Friday, December 31, 2010

Mabuk...

Assalammualaikum dan salam sejahtera
emmmm mabuk... hari ni shima nak share kemabukan shima sejak 2 menjak ni, bukan mabuk yang tuuuuu atau pun mabuk lagi satu tu... tuuuuuuuut....he he
shima sekarang tengah mabuk dengan warna biru nih

pantang jumpa,
shima kumpulkan bersama dari pelbagai negeri dan daerah, mereka semua dah bertandang di rumah shima. shima letakkan di laluan pintu masuk kebilik...
so setiap hari memang shima akan lintas hormat pada sibiru ni dan tabik spring sambil menjeling
koleksi oriental ceramic, yg shima pernah nak letgo, tapi dah tak jadi
cantik bila dah jumpa sugar potnya walaupun tak sempurna
tureen dari nita melaka, tq nita, memang k shima menghargai sangat, muaaaaahs

pinggan makan, banyak k shima dapat dari adik manis zaza, kelantan, muaaaahs, tq dik ...
yang ini memang berbaloi


rasanya semua tau yg ni dari mana, dari adik oshin di sana...
terima kasih banyak2 oshin, dah lama mengidam yang ni, mabuk k shima dah kebah sikit... he he sikit je
terima kasih oshin... muaaaaaaaaaahs juga
***
pernah shima sampai tertidur depan komputer dari pukul 10.30 malam hingga 4.30 pagi, sebab nak tunggu kawan2 nak upload barang untuk dijual... he he, tulah mabuk namanya
sedar2 dah suboh...
emmm
shima nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat
TAHUN BARU 2011
semoga hidup kita diberkati dan dirahmatiNya
banyak azam ni... insyaAllah ditunaikan, amin
begitu juga kepada kawan-kawan
salam...

Tuesday, December 28, 2010

Hasil barter dengan nannie

Assalammualaikum dan selamat petang semua
hari ni shima nak share, hasil barter dengan nannie

3 set cawan vcr,nannie ada bagi x-tra 1 piring, ada 1 yg lain tertinggal,
tak pe next time ada reason nak gi sana lagi
tq nannie, k shima suka sangat2, walaupun berbeza keturunan,
tu yang meriah tu
hasil perjumpaan pada hari ahad yang lepas
he he he, rambang pulak mata.
***
tapi hari ahad lepas, macam kemaruk je... tengok barang2 yg ada,
pecut 100 meter.... + macam lompat kijang pun ada...suruh penjual tu cepat2 bungkus...
kih3
***
rasanya yg pernah tengok shima shopping macam ni, kawan2 geder masa pertama di perkenalkan flea market ber aircond ni...
layanlah hobi kita ni, masih kemaruk juga shima rupanya
sekarang tengah melepek...ikat perut maaa
layan jelah


Friday, December 24, 2010

lemari + buku = lemari pinggan

Assalamualaikum dan salam jumaat
semoga semuanya ceria
shima je rasa boring pulak, semalam bersemangat waja

hari ni nak share lemari buku yang shima beli,
pembelian almari ni pun tak disedari oleh mereka yang menghuni rumah ni, kecuali shima je... he he, pandai simpan rahsia...
memang khas untuk letak buku2 shima, tapi nah tengoklah hasilnya


lemari ni shima letak dibilik tetamu,
dah tak tau nak letak kat mana dah
shima rancang nak letak semua koleksi kangkung atau yang hitam2 saje
he he ...rupanya kangkungku seciput je
tingkat pertama shima letak koleksi teko kangkung dan padatkan dengan apa yang patut

tingkat kedua pun sama, teko2 sumbat kat situ

last sekali cawan2 dan sepasang sugar creamer dan jug creamer
***
entah cikgu mana yang ajar
lemari+buku=lemari pinggan
***
he he kena ketuk kentapi cikgu ni
"ajaran sesat"
layan

Thursday, December 23, 2010

Yang coklat2 saja (part 1)

Assalamualaikum dan selamat malam rakan2
seronok tengok kawan2 pergi hunting dan bawa pulang barang yang lumayan, dan shima tumpang gembira, sebab barang tak pernah nampak pun ada, macam k azah-sabah, ryana dan tas-lc.
shima ingat nak kurangkan berbelanja benda ni pada tahun depan, tapi akhir tahun ni makin ligat pulak, penutup kot.

hari ni shima nak share "kegilaan" shima masa kini - transferware.
gambar animal tu ok bagi shima selagi tidak bersifat 3D
dulu suka kumpul calendar gambar animal ni, macam rama2, pepatung.
sekarang hobi tu dah stop, calendar pun dah bagi kat budak2

ha, ni yang tak tahan ni, bahagian tepi pinggan tu,

yang ni gambar turkey
yang ni wood duck - paling suka
quail

***

rasanya shima sekarang ni banyak dipengaruhi oleh blog nancy daily dish dan aiken...banyak belajar benda ni dalam blog dia orang, dulu tak pandang pun gambar2 scenery, sekarang dah minat, semua blog shima check balik, ada jual ke tak, maklumlah hunting depan komputer je

alahai macam mana nak stop ni...ada ubat tak

Sunday, December 19, 2010

Hobi masa kini

Assalamualaikum dan selamat pagi minggu
mesti semua sibuk dengan urusan masing2 sambil berehat,
di sini mendung, dah 2-3 hari hujan lebat
bestnya kalau boleh pergi hunting dan dapat bunga-bungaan
cuma dalam angan2 aje, tak ada kedai- kedai lama kat sini
sejak kumpul pinggan ni balik dan melihat kawan2 meletakkannya diatas doilies atau crochet, shima pun teringin pulak. Kalau boleh semua nak buat sendiri. So, inilah kerja shima buat masa kini, buat ni pun curi-curi masa juga, walaupun cuti, ada tanggungjawab hakiki yang perlu dilaksanakan. memang kejar masa juga.
***
benang shima guna benang minlon country, nombor dah tak ada, masa beli benang ni, plastik dia pun dah nak tercabut, tapi sebab pekenan dengan color soft pink ni, shima beli juga.
masih dalam proses belajar asas dan teknik mengait yang betul.
jom kita mengait pulak.


Friday, December 17, 2010

Hasil barter dengan ainzuryn

Assalamualaikum di pagi jumaat yang berkat dan penuh ceria


happy je bunyinya ya, sebab hasil barter dengan ain dah sampai
cantik, walaupun "secomel" tuan barunya...he he
dah siap posing dengan doily yang baru shima sempat siapkan minggu lepas
best juga barter ni, dah tengah bulan nak beli dah poket sepoi2 bahasa +sempot
so barter adalah yang terbaik, janji dua2 suka hati kan


dua pemandangan yang berbeza, suka sebab gambar scenerynya dekat luar dan bukan di dalam

buat sementara ni, mangkuk2 comel ni, berkongsi tempat dengan sibiru, tunggulah ada rezeki, cari rumah baru ya, sebab nak tunggu adik beradik yang lain dari selatan tanah air... tak sampai2 lagi sebab...
biarlah rahsia

ha... nilah 2nd doily yang shima buat, sama tapi tak serupa
kecil je doilies ni,
so jom layan
****
jutaan terima kasih k shima ucapkan pada ain
memang suka sangat3
la la la... la la la

Thursday, December 9, 2010

Azam tahun baru

Assalamualaikum dan salam khamis
ni tong gas, bukan nak bom mana2 ya, tong gas porcelain

azam shima tahun baru ni, nak menabung, dah dua tahun melabur, modal pun tak masuk2... baru2 ni baru sedar diri sikit

duit tu memang ada kat lantai macam tau-tau je
***
pak we dah perli nak start tahun 2020 ke macam tercatat tahun pada tabung tu
macam mana tak perli, belum simpan lagi, shima dah rancang macam mana nak pecahkan tabung ni...
tabung ni special sikit sebab tak ada lubang nak keluarkan duit, masuk je boleh
***
teringat tabung ayam mak shima, masa dulu2 jual aiskrim Malaysia, dapat duit 10sen masuk tabung, lama2 banyak juga
papai... shima nak cari duit syiling kat rumah ni, nak start menabung
jom joint sekali



Tuesday, December 7, 2010

salam maal hijrah

Assalammualaikum dan salam maal hijrah semua
semoga lembaran baru menjadi lebih baik dari semalam
shima juga ingin memohon kemaafan jika ada tersilap kata, kerana shima ni memang tak petah berbicara, tak berniat untuk menyakiti sesiapa..hanya gurauan semata2
takut tersalah tafsir atau makna oleh yang membaca
hari ni shima nak share doilies yang pertama shima buat, masa balik kg hari tu, yg tengah shima buat, yang bahagian tepi biras buat dan terakhir border dia tu shima buat. kalau tengok bentuknya memang keremut sebab tangan kami tak sama, biras buat longgar, shima buat ketat sikit..dah macam topi jadinya, bila dah gosok, nampak ok sikit. tapi shima paling suka bahagian tepi tu, walaupun susah tapi cantik macam lace. kalau kawan2 perasan tertinggal satu step. malas dah nak buka, so biarkan jelah
***
sebenarnya shima dah tertarik dengan blog kawan2 sulela-bila aku buat crochet, fizan, rina-primrose touch, mus dan zila - mamadanieldanish, boleh tengok kat blog dia orang, ada yang memang ambil ubah untuk buat crochet ni

so posing sikit dengan koleksi hijau shima, yang dah mendapat tempat dihati ini
berbunga2 riang
salam

Tuesday, November 30, 2010

you are so beautiful to me...

Assalamualaikum dan selamat malam semua

sesuai digandingkan bersama - kedua2nya handpainted

motif teko handpainted bunga ni, tiada cop kat bawahnya, tapi tahi lalatnya tumbuh bagai cendawan tumbuh
teko ni, shima dapat dari tasya... masa tasya adakan quiz dulu dah lama dah, shima yang pilih teko ni, sebab lain dari yang lain
***
tajuk kat atas tu, ambil dari rumah aida mn...
memang sesuai
hari ini shima tengah angau ni, semua kerja tak siap sampai malam
patutnya hari ini jadual dia, gosok baju, bakul ajaib tu.. sentiasa penuh, tak susut2, walaupun sorang je kerja
***
angau kerana apa ya, agaknya
ha ha ha... tengah tunggu confirmation order barang online ni
huhu dapat ke tak dapat
***
sebenarnya berazam dah, tak nak membeli, tapi dah tahu fb, makin ligatlah pulak
Help me
you are so beautiful to me


Dikuasai biru...

Assalamualaikum dan salam selasa
kepada rakan2 yang masih sudi singgah sini

pemandangan cantik dan sweet, anak angsa tengah dating dan warna birunya yang cantik, biru kehitaman.

digandingkan dengan set cawan jenis homemade, yg warnanya sedondon
jadi koleksi peribadi yang mempunyai nilai sentimental di hati shima
jom layan... biru dah menguasai diriku

Thursday, November 25, 2010

Berkemas lagi

Assalamualaikum dan selamat petang rakan2 yang masih sudi singgah di sini

Berkemas sambil mendengar lagu-lagu dari rumah rakan2 bloggers.
Jarang dengar lagu sebab kalau dengar macam pening kepala, dalam kereta pun radio ditutup sebab nak cakap, rasa menganggu je. Radio kat dalam bilik ni ada tapi dah bertahun tak pernah buka...sebab selalu buka tv je

tapi bila dah dengar tadi, lagu lama... bestla pulak , sampai tak dengar hujan dah turun, huhu, alhamdullillah jiran dah tolak kain ke tepi (jangan dengar shima m enyanyi cukuplah).
teruknya.. tu lah malas nak dengar lagu2 ni, melayan jiwa

Sunday, November 21, 2010

Hobi lama kembali jua...

Assalamualaikum dan selamat petang rakan2 semua..semuanya
lama bercuti dan balik kampung, semua kena rehat...
kelam kabut menghabiskan kerja... tak habis pun sambung balik minggu depan

hari ni shima nak share hobi shima sedari kecik lagi (remaja)...mengumpul frame gambar
dah lama tak beli... hari tu pergi Amcorp Mall, lepas mesyuarat tingkap, tak rancang pun tersinggah la disana, jalan2 dulu kat ground floor tu, memang ada beberapa barang yang pekenan tapi... entahlah, hati dah berkata, nak letak dimana ya, so sayonara
sebenarnya sebelum ke ground floor tu, shima dah termasuk ke teddy bears kot nama kedai tu di tingkat 1, dah lama tak beli frame gambar ni, bunga2nya timbul, mengudam kalbu, so ambillah dua sekali

yang ni walaupun bunganya kecik, tapi lace kat tepi tu manis je
***
walaupun frame gambar ni, jarang shima isi dengan gambar,
cukuplah coraknya sebagai terapi kesejukan mata
ros-rosa-ku sayang



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to qaseh creation
Designed by UMIESUEstudio 2015