Thursday, January 28, 2010

Seketul je... jadilah

jug creamer ni hasil hunting 10 tahun yg lepas, masa shima pindah di daerah ni, en somi panggil kedai tong sampah... sebab susunan kedai ni kalau gi memang tak boleh masuk. tokeh yg kena ambil barang, shima redah je. hasilnya dapat la beberapa piring bujang dan JG Meakin sunshine diatas... jadilah

Tuesday, January 26, 2010

Lagi lagi teko... jangan bosan

Selamat malam semua,
malam ni shima nak share teko kangkung aladin


penutup segitiga dan pemegang bersiku
yang ni masa dapat bersinar-sinar.. cantik sangat..

Aladin penutup bulat
Kecil je rupanya aladdin ni tapi yg best bunganya besar.
Berangan-angan pinggan dan accesories lain nak hunting,
sebab itu asyik teko je...so jangan bosan
macam tuannya pulak bosan ya.
kalau dapat macam almari k azzah8 mesti mengancam penuh dengan kangkung memang sesuai.
rumah kg dulu ada, tapi kak long shima dah amik,
memang dia cekap menghargai warisan lama.
Zzzzzzzzz

Monday, January 25, 2010

Bundle?

Selamat malam semua,
hari ni shima nak share tentang cadar...

cadar gambar love atas tu ialah hadiah perkahwinan shima dari dua orang sahabat baik,
pertama Raudhah.. rakan sekolah menengah dan
kedua Nurul, rakan masa ITM dulu...
kedua-duanya memberi corak yang sama dan tertulis
crazy for you..
memang cantik sebab warnanya terang dan tak makan dik zaman.
Ni pula corak baru yang shima beli....
yang membuat shima tertawan
tetapi bundle

Sebenarnya first time beli cadar bundle..
warna cadarnya dah lusuh, cuma yang baru ialah sarung bantal je..
kenapa beli .. entahlah

kalau pinggan mangkuk kita berminat tentang sejarah pinggan tersebut
tapi kalau cadar ni lupakan jelah
pakai je selagi rasa nak pakai
layan...

Saturday, January 23, 2010

Still single ...

Assalammualaikum dan salam hujung minggu
sahabat-sahabat semua,
petang ni nak share, hasil hunting di alam maya lagi,
siapa lagi kalau tak Tasha Antik.. entahlah selalu gi kat sini sebab barang2 sentiasa terkini...price letak sekali..so senang kalau tak berani, jangan masuk meminang, he he(dr pengalaman yg seciput)..dan cepat serta senang berurusan...



Wah k shima dengar ramai juga nak serang AC ya,
waaaaaaaa syedihnya tak dapat joint... kali terakhir k shima pergi masa geder2 hari tu, lepas tu, sayonara....sayonara
So.. he he kalau kawan-kawan yg ada terjumpa cawan-cawan diatas atau seangkatan dengannya dgn harga yg kita mampu, dan ada lebih2 sikit dalam poket tu, he he dengan rasa penuh keinsafan, beristiqamah dan merendah diri bolehlah hunting untuk k shima...
Ta ta ti ti tu tu...

Friday, January 22, 2010

Falling in love with you...

Assalammualaikum semua,
diharapkan sihat sejahtera dengan kerja-kerja seharian.
hari ni shima nak share jatuh cinta lagi.
sejak belajar kumpul semula pinggan mangkuk lama ni..
he he .. macam orang gila bayang. mana taknya..semua bunga-bungaannya cantik belaka.
Siapalah yg tak terguda.. rugi-rugi...
huhu itu kata kita... pendapat orang lain, lain pula...
Single big rose ni, pun shima baru ada 1 teko dan 5 cawan bujang semua dari Tasha... tq dik.
Piring bujang 4 keping tengah tunggu cukup bulan mengambang...
hehe baru boleh dapat. what to do.. dah hap hap hap semput tak leh napas ni


Teko ni pun shima baru belajar teko tutup bulat rupanya dan shima banyak ada teko jenis ni, sebab ini je banyak yang dioffer dan harganya pun ok. shima amik je, sebab entah bilalah dapat teko bunga ni...
chemp, kshima tak sesabar chemp nak tunggu mr aladdin, k shima amik emaknya yang bulat tak ada shape tapi masih vogue.. dah tak sanggup nak tunggu mr aladdin tu...sombong bangat mentang-mentanglah menawan susah betul nak tunjukkan diri...

Alahai... siapalah tak jatuh cinta ya.....

Thursday, January 21, 2010

From zero....

Assalammualaikum sahabat-sahabat semua yg sudi singgah disini,
Hari ni shima nak share..
Taraaaaaaaa

Bila shima check balik, rupanya shima ada beli seketul piring bujang 11 tahun yg lepas, piring ni berliku-liku sikit...

tiada rahsia lagi..hasil hunting di alam maya, yg istimewanya semuanya menyeberangi Laut China Selatan.. itu yang rasa mahal tu... sebenarnya shima tak ada langsung corak ni, tapi bila baca otai adik yatt, dan cmg, shas.. tertawan sungguh... terus layan kat alam maya. macam rezeki pulak, walaupun terlambat masih ada last stok...satu..satu.. muncul
emmm sukanya saya...

seketul cawan nyorok patutnya ada 6..tinggal 5 je... jgn terhumban dengan timbunan kertas2 cukup... maklumlah kertasnya lebih banyak dari barangnya... sebagai langkah keselamatan...semuanya selamat sebab barang barang ni diletakkan atas tilam empuk.
Terima kasih ryana dan nur.

wow..susahnya nak snap gambar close up untuk buat kenangan keindahan 4 to 5 roses ni... walaupun bunganya kecil tapi memang menikam kalbu.
nannie bila nak share... kshima tunggu ni...
layaaaaaaaan

Friday, January 15, 2010

SAL - update 15.1.10

Selamat malam lagi sekali, n3 ketiga malam ni tentang project SAL... lupalah pulak nak update, nasib baik ternampak dalam blog yati.. tarikh pun dah lupa...
Strategi yang digunakan Bravo atau maksudnya berterabur...

k shima pun tak buat banyak mana pun.. maintain tu maksudnya tak bergerak .. mmmmm... cuma k shima cuba penuhkan daun pokok-pokok disebelah kiri je. k shima pun buat dalam 2 hari je, lepas tu stop busy (ayat klise). tak pe kita buat pelan-pelan, tak yah stress2... alynn dengan yati pun ada projek lain...kshima pun sama..
so take our sweeeeet time ye.
And Nisa tq sudi joint sama SAL...o nak buat gempak ya.. buat senyap-senyap...memang gempak pun 10 hari dah siap rumah... congrat2
K dee macam mana jom joint sama, happy sangat shima kalau k dee sudi joint kita orang, jom k dee dan lain-lain kalau sudi masih terbuka lagi. lambat lagi nak siap ni.
pattern, kain dan jarum boleh beli kat Craft Valley, benang rasanya semua kedai jahit ada..
Go Go Go...Ole ole ole....

8th hexy flowers received from Naiz

Selamat malam lagi, n3 kedua shima hari ni ialah bunga-bunga chenta kshima dah terima dari naiz, terima kasih naiz shayang... suka, suka, suka sangaaaaaaaaat,
sebenarnya naiz dah siapkan cepat, tahun lepas lagi, tapi lambat pos, k shima tak kisah, sebab k shima punya sendiri pun tak siap lagi.
Lagi satu sayang pulak nak buat closing ceremony, macam geng hexy yang lain dah ucap bai-bai... huhuhu sedihnya nak terima kenyataan,,, hexy game dah over...
k shima tak nak tutup lagilah selagi k shima punya belum siap... boleh tak K dee. Rindu sesangat dengan semua..(jiwanglah pulak)

Ini extra gift dari Naiz, tq naiz sudi share minat dengan k shima... muaahs...


Seronoknya berkenalan dengan geng2 menjahit dan geng-geng pinggan mangkuk lama, cross stitch, shima rasa hubungan kita ni memang ikhlaskan tak pernah berjumpa tapi macam best fren je...rindu
emmm tapi kadang2 bila dah jumpa lidah kelu untuk berkata2..
Apa-apa pun terima kasih semua..
Miss u All

Terima Kasih K Aton

Selamat malam semua,
n3 hari ni shima nak cerita tentang titipan dari k aton...
hijau oh hijau


Sugar pot tanpa penutup..tetap mengancam dimata shima, tak pernah tengok life telinga ke tangan ya.. yang macam ni..selalu tengok kat blog member yang lain je...cantik sangat

beserta 4 cawan bujang.
Terima kasih tak terhingga kerana sudi share dengan shima hijau oh hijau ni..atau yatt panggil seashells .. shima akan jaga sebaik mungkin.
Sebenarnya tak sangka dapat pemberian ni....Suka sangat...
Terima kasih

Msnor ..giveaway ..Hobi dan kehidupan

Salam hari jumaat semua, shima saja nak wawarkan ms nor dari Hobi dan Kehidupan sedang buat give away... syaratnya mudah saja ..hanya tinggalkan comment kat entry giveaway tersebut. tak payah buat entry pun tak apa... shima saja suka buat... biar sebagai kenangan koleksi bunga rose cantik yang diatas walaupun tak dapat.... jom joint ramai-ramai baru meriah. tarikh tutup 29/1/10... mudah saja....

jom... jom.... jom

Wednesday, January 13, 2010

Fitty's pinky rose cottage ...Giveaway

Fitty's pinky rose cottage telah mengadakan giveaway... menarik giveaway diatas tu...
syarat-syaratnya mudah saja

How to enter?

1. for this giveaway, only my followers are eligible, so if you aren't one of them, become one now.. :-)
dah jadi tau

2. This giveaway is open to those who resides anywhere in Malaysia ONLY..
tinggal di Hulu Selangor

3. Winners will be picked by using random generator and to increase your chances of winning, you can do any of the following:- Leave a comment on this post ONLY = 1 entry- Blog about it = 2 entries ( you have to come back here and inform me in this post ONLY, so that I can check and verify)
Dah comment

giveaway ni akan berakhir pada 28 January 2010...

cubalah ramai-ramai mesti meriahkan + mungkin ada tambahan goodies untuk yang bertuah... mari , mari, mari

p/s - suka blog fitty ni, sebab cerita-ceritanya yang menarik dan roses yang menawan kalbu

Monday, January 11, 2010

Bila bunga dipetik orang...



tinggallah daun-daun berguguran...

Saturday, January 9, 2010

I'm alone... you are not alone

Assalammualaikum dan selamat petang semua,
hari ni entry ke2 shima, saja nak share dengan kekawan yg menghantar bahawa barang yang dah selamat tiba... tengah panas ni..
kerja shima sekarang asyik meminang mak orang, ada kala ditolak...mungkin bukan rezeki, orang yang hendak menjual dah ada target person yg hendak ditawarkan barang tersebut..
shima pun tak tau sebab baru lagi dalam bidang ni...
kenapa kekwa hitam

sebab dia teko yang available masa tu... tak juga ...shian ya.. hitam-hitam sitompok manggis, makin hitam bertambah manis...kan


Teko roses padi ni pun shima pekenan, nasib baik shas boleh tolong belikan lagi...kelopak bunga tu memang cantik sangat...shima suka dengan warna tonenya walaupun hitam.
Akhir sekali shima nak ucapkan terimakasih, kepada rakan-rakan yang sudi menolong hunting bagi pihak kami yang tak boleh bergerak ni dan usaha membungkus dan menghantar... memang hebat..
shima pun rasa tak mampu untuk membuatnya...
terimakasih semua.

Teko Solo

Assalammualaikum dan selamat pagi, hari ni shima nak share teko solo shima.. tempat beli rasanya semua dah tau... tiada rahsia lagi..


Teko rose dua kuntum

Teko VCR
Alhamdullillah semuanya sampai dalam keadaan molek..
Setakat ni dulu
Papai...

Wednesday, January 6, 2010

Polka dot blue...

Assalammualaikum dan selamat petang sahabat2 yang sudi singgah disini..
shima nak cerita lagi hasil hunting 11 tahun yang lalu. masa tu shima masih duduk di kg baru, kl...so kedai apeks yang terdekat ialah di chow kit road. kalau diingat-ingatkan memang happening masa tu. tapi sebab rakan sealiran tak ada, jadi ilmu hunting ni hentam saja, pakai beli bila rasa nampak cantik. shima kurang suka dengan biru ni, tapi sebenarnya biru memang cantik, masa shima pergi beli polka dot ni, shima pergi dengan dua orang kakak shima, kak long dan kak ngah, dia orang, kak long dan kak ngah memang sibuk mencari bunga ros dan kangkung, shima pun carilah yang orang lain tak cari, polka dot ni memang menawan hati, masa tu rasanya dikedai lengkap juga ya, siap dengan tureen. kenapa tak beli tak taulah, mungkin poket kosong kot...


jug creamer tertinggal untuk ditangkap gambar bersama keluarganya
Corak bunga di tengah-tengah.. bercampur
Paling minat corak ditepi pinggan rantaian bunga + polka dot

Satu keluarga, ada 6 keping pinggan makan, mangkuk kecil 2, mangkuk besar 2, piring lauk 2, satu jug creamer dan satu teko.

Sesiapa yang ada corak yang sama mungkin boleh share, sebab shima tak ada cawan, sugar pot, tureen dll...
share ya kalau ada...

Kangkung Lima beradik

salam sejatera sahabat-sahabat semua, hari ni shima nak share bunga kangkung ... memang ramai dah ada. cuma shima nak kepastian sama ada chop dimungungnya penting ke tak penting. teko-teko ni shima beli hampir 11 tahun yang lalu. baru check tadi 3 ada chop dan 2 tak ada chop. sebab shima pernah baca kat blog kat kedai antik, kalau tak ada chop harganya boleh dapat murah. tak taulah. tapi teko-teko ni masih banyak terdapat di kedai sekarang. kiranya tak susahlah nak cari.
Cop kat mungung ada pada 3 beradik yang muda
Abang dan kakak tak ada chop kat mungung

Yang tiga kecil ni ada chop kat mungung
Jadilah lima beradik
Itu sahaja nak share untuk hari ini... papai

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to qaseh creation
Designed by UMIESUEstudio 2015