Monday, January 31, 2011

giveaway sulong aida mn-ALKESAH

hadiah ke2
hadiah pertama

salam semua
jom joint giveaway aida yg pertama
syarat2nya mudah saja :

(1) Mestilah jadi follower kak aida dulu.
(2) Entri GA ini dan linkkan blog anda.
(3) Tinggalkan jejak di Post A comment.
(4) Terbuka kepada kengkawan beralamat di Malaysia sahaja ye (Postage purposes).

jom, kalau ada rezeki, tak kemana jua

Sunday, January 30, 2011

Ibu angkat...

Assalamualaikum dan salam sejahtera
hujan renyai-renyai dan 2-3 hari disini, rasanya banyak tempat mengalami cuaca yang sama
tapi alhamdullillah, masih sempat shima menyedut udara yang segar ini
walaupun badan agak lemah, mungkin dah ditelan usia
hari ni shima nak share dengan kawan2 yang sealiran, masih minat pada pemandangan, ocera, oriental ceramic m'sia dan home made

6 pasang cawan-5pasang terdiri dari jenama oriental ceramics malaysia, walaupun satu tu lain adik beradik, kerana cedera dalam perjalanan

sugar pot

jug creamer

4 mangkuk sup dan 6 piring kuih

ibu angkat
rasanya dah cukup teaset shima ni, cuma ibunya sahaja
sedang menunggu ibu kandung.

Sunday, January 23, 2011

Terbiar...


Assalammualaikum dan selamat malam
hari cuti yang agak produktif bagi shima
bunga di atas ni, baru je berkembang di teratak shima
dah lama tunggu, baru sejambak keluar, mungkin merajuk sebab selalu dicantas



bukan sebab shima buat patchwork ni, yang ini shima beli dulu dah lama, tapi kain dia keras sikit, rasanya from china. kalaulah boleh buat macam ni kan best



ini adalah pandangan dari bilik shima, dua buah pasu bunga yang pokoknya dah kering tak terjaga, dulu, en somi yang rajin jirus air... sekarang dah terbiar

bila hari cuti baru berkesempatan untuk buka tingkap dibilik shima ni, tapi kalau zoom dekat, pengsan tengok cermin dan dinding tu, dah dimakan usia rasanya, sebab kena tempias, bila ya kali terakhir shima bersihkan dan cat semula pun tak ingat.


sebenarnya baru berkesempatan menukar cushion cover ni, so dibelakangnya shima sidaikan comforter, bukannya apa tak larat nak buka dan basuh cushion cover selalu, basuh je comforter kat belakang tu.

salam sayang


Thursday, January 20, 2011

Cinta tak semestinya bersama...

Assalamualaikum dan selamat bercuti
semoga hari ni kita lebih produktif dan bersemangat membuat kerja2 rumah

seperti biasa kerja shima memunggah, memunggah dan tak mengemas2

hari ni shima nak share sihijau yang mendamaikan,
belum lengkap lagi, masih menunggu

cawan tanpa piring... "pulangkan cinta hatiku"... kata si cawan

tureen hijau ku sayang sangat,
kecil sikit dari sibiru yg mudah cemburu itu

mug dari kedai rm2, tapi bukan 2 hinggit tau, nama kedai je..
janji hijau
***

salam sayang

Sunday, January 9, 2011

penat...


Assalamualaikum dan selamat malam rakan2

emmm minggu yang penat ...
penat sebab berat makin bertambah
penat sebab kerja tak selesai2
penat sebab banyak kerja craft tahun lepas tak siap2
penat sebab memang penat

salam sayang

Thursday, January 6, 2011

Biru masih memburu...

Assalammualaikum dan selamat malam
masih lagi biru, harap2 kawan tidak bosan
shima!!! susah nak kata

set ni rasanya istimewa, sebab pertama kali shima dapat,
set jug dan gelas air porcelain bentuk macam ni
masa keluar iklan jualan set ni, poket shima memang dah kering kontang
tapi shima jirus dengan air bagi basah...
yang ni, memang istimewa, nampak kecil,
tapi jug creamer yang paling besar, yg shima ada, tq lc dan tas
yang ini, memang susah nak kata
terjumpa
***
cukuplah sampai di sini si biru ku sayang
dah tutup buku ya...
kecuali dapat macam cawan yatt atau shas,
he he pasti shima buka semula buku si biru ni


salam ceria




Wednesday, January 5, 2011

Baru bertandang ...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to qaseh creation
Designed by UMIESUEstudio 2015