Thursday, May 5, 2011

Tanda2 perlu berhenti...

Salam dan selamat malam
dah nak tidur kawan2
shima masih ada list kerja yang perlu diselesaikan

jom layan koleksi peribadi shima ni
teko jenis apa pun tak tau, dah posing pun tersasar dari jurukamera yang "professional"

sugar pot yang retak dan menanti belah, cedera parah dalam perjalanan ke teratak shima
dan creamer yang comel sangat, dari johor
cawan yang datangnya dari pahang
piring ni dari perak kot
***
sebenarnya shima snap gambar ni untuk jual
tapi sayang pulak, memang cantik
shima beli dah lama pada tahun lepas, tapi selepas dapat sugar pot yang cedera,
hati shima hancur berkecai...huhu, sebab sebelum tu beli online, tak pernah dapat yang cedera
tapi sejak hari tu, macam berjangkit2 pulak, memang ada barang yang sampai lagi, cedera parah.
walaupun kadang2 bungkusan dah mantop, shima redha (bunyi macam baik je kan0
... dah rezeki shima macam tu...
huwaaaaaaaaaaaaaaaa (dalam hati je)
***
mungkin dah sebagai tanda, supaya shima berhenti membeli, banyak juga tanda2 lain, he he beli kat depan mata pun ada yang cedera, yang shima tak perasan, sebabnya selalu nak cepat. duit makin pupus, bonda shima pun dah bising barang2 tak kemas.
kalau tengok pun tau shima posing atas lantai je, lepas tu tak kemas...
***
tapi bila ingatkan kesusahan nak lengkapkan set ni sayang seribu kali sayang.
koleksi peribadi yang shima jual tu pun shima pejamkan mata dan keraskan hati, tapi shima pasti puan barunya pasti lebih menyayanginya nanti (syahdu lah pulak).
pasal pinggan pun nak jiwang.... kih3
hanya jauhari yang mengenal manikam (maksudnya orang yang tau je tau).

oklah sampai sini dulu, sementara internet shima OK.... dah berapa minggu KO


Salam sayang

6 comments:

  1. nampak gayanya kalau kakmOn masuk rumah shimah ni kena pakai spek itam, spaya tak terjangkit tak beli set lama nie huhuhuhuhu

    Salam jumaat yang barakah Shima

    ReplyDelete
  2. Sukanya tgk. Sy pun ada sikit set ni, tp teko bulat je. Hehe, geng dia sikit je tp kumpul dr 6 tmpt berbeza.. :-)

    ReplyDelete
  3. woww..so nice black roses..corak cam lukisan tgn je..congrate shima..

    ReplyDelete
  4. salam kak mOn,
    he he mesti pakai kak mOn, hitam ni menawan, memang mudah berjangkit :)

    ReplyDelete
  5. zefa, memang cantik tapi dah ada tuan barunya yang lebih mengasihinya..huhu

    ReplyDelete
  6. en shariff
    memang sweet dan cantik, terima kasih, tapi shima dah lepaskan ianya pergi ke tuan baru yang lebih memerlukannya...;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to qaseh creation
Designed by UMIESUEstudio 2015