Tuesday, July 27, 2010

Order from Murni

Assalammualaikum dan selamat malam semua


akhirnya siap tempahan dari murni...
harap2 murni suka
murni nak macam fa k rossana...
he he glamour sekejap kak ana
bunga kecil tu shima tukar kuning..sesuka hati je
tapi board ini kecil sedikit dari k rossana
nak diletakkan atas meja kerja
***
oklah dah ngantuk ni
kena kemas rumah pulak
dah dapat pesanan penaja dr en somi
rumah macam tongkang pecah
he he... shima yang selalu sepahkan rumah
***
shima start 8.30...siap kat pukul 12.00
itu pun dah base coat lama dah
mak oi lamanya... kalau kerja bergaji
mesti dah dapat skim vss
sebab minat punya pasal
board ni kena tunggu kering dulu
esok sambung untuk varnish pulak
***
tata

Monday, July 26, 2010

Plant stand 3 dan backstith

Assalammualaikum dan selamat malam semua,
saje nak share dan bagi semangat kat peminat2 x-stitch


plant stand 3, kshima dah siap...tinggal nak buat plant stand 2
semua daun dan pasu bunga mesti buat backstitch
(rasanya macam jelujur je dalam bahasa melayu)
***
sebenarnya memang malas buat backstitch ni
tapi entah apa angin k shima
kerja lain(xs) semua stop... tapi tengah semangat nak buat backstitch
sebab ada 2-3 wip, yg hanya kena buat backstitch
tunggu turn dulu ya
***
walaupun malas, sebenarnya backstitch ni memainkan peranan untuk
mencantikkan xs... macam touch up atau shading dalam lukisan
***
so layan jelah

Sunday, July 25, 2010

Kangkung x-tra for sale

jom check harga, kalau berminat kat sini

Saturday, July 24, 2010

Tempat siram bunga

Pandangan depan

Close up bunga

pandangan belakang


dah lama tak buat fa dekat 3 minggu
bila dah buat semula semua macam tak kena
macam baru belajar
sebenarnya fa ni tak boleh tinggal lama
2nd time guna medium tin...susah juga color mudah terkopek
***
bunga guna warna merah terang
keliling letak rich gold
kat bawah tu ada corak timbul, shima guna jari je letak rich gold dan moss green
***
so layan jelah
bunga tu tak menjadi pun
bolehlah untuk koleksi sendiri

Friday, July 23, 2010

Give away..ayu little cottage

Salam semua,
jom joint giveaway ayu...
sempena anniversary yang ke15
semoga sentiasa berbahagia dalam rahmatNya
syaratnya mudah aja tau :
* LINK kan ler http://ayulittlecottage.blogspot.com/ di blog anda...
* TAG kengkawan untuk join GA ini...the more..the merrier!!
he he jom yang singgah sini joint ayu giveaway
kshima sebenarnya dah kena tag dengan zaza
dan buat promosi kat blog masing2 bagi meriah
*Dan tinggal COMMENT kat blog ayu
*Jawab apa yang nak diisi dalam quilt beg tu
kshima nak isi buku2 sekolah...sesuaikan
***
tq ayu sudi buat give away ni...dan bagi kami peluang
sama rata...wakaka


Monday, July 19, 2010

Pencarian berakhir

Assalammualaikum dan selamat petang semua

Pencarian rosa shima berhenti apabila shima dah dapat cawan ni 6 set
maksudnya shima dah tutup buku dengan rosa ni

cukuplah rosa shima, kebanyakan piring dan satu tureen tanpa penutup, oval plate
berketurunan cindarella...adalah kepunyaan bonda shima
shima cuma cari pelengkapnya iaitu cawan, teko, sugar pot, jug creamer dan 2 tureen
cuma shima mendapat 1 cawan mini dan satu cawan cindarella

alahai rosa ku sayang... cukup sampai disini sayang


Thursday, July 15, 2010

kalau dah start susah nak stop...

Assalammualaikum dan selamat malam

nak share pelita yang besar sikit

tapi yg dua tu ada tulisan cina...tak taulah apa dia...tanya apek tua..dia cakap "I lap u"
..he he sabor jelah...
tanya apek muda dia cakap "yg baik2 punya"...
sebab terjumpa sendiri maka ambil jelah


So disinilah letaknya ...dulu baru nak clear dengan cawan dan pinggan,
sekarang frame shima dah ada kawan baru
layan jelah... hobi masa kini

Wednesday, July 14, 2010

Bermulanya disini...

Assalammualaikum dan selamat petang semua

nak share pelita shima yang seciput ni

Bermula dengan gift dari k yah, sebagai follower k5nya
hasil hunting sendiri... bentuk pattern mcm daun terup...rupa2nya corak tu ditampal je dgn plastik dan ada yang dah tertanggal, sebab rasanya pelita ni memang dah digunakan. 2 tanpa cerobong. hg...free

ni pula hasil EG yang diberi oleh k yah
sukanya
dan pelita2 yang dibeli dari ryana...pelita ni kat kotak dia tulis made in HK
tq ryana for the x-tra
***
sebenarnya dulu shima tak minat
pernah dapat sapaan dari k sali cottage,
shima cakap ..kak sali, shima belum jatuh cinta lagi (dengan bangganya)
***
he he ...amik ko...tu dulu...sekarang lain
tapi taklah nak membeli sakan, sebab regenya macam sebiji teko
***
tapi yang shima rasa paling kelakar dan cute sangat
pelita alahai comel2nya
macam mana nak buat kerja2 pembersihan nanti
pinggan dan teko pun belum dibasuh lagi
***
so layan.

Monday, July 12, 2010

Award pink dari nannie- my passion


terima kasih nannie sudi bagi kat kshima award ni...memang
bersama tag yang perlu dijawab...

*Write 5 interesting about facts about the person who gave you this award..

  1. rasanya sama macam shima...suka bercakap bila dah jumpa regu..he he
  2. mudah berkawan
  3. bersungguh2 dalam kerja
  4. mak yang baik hati
  5. emmmmm yang tak tahan tu...pandai masak dan menjahit

*Jot down 10 interesting facts about yourself of your hobbies

jangan muntah pulak ya...macam perasan je ni..he he

  1. suka x stitch
  2. quilting
  3. folkart
  4. paper craft
  5. collect vintage items
  6. suka english decor
  7. suka tengok majalah hiasan dalaman
  8. suka benda kecik dan besar2...he he cukuplah sampai 8 kang merapu pulak


*pick 1o most deserving recipient and describe them

jom yang baca award ni...dan rasa kenal kshima..he he...amik tepek kat blog...


Sunday, July 11, 2010

Tewas dengan sibiru...

Assalammualaikum dan selamat malam semua,
hari ni nak share bahawa, shima dah tutup buku dengan sibiru ni...
pencarian dah berakhir..noktah...fullstop
***
Dulunya memang tak suka dgn color ni, akhirnya tewas juga...he he
bermula sejarah peninggalan keluarga hanya satu iaitu pinggan oval di belakang sekali
shima pun menjenguk-jenguklah
terjumpa di kedai khaty cawan2 tu... dan sebahagian di rumah tasya
teko atas bantuan nannie
teko kecik, jug creamer kecik, tureen kat adik ezany
pinggan2 masa melawat ML dulu
so...berhentilah disini pencarian shima...
***
cukuplah sampai di sini sayang
***

Wednesday, July 7, 2010

Terima EG dari K Yah... Yaya Cottage

Assalammualaikum dan selamat petang semua,
sebenarnya shima baru balik dari rumah, penat sangat2
tapi ada yang menghiburkan hati
Taraaaaaaaaaaa
***
EG yang shima terima dari K Yah... Yaya Cottage
sebenarnya k yah ada tanya shima nak apa
shima ada cakap memang tengah cari sugar pot dan creamer
tapi kalau tak ada pun tak pe...pelita pun sekarang shima tengah suka
pelita ni sweet & cute sgt...dua tu normal dan dua lagi dah k yah touch up buat decoupage, memang halus hasil kerja tangan k yah..
Tapi tak sangka k yah bagi banyak + cawan ml gandum+jug creamer comel tu

So tak sempat2 posting...
shima posting kat meja tulis shima yang semak tu
cuma 2 set cawan dan piring gandum tak dapat diselamatkan
hancur berkecai... tak sampai hati nak snap ..letak kat sini
***
jutaan terima kasih, shima ucapkan pada k yah dan eija cottage yang menganjurkan EG ini
***
shima suka sangat3

Tuesday, July 6, 2010

Life grows sweeter every day...



Dah lama tak update xs...
tadi mak shima suruh tunggu roti...
lamalah pulak dekat dua jam...
tunggu maksudnya shima tak boleh buat apa2...he he..tunggu
so tertengok xs ni...tinggi sikit kat atas...
so panjat kerusi, turunkan dan snap

***
kenapa bunga matahari pulak...
he he...sebab tak tahan dengan bee yang comel sangat tu dan rumahnya yg cute mute...
entahlah bila teringat balik, memang tak sangka boleh siapkan,
banyak backstitch dan half stitch...
banyak2lah bersabar bila buat mende ni...
so layan jelah

***
Life grows sweeter every day

Tag dari ayu little cottage..

Assalammualaikum semua dan selamat petang,
wah hari ni nak buat homework, kena jawab 3 tag
so tinggal lagi satu, lepas ni... he he komputer dah ok
so boleh layan
tag ni dari cik ayu...ayu little cottage..tq ayu


soalan yang kena jawab
1.aDaKaH aNdA hApPy SeKaRaNg?
mesti happy sebab itu tengah jawab tag ni..he he..
2.kEnApA aNdA rAsA hApPy?
sebab ada satu tugas besar dah selesai hari ni
siap amik cuti lagi...
3.aPaKaH yAnG bOlEh MeMbUaTkAn AnDa HaPpY?
mestilah sesiapa disekeliling kita happy bila kita bersama mereka
ooopss shopping time... jgn lupa tuuuu
4.pErNaH aNdA mEnErImA tAg?
pernah... dan cuba jawab sebaik mungkin
5.nYaTaKaN wArNa YaNg AnDa SuKa?
oh.. kshima suka warna soft color..pink to maroon..coklat pun suka
6. bErItAhU 9 oRaNg YaNg AnDa TaG..
yang singgah sini dan sedang happy
amiklah tag ni ya...
please :)

Tag from aida... Al Kesah

Rosa warisan bonda - pink color

Sorry aida, kshima lambat jawab...
komputer ni kejap ok, kejap ko
oklah pink memang favorite color kshima..tapi tak semuanya pink
bila telek sana telek sini, sikit je pink...he he..banyak + dengan color lain

So kshima jawab dengan penuh warna pink
1) link kepada orang yang bagi awardi ni...
aida mn .... http://mylifemytranquillity.blogspot.com/

2. Nyatakan sebab musabab anda minat kaler pink ?
betul...sweet sangat ,,,dulu zaman budak2 oklah pakai pink kot sekarang ni..dah kurang... :)
3. Sejak bile suka dengan kaler pink ?
oops dah jawab..sejak mengenal warna.. he he
4. Sebutkan 5 barang yang anda paling sayang yang kalernya pink...
i) tentulah set rosa di atas
ii) frame gambar warna pink...soft pink
iii) cadarku yang berwarna pink polka dot...he he belum siap jahit lagi
iv) sakura..same dgn aina
v) comforter hexagon yg main kutu dulu.. pun belum siap lagi of course pink ma..

5. Snap gambar anda dengan salah satu kaler pink..

ok dah snap kat atas... puanya ada kat bayangan tu
6. Tag 5 orang kawan anda yang suka kaler pink..
jom amik yg suka warna pink

semoga ikatan persahabatan berkekalan ya..

chaiyo

Giveaway - Jija's Lovely Cottage


GIVE AWAY – JIJA’s LOVELY COTTAGE


Tarikh give away ni bermula dari 8 Julai hingga 31 Julai 2010

Jija mengadakan GIVEAWAY yang pertama...

bulan yang teristimewa buat jija...,

syarat2nya sangat simple dan terbuka kpd semua pembaca dan pelanggan jija

Step yang perlu diikuti ialah:
1. click button "Follow" di sebelah utk menjadi Followers

dah

2. Link blog http://jija-craft.blogspot.com di blog anda.

dah lama dah


3. Tag rakan2 anda dlm post tersebut utk join sekali giveaway ini..

jom kawan2 yg singgah sini..joint giveaway jija


4. Last sekali tinggalkan "comment" dalam entry ni dan juga link anda…

dah

***
5. Hadiah utk GA ni:

Pertama – Bread Box

Kedua – Spoon Box

Ketiga – Cutlery Holder


UTK PEMENANG PERTAMA, BOLEH PILIH DESIGN YG DISUKAI...

***
Emmm bestnya ...apa lagi jom joint dan hebohkan...

Sunday, July 4, 2010



Selamat pagi semua
tinggal keseorangan... kat sini hujan sederhana lebat... mata k shima pun dah ngantuk, masak yg simple pun dah.
so jom share bunga bakul 4 seasons ni


tempat hunting di alam nyata...
layan

Saturday, July 3, 2010

Jom joint Giveaway Kelly

Dan salam sejahtera semua
jom joint..kelly giveaway
lumayan gitu
kshima n3 lambat sebab selalu problem nak masuk rumah kelly ni
so belum sempat tinggal jejak lagi
buat n3 dulu... best jugi rumah kelly ni, macam2 ada...nak tau jom kita gi melawat
Hadiah kedua

Hadiah ketiga

Hadiah pertama


Syarat-syaratnya;

1. Tarikh GA ( bermula dari 3 -31 Julai

2. Terbuka kepada follower Kelly's Life in Malaysia je

3. N3kan iklan GA si Kelly ni kat blog masing2 supaya kawan2 boleh join

4. Tinggalkan komen kat n3 si Kelly, chatbox tak diambil kira

5. Beri nama, hp no,alamat biar senang dihubungi kalu menang

6. Hadiah misteri kepada referral yang paling banyak disebut oleh pemberi komen-aina warisan nenek

7. Hadiah misteri kepada peserta pertama yang beri komen

8. Penghantaran hadiah akan dilakukan di bulan Ogos

Jom jom jom kita sertai Kelly GA ni

***

ada rezeki mesti tidor senyum sokmo... he he


Friday, July 2, 2010

Bila sudah jatuh cinta...

Assalammualaikum dan selamat malam semua
terima kasih kpd rakan2 seperjuangan (he he)..yg sudi singgah disini
dan meceriakan hidup k shima... sayang semuanya
***
nak share koleksi yang seciput ni
ini pun dapat dari inspirasi otai barang lama ni dan rakan seperjuangan
namamu terletak di atas sekali,
pastinya sakura kesayangan semua...
mula2 dapat teko dan cawan2nya last sekali dapat... maklumlah kena tunggu otai2 punya koleksi lengkap dulu..
baru anak buah boleh gi menyusun jari meminang.. he he gurau je
***
cawan tu pun dapat dari nannie yang terlebih hunting dan tasya antik.
sebelahnya juga kesayangan hamba iaitu single big ros semuanya dari cik tasya, teko dan cawan


baris tengah pula,
semuanya dimonopoli oleh two tone roses
ha ha... kenapa banyak sangat ini cawan,
mula2 shima hanya mendapat 2 keping pinggan dari ML
n3 kat blog... nak cari adik beradik, maka yang bestnya ramai informer
antik yang tunjuk jalan(bukan polis je ada SB)..he he ..jalan kebenaran...
***
1. adik Yatt... yang bg tahu Cik Mat ada jual cwn ni..terus pinang dgn cik mat dan belilah 4 set cawan ,,yg best dapat free 1
2. tasya pun offer ada cawan mulut lebar... so beli lagi
3. last sekali nannie pun offer juga cawan ni... tapi jenis lain,
terima juga... lagi pun dah rezeki kan, orang dah offer jgn jual mahal... mana tau, sebab susah nak dapatkan..hg pun ok
dan teko pun dari nannie
memang meletops betul kedai nannie ni...
***
oo ada seketul cawan menumpang kasih iaitu kekwa kuning EG dari Yatt
kena masukkan juga, sebab dia tinggal sorang je...mak dia biar kat luar dulu...comel sgt tak muat
tempat terakhir...
walaupun kedudukan ke3, tapi tetap pertama dihati k shima ialah 5 roses... yang majoritinya dari sabah dan sarawak... kat semenanjung dah habis stok masa tu...so shima beli dengan ryana dan nur dan green roses pun shima suka sangat, hanya anak2 je yang dapat isi kat dalam tu...mak2 dia bawa diri masing2... tunggu ya nanti kalau ada rumah baru
dan teratas sekali, mak-mak yang menunggu anak2nya.
(wow anak2 sekarang hantaran pun dah meningkat..ma)
***
dolly.. putih tu 4 helai pemberian ikhlas ryana masa kshima EG dengan R dulu... tqvm dik... kshima suka sangat walaupun sebelum tu almari ni tak wujud lagi, sebab k shima memang suka embroidery
***
dan k shima nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga
kepada semua yang telah melengkapkan hobi ini
secara langsung dan tidak langsung
***
he he apa lagi jom hunting... jangan putus asa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to qaseh creation
Designed by UMIESUEstudio 2015