Wednesday, June 30, 2010

SAL update

Selamat malam semua, hari ni sungguh penat dan sedih juga
ni gara-gara nak beli barang lama...
tapi tak ada rezeki, macam nasi dah masuk kemulut ...keluar juga.
yang sedih sangat sebab k shima dah nak bank in 2 kali, tapi sebab tenet lembap reject...owner dah sold kat orang lain... salah k shima juga sebab k shima ingat bila dah kata ok dan minta no akaun.. seller tu tahu dan faham kita serius dan nak beli.
tapi rupanya tak macam tu. tak de rezeki,
tapi sampai hari ni sedih...
tulah kadang2 malas dan cam merajuk je nak layan barang lama...
he he ada orang lain kisah...
layanlah kesedihan ni sorang2
***
SAL k shima hanya setakat tu je..yang spring...memang dah tak usik sejak dua minggu lepas...dah tak larat nak tengok
yang ni pun dah malas nak tengok
tengah sedih lagi ni.. hu hu hu

Saturday, June 26, 2010

Frame... salah satu kegemaran

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua

Hari ni shima nak share hobi semasa remaja sehingga kehari ini remawa(remaja tua)


frame meja penuh dengan teapot dan pasu
nilah tempat shima abadikan koleksi frame shima
dulu penuh dengan pinggan mangkuk... sekarang dah clear balik, back to normal
ni pun macam frame juga... tapi jam ...dulu berfungsi tapi disebabkan tak ada cermin...dan bengkok penunjuk tu...sebab letak atas meja je

ni pun sama ... cantikkan teko-teko ..kelililingnya
tapi semuanya ni dah lama usianya lebih 15 tahun
***
kenapa beli?
sebab kalau tak beli tak leh tido malam
tak lena
ha ha ha... mesti ramai yang fahamkan

Monday, June 21, 2010

Cara k shima buat x-stitch

Selamat malam semua

Still in progress...baru buat. berehat sekejap dari buat x-stitch scenery...asyik hijau je, jemu juga..tengok biru pulak


ha ha... ini masa mula2 nak buat, x-stitch, kshima memang kira kotak2 kecil tu 10 lepas tu garis sampai habis... masa buat ni rasa macam arkitek je, sebab nak tahu berapa besar dan sizenya... kalau tersalah kira, haru biru lah jawabnya
***
lepas tu seperti gambar di atas sekali
kshima tak suka buat setempat...sbb k shima ni jenis yang cepat bosan
(sebenarnya tak tetap pendirian)
suka bermain dengan warna
so kshima selalunya akan buat rangka dulu
(tapi yg ni kena kira betul2 kalau tidak tension seumur hidup)
sebab kalau dah buat rangka...senang je isi kat dalam tu
***
kalau nak cepat siap... jgn simpan kain ni
biarkan dia ternganga je kat dalam bilik
nak tidur nampak, bangun pagi pun nampak
so mesti sentuh sikit tiap2 hari
(heeee biar betul..konon2nya)
***
lepas tu... nasib2 lah sama ada siap atau projek terbengkalai
ha ha ha
ada projek yang mencecah lebih 10 tahun tak siap2 lagi
he he he
cara@ gaya je 1st class
k shima ni kontraktor kelas Z
***
p/s- nisa secara tak rasmi dan rendah diri dan macam perasaan tomak,
kshima follow nisa ya...buat kitchen dresser ni

Thursday, June 17, 2010

EG dengan rakan2-terima kasih tak terhingga

Assalammualaikum dan selamat malam semua,
nak share EG dengan rakan-rakan
first time sebenarnya

yang pertama ni dari ryana
memang kshima suka sangat ryana..he he dah lama meminang
tapi r tetap bertahan
last2 roffer... memang suka sangat...
padanlah r susah nak lepaskan cantik sangat (kalau ks pun sama)
walaupun dah ada satu lagi
terima kasih banyak2 ya
dan xtra tu memang sweet3... suka sangat2
cuma kshima tak pandai nak susun atur je...
kena banyak belajar dengan rakan blogger
yang kedua ni dari biras... baru bercerita mempunyai hobi yang sama buat masa sekarang,,, hari tu shima bagi satu teko kangkung dan beberapa keping pinggan ros merah
tak minta tukar pun
tiba2 bila pak we balik kg... nah dikirimkan kepada shima
he he mesti suka...
terima kasih K ani... nanti bagi lagi (pantun 2 kerat) wa wa wa


yang ketiga dari yatt... pun kshima suka sangat2
sebenarnya yatt kshima tak perasan cawan tu...
masa dapat kotak...ks humban surat2 kabar yg keronyok tu
kshanya jumpa piring sakura, piring kekwa dan celeste...
dapat piring kuning tu pun dah suka..
masa nak buang kertas tu...eeee apa ni keras je
tup2 keluar cawan...nasib baik sempat diselamatkan
kalau tidak...waaaaaaaa nangis tak berlagulah jawabnya
terima kasih banyak2 ya yatt
***
dan k aton...
tak xchange pun tapi k aton yang sanggup melepaskan sihijau dan kangkungnya pada shima... terimakasih banyak2 kak, first time k aton call dan offer sihijau tu...shima terkedu sebenarnya...
dan seterusnya si kangkung
sebab tak sangka k aton sanggup beri... tk tak terhingga kak aton
(kangkung shima masih berterabur.. nanti dah ok shima posting ya)
***
semoga semuanya dimurahkan rezeki
amin
***
jutaan terima kasih untuk semua ya


Tuesday, June 15, 2010

SAL Summer - 4th update

selamat malam rakan2 semua,

sekejap je dah tengah bulan
so shima kena n3 kan, sal dengan nisa
rasa-rasa nisa dah siap kot
tu suprise tu...lambat muncul
layan jelah..nak relaks sekejap
maksudnya nak gi makan
he he...



Monday, June 14, 2010

Nak let go

Assalammualaikum dan selamat petang semua,
You are my sunshine
6 pinggan mungkum makan
6 pinggan mungkum lauk
6 set cawan

Berminat nak lengkapkan koleksi rakan-rakan
di jual/barter package
...
email shima dan bagi harga yang ditawarkan...
kalau ok deal
nak barter pun ok..
tapi kalau boleh sewaktu dengannya... emmm
boleh email shima ke razmi_ima@yahoo.com.my
terima kasih

Sunday, June 13, 2010

Kitchen dresser...

Assalammualaikum dan selamat petang semua,

Shima suka tengok cerek ni... walaupun senget benget
bunga dan buku ni pun suka...sebab baru belajar buat

Shima nak share pada pengemar fa...shima dah lama aim gambar ni
di kedai ckg z...akhirnya dapat buat juga
tapi susah dan lambat sebab setiap, cawan dan teko kena base coat 3x
lepas tu kena shading
keliling kayu tu pun kena shading kiri dan kanan
walaupun shima ambil masa 2 sesi.. dari 11.00 pagi hingga 2.00
dan sambung balik 2.30 - 5 ptg.
masih tak siap lagi
huhu...hanya dengar cikgu kata cepat2 sikit
he he...pelajar lembab tapi tak pe...sebab rajin datang
wah bukan senang cabaran nak datang belajar ni
bila share dengan rakan2 yang datang belajar semuanya sama
macam2 perlu ditempuhi untuk menuntut ilmu
tak ada yang datang bergolek sekarang ni
...
cuma di sekolah aje berbeza...
ilmu mencurah2 cikgu nak bagi
pelajar yang tak sanggup terima dan ada yg tak nak terima langsung
walaupun percuma
layan...


Tag from June

Terima kasih june..
sudi beri ks award +tag ni...betul tu bagi mengeratkan silaturahim... nasib baik simple je soalannya

1. Apa yg bermain di fikiran u oll skarang
rasa nak jalan2, nak kemas rumah ..tunjuk rajin sikit

2.Apa nama samaran U oll
shima..singkatan nama sebenar... nama khas utk menyamar tak ada

3.Berikan 3 org ygU oll sayang
i) Hubby, ii) Bonda iii) Adik beradik

4.Panggilan Untuk Si Dia
Abang, Lokong (dialek cina)..he he yg dia kurang suka

5.Impian yg U oll impikan dr org yg istimewa
banyak... tapi terima dia seadanya...kalau ikut impian shima..selain dari kasih syg...ha ha pokai member

6.Blog mana yg U oll suka visit
semua blog kawan2 yang rajin update sebab sempat baca dekat blog je...suka

7.Tag kepada 15 blogger U oll

*K azah - One day in my life
*Aina - Warisan nenek
*chah-teratak puteri
*rohas-teratak rohas
*nannie-my passion
*zila-mamadaniel

dan lain2 yg sudi...kalau malas nak tulis amik je award tu..
sebenarnya shima nak penuhi quota tu..tapi tau ramai yg busy
so..kalau ziarah sini amik award ni ya..thanks

Saturday, June 12, 2010

Scenery...

Green earth


Friday, June 11, 2010

Beruang...


Assalammualaikum dan selamat malam semua
aktiviti semasa cuti
sebenarnya fa ni rasanya shima buat 40% je yang lain cikgu zahir yg buat
he he he...dah mengantuk ni
layan jelah

Sweet blog

Selamat malam semua... hari ni tenet baru ok...so dapatlah shima buka dan amik award dari ayu...dari ayu little cottage
memang comel teddy bear ni
tq ayu...
semoga sukses selalu dan semoga persahabatan kita berpanjangan di alam maya ni

Tuesday, June 8, 2010

Teko kontroversi


Assalammualaikum dan salam selasa semua
nak share bunga ni...tak tau jenis apa
pinggan tu dapat dari nannie
dan teko dari eis
ada kepeningan sikit masa nak amik teko ni
kshima memang dah bank in duit
tapi is ingat k shima kata teko ni rege RM30.
bila sampai kat tempat eis hari tu..eis kata
kat kshima hg teko ni RM70... he he rasanya geng2 semua dah tau kan
yg tak tau pakwe ku yang berada di sebelah,
terkejut member...tulah sebabnya tentang rege kshima memang
...biarlah rahsia... kesian pakwe...
untuk sedapkan hati kshima kata susah nak dapat
... ha ha...sebab itu selalu beli online dan minta pos je
habis cerita
entahlah... sebab tu ada org kata hobi gila...benda berkarat pun nak
..he he..hanya jauhari yang mengenal manikam
(nak sedapkan hati lagi la tu..)


Kedai Arina - giveaway

jom joint ckg siti give away

kedai arina

Hadiah ke2

hadiah 1


dan ada hadiah misteri tau
syarat-syaratnya ialah

1. MESTI JADI FOLLOWERS

2. IKLANKAN GA NI PADA KAWAN-KAWAN ...

3. LEPAS TU LINK KAN KEDAI ARINA DLM BLOG MASING

4.TINGGALKAN JEJAK DI SHOUTBOX OK ITU JERKHADAIAH SETAKAT NI ADA TIGA ...

KALAU RAMAI NANTI SAYA TAMBAH HADIAH

jom ramai-ramai kita join
cuba jangan tak cuba
nanti nyesal..emmmm

Monday, June 7, 2010

Hari malas sedunia...

Selamat malam semua,


masih bersiaran...malas betul hari ni...nak buat kerja rumah pun malas
non stop rasanya
kenapa eik...bosan kot..sek dah cuti...tapi tak gi jalan-jalan pon
bajet mencemburui ku
haaaaaaa
shima memang respect dengan semua suri rumah sepenuh masa
sebab mesti buat keje rumah non-stop dan melayan kerenah keluarga
kalau yang kerja tu mungkin lain sikit sebab boleh lari dari rutin harian
gi tempat kerja... walaupun balik masih kena buat kerja rumah
entahlah ini pendapat shima... tengah malas sangat ni
tadi try buat FA..hydrangenas..tak jadi..terus humban...mencinya...
nak kemas pinggan mangkuk ni..lemari tak ada
project nak cat pagar... hujan renyai la pulak
semua tak menjadi
last2 cari sihijau ni..susun dan snap
emmmmmmmm

Thursday, June 3, 2010

Tea time


masih lagi dengan project fa...bukan apa sejak shima belajar fa dulu manyak juga mdf board yg shima beli...nak clearkan space sikit
tu cuba siapkan beberapa fa
entahlah tak tau nak touch up kat mana
mungkin kat tempat pemegang tombol kat atas tu atau biarkan saje
tengoklah nanti... sama ada ok atau ko
papai

Wednesday, June 2, 2010

Sakura baru berbunga

Assalammualaikum dan selamat petang semua


Sakura shima baru ada ni je...bermula dengan teko aladin dari tasya
lepas tu..nampak kat banyak blog...tapi cepat betul di pinang...mana taknya..shima kena tunggu cukup bulan..he he
so akhir sekali dapat yang paling banyak dari nannie... termasuk cawan bentuk A shape, mangkuk, pinggan dan teko comel..suka sangat... dan akhir sekali cawan ml dr tasya
shima ni tak pandai menulis..he he...
kelemahan utama...
cakap straight to the point... kurang membaca kot...
layan jelah
p/s-sesiapa ada sugar pot dan jug creamer...tapi nak yang ok..sebab bonda shima tak suka yang retak2 ..nanti kena .tuuuuuut... :)
huhu bukan berlagak tau..tapi tu syarat kalau nak kumpul hobi ni...
sebab mesti boleh dipakai
what to do...

Tuesday, June 1, 2010

Tak terurus... huhu

Assalammualaikum dan selamat malam semua
Lihatlah pandanglah...jangan tiru macam saya


Serabut...he he
saja nak share
kalau tengok blog rakan2 lain memang meletops dengan lemari2 antik
dan tempat simpan kayu jati dan sebagainya
nilah masalah utama shima...storage
tempat ni ruang legar kat tingkat atas...dulunya penuh dengan frame gambar sebab shima juga suka kumpul frame.
tapi dah diambil alih oleh cawan dan teko ni
tak terurus...tu malas nak n3 tu....
piring kemana cawan kemana
sebab itu shima selalu n3 atas lantai
ada sesiapa jual lemari antik tapi murah
ha ha ha...
shas banyak tu... dah dapat amarankan
meh pass kat k shima 1..2...3
he he layan jelah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to qaseh creation
Designed by UMIESUEstudio 2015