nak gi gardening.. ada topi, ada paket biji benih, ada sarung tangan + alat nak gembur tanah..Jom kita berkebun .

Sunday, October 11, 2009

ADR's GIVEAWAY

Wow!!!


ADR'S Treasurer(k dee) sekarang ni tengah buat give away.. senang je nak joint. link-kan blog anda dalam list blog k dee.. tinggalkan la comment beberapa kali anda suka dalam blog k dee, lepas tu wawarkan ADR's Giveaway ni.. Ianya sempena sambutan ulangtahun blog ADR's Treasurer dan birthday k dee yang akan datang pada 21 oktober 2009. cabutan akan dibuat pada 22 Oktober 2009. giveaway kat atas tu untuk yg bertuah no. 1 - 3, tapi mungkin ada +++ terpulang kepada yang hendak memberi
Mudah bukan, jom joint sama...

Friday, October 9, 2009

My 1st, 2nd and 3rd Diamond

bahagian tepi belum dicantumkan lagi



masih lagi hexy, sejak berkenalan dengan hexy ni, banyak projek lain yang ditinggalkan.. emm .. ni first diamond shima, berangan nak buat queen blanket. Kalau dikira kena buat dlm 80-90 keping. wow.. sekarang baru ada 5 keping. tak kira masa nak sambung lagi. kalau buat satu hari satu amik masa 3 bulan. kalau x miss. itu tak +nak sambung sekeping diamond dgn yg lain.. oo .. . boleh buat ke? confirm x boleh. huhuhu.. nak lebih kurang 85 keping.. jangan tak siap udah le.. layan jela..

Monday, October 5, 2009

Red and yellow for Naiz

K shima post esok ya.

Warna kuning : Be mine
Warna merah : The night before christmas


Naiz tahniah, jadi peserta yang keempat 4 menerima bunga-bunga hexy.. sebenarnya k shima memang dah cantumkan yang tengah kuning dengan merah dah lama dah, cuma belum cantumkan kelopak-kelopak bunga tu. sebab naiz tak tukar warna, k shima boleh postkan cepat. sahabat-sahabat yang lain tu kalau confirm balik awal warna tengah tu, senang sikit... sebab k shima ni, kalau ada free sekarang ni, mengodek hexy jee..

hopefully, naiz happe, sehappe warna-warna merah pilihan naiz, memang meriah kuning+merah. "warna-warna keriangan"

Friday, October 2, 2009

Treasure hunt - buttons


kali ni nak share buttons yang shima dapat kat kedai nyonya yang lama. macam cari pinggan mangkuk juga.. kedai lama ni dia jual cheap sale.. butang ni dia bagi 15 biji seringgit.. so ape lagi pilih jangan tak pilih. tapi butang ni berabuk sikit kena basuh dulu sebelum nak guna. suka pattern butang ni kebanyakan corak bunga. rasanya susah nak dapat sekarang atau kalau ada pun mungkin harganya 40 sen satu.. Jom cuci mata.

Thank you Sally

storage 1 - tempat simpan benang yang sama (macam stok benang)

first box storage - hadiah dari sally

storage 2 - susun ikut nombor senang nak cari


storage 3 - benang ikut nombor berturut


bobbins & x-stitch needle
sebab shima ni suka tangguh kerja sampai jarum pun karat baru start balik, jarum tu kena beli banyak sikit sampai amoi tu kata 'u makan jarum ke'

Crafts mean sharing
Betul-betul falsafah ni mengingatkan shima kat seorang sahabat, tak tau la kat mana ya sally sekarang ni. Masa shima mula pindah kerja kat kelana jaya.. a/c dept.. shima sebenarnya ditugaskan menggantikan tempat sally yang akan berpindah.. 10 tahun yg lepas, tapi masyaallah, sebenarnya sally ni mempunyai hobi yang sama dengan shima, mana tak suka selama ni shima struggle sorang2 dengan hobi ni, cari material, pattern, tapi bila berkenalan dengan sally ni banyak yang dia ajar. cara storage benang, masa tula shima berkenalan dengan bobbins.. bobbins ni pun diimport ..dekat je kat kuantan. kalau tak ada bobbins ni, mesti shima selalu terbeli benang yang dah ada.. sebab benang tak disusun mengikut nombor turutan. Walaupun hanya kenal sally dalam sebulan setengah tapi rasanya macam dah kenal lama... story all about x-stitch... pattern yang baru pun dapat dari sally.

Sally, bagi pendapat shima seorang yang perfectionist. seorang kakak yang bertanggungjawab kat adiknya, soft spoken ..emmm good fren... ikhlas, the last news yg shima dengar ialah sally nak kahwin & pindah ke US atau UK ikut future hubby.. nombor telefon pun hilang, sbb hp shima kena curi..

Sebenarnya, miss her so much.... where are u sally..

Thursday, October 1, 2009

Buttons

Antara buttons yg paling diminati,.. glitter.. lip lap lip lap

Salah satu hobi yang terkini ialah mengumpul butang2 yang unik-unik.. sebenarnya start masa buat x-stitch dulu, ada yang kena + dengan butang. sejak tu shima pun carilah kalau ada butang-butang yg menarik. tapi sekarang ada satu projek baru iaitu patchwork+butang, tapi tak start lagi.. kalau panjang umur next year, sementara tu kumpul butang dulu.

Butang ni shima beli kat button planets. belian kali yang ketiga. layan jela ..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to qaseh creation
Designed by UMIESUEstudio 2015