Thursday, February 25, 2010

Selamat menyambut Maulidur Rasul

Ambil dari rumah k aton...tk
semoga menjadi umat Nabi Muhammad SAW yg terbaik

Wednesday, February 24, 2010

Bakul berbunga...

Assalammualaikum dan selamat malam semua
hari ni nak share si bakul

Setakat ni...
Tempat sup atau bubur

2 teko berbeza saiz..tetap bonzai
hari tu ada jumpa teko bentuk lain di ml
tapi... lupa la pulak adik tu nak bawa penutup
tak ada rezeki

bukan boleh pergi saban minggu..jauh tu

Bunga dalam bakul yg cenonet je..

tapi yg shima rasa menarik sebab color pink pekat tu
menaikkan seri bunga bakul ni


layannnn

Sunday, February 21, 2010

Regency...

Assalammualaikum dan selamat pagi,
hari ni shima nak share hasil geder-geder tahun lepas

Ada 7 cawan comel, 2 cedera ringan, 6 piring kuih, 5 piring cawan..
hu hu tak perasan piring cawan tu ada 5 je
semalam baru perasan

Close up bunga rose..comel lote je

Pinggan kuih ni besar sikit je dari piring cawan
Jom layaaaaaaaaan

Saturday, February 20, 2010

Tambah sikit lagi...

Assalammualaikum semua,
Rosa oh rosa

Teko gomoks...
nampak je besar tapi bonzai je tau
dr adik ez Ni pula pinggan basuh tangan..kecil je..dalam 5"
dr ml
my sweet baby ... dari cik t a
terima kasih semua kalau tidak tak dapatlah ia singgah di teratak
k shima

Ramai sangat memuja si pink ni
sampai payah nak cari
sekarang
cawan ada siapa-siapa suka hati nak let go
he he he
mungkin ada...mungkin tidak
layan je la

Friday, February 19, 2010

Nannie - my passion giveaway..

JOM..JOM ..JOM..
joint giveaway nannie




Hadiah...walla seperti diatas..cayalah

- Give away ni bermula dari hari ini 19 Febuari - 3 Mac .
1. Terbuka untuk semua follower blog saya yang berada di Malaysia saja , 2. jadilah follower di blog nannie.
3. Buatkan entry simple tentang giveaway ini.
4. Sila tinggalkan sebarang komen di ruang komen dalam entry giveaway diblog nannie
5. Tinggalkan jejak/link blog anda di ruang komen
Hanya 4 orang pemenang sahaja.
Mari-mari ramai-ramai cuba..
Kita tengok siapa yang kena

Thursday, February 18, 2010

SAL - 15.2.2010

Selamat malam semua
maaf lambat update .. balik kg seminggu
internet memang tak ada.. balik sini pun tenet problem, nak bagi comment pun kat setahun..so kshima lintas hormat je blog kekawan ya
so inilah hasilnya...banyak lagi rongak
sebenarnya kemalasan melanda

tahniah kepada nisa dah siapkan projek sal ni dalam 4 n3 je...
memang pantas dan cekap
bila buat border atas tu..betul kata nisa...
kshima nampak macam kontot je..entahla..mungkin mata ks kot.
ok macam mana kita bagi nisa rehat dulu
atau nisa boleh teruskan projek SAL yg kedua
atau tunggu kita semua siap..
ok bagi cadangan ya.. kdee, alynn, yatie dan nisa
thank you and papai

Friday, February 12, 2010

...tanda perpisahan

Assalammualaikum dan selamat malam

Black roses...
shima pernah terbaca satu artikel dulu bahawa sesiapa dapat mawar hitam tandanya orang tu nak minta putus atau berpisah dengan kita
entahlah sebab yg rajin bagi bunga rose ni dulu mat salleh...


2 jenis cawan...
mulut kecik ada 6 set... mulut lebar tu bujang trang tang tang

Teko tutup segitiga
yg best dua piring tu dapat percuma
semuanya bersatu disini
diteratak shima
jom share yg cikit ni

Thursday, February 11, 2010

Love u .... peonies

Selamat malam semua,

Bunga peonies yang membuatkan shima jatuh cinta.
sejak berkecimpung balik dengan pinggan mangkuk ni...
asyik je jatuh cinta


Set yang ada 1 keping piring, 1 mangkuk dan pinggan bujur lengkung dr ml
cawan bujang ada 6 masa hunting lama dulu

6 sudu dari syida
bersatu
disini

Tuesday, February 9, 2010

Dilanda gandum...

Assalammualaikum dan selamat malam semua,
hari ni nak share demam gandum..

Bermula dengan 3 piring cawan yang dapat di kampung

Teko bersiku yg dapat di ml

Juga 5 cawan bujang yg bersiku didapati sekali dgn teko
so bersatu dengan 3 piring
Tu je nak share hari ni.
janji happy... layan

Sunday, February 7, 2010

Menarik perhatian...

Selamat berhujung minggu semua

hari ni nak share kekwa...
mula tertarik bila melihat nannie bersama teko kekwa birunya dan ezany juga bersama set2 pelengkap yg dapat dengan harga berbaloi2.
mula-mula dulu shima ingatkan taklah susah sangat nak kumpul pinggan ni.. rupanya ia melibatkan kerajinan membasuh, menghunting, cekap dan melibatkan hati dan perasaan juga...
dan ongkosnya kena tinggi sebab harga dulu dan sekarang berbeza.
masa pergi ke rumah kakak hari tu, k long shima kata kitalah yang menyebabkan barang tu naik harga sebab bila barang sikit permintaan tinggi tentu harga naik.
tapi secara logiknya kalau kita tak beli...ada orang lain belikan.
kecuali berpakat2 boikot tak nak beli.
emmmmmmm tak mungkin....

Saturday, February 6, 2010

Simple and sweet...

Assalammualaikum dan selamat petang sahabat2 semua,
n3 kali ni shima nak share hasil hunting kat ML...
kah kah kah..biar shima gelak dulu..
sebab shima hanya beli 6 piring cawan twin roses ni
lain tak ada.. batang hidung tangkai cawan twin roses pun tak nampak




teko ni pula dari kedai tasya...
memang ramai memuja kecantikan twin roses ni..
betul sebab bagi shima
simple and sweet
tengah tunggu piring dari kedai nannie
cawan... he he.. anybody...

Friday, February 5, 2010

Rose cantik ...

Assalammualaikum semua dan salam hari Jumaat,
sebenarnya dah dua hari demam..ingatkan hari ni hari Khamis
teruk betul..


Hari ni shima nak share hasil gi melawat kakak shima di Perak. bukan hunting pun dah tersedia ada... apa lagi kalau tak di ML... dah hampir setahun tak gi rumah kakak shima ni, bukan apa sebab mak duduk dengan shima, so kakak yang selalu datang rumah shima. jadi masa ni shima ambil kesempatan melawat ML.
Untuk bunga two tone roses ni shima baru kenal masa geder-geder di Ampcorp Mall, hari tu nannie ada beli set cawan, shima panggil bunga ni rose cantik ..sebab tak tau nama lagi, dan buat pertama kali baru tahu sepasang cawan dan piring harga RM15.00... ingatkan semua harga sebanyak tu (masa tu ada 4set).
emmmm
Tak ada rezeki jumpa Ezany, kakak2 shima sempat jumpa Ezany..
k shima with my bodyguard ..he he he (takut saya hilang tak tau jalan pulang) dah pecut round ML... bukan apa sebab kakak sepupu dah pesan cepat-cepat-cepat balik.. dia orang dah lepak kat kedai lily
(hasil makluman ezany)
.... letih betul
lagi satu bila dah ada bodyguard, segan pulak nak shopping harga lebih sikit.. takut member terkejut.
kalau online tu semua tak tahu..
he he he
layan jelah..
kalau ada sesiapa terjumpa set cawan bagi tau yeeaaa...
thank you... salam sayang

Monday, February 1, 2010

Update 30.1.10

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua,
Maaf, baru sempat update

Malu dengan adik2 yang menjahit dengan kemas dan tersusun maka k shima pun cuba mengisi ruang-ruang kosong yang banyak tertinggal... tapi masih banyak lagi yang perlu diisi... tunggulah ya
Tapi secara rasminya ahli SAL ni dah bertambah...
yea yea ...
1. Alynn
2. Yati
3. Nisa
4. K shima
5. K dee
Tak pe... take your time and strategy... he he he
janji siapkan ...one sweeeeeeet day
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to qaseh creation
Designed by UMIESUEstudio 2015