Saturday, August 27, 2011

almari lama ke 2 - perjalanan yang jauh

Assalammualaikum

masih lagi lemari lama, from Parit
shima(oops somi sebenarnya) mengangkut lemari ni naik kereta kecik shima, myvi je
alhamdullillah muat
tqvm pada en somi yang sanggup melayan.
cuma tak sempat nak ambil gambar masa dalam kereta dan masa lemari ni kosong, dah tak sabar nak mengemas.
sumbat dulu segala yang ada.... ngeeee


handle untuk lemari ni semuanya dah patah, berangan nak tukar tembaga cam kulit kerang tu.
nantilah dulu, tak buat apa2 pun perubahan pada lemari ni, lap aje.
nak cat/varnish ..... huhu . shima tak sanggup.
kudrat dah tak larat.
perjalanan lemari ni pun jauh
alhamdullilah sampai juga



salam sayang

Thursday, August 25, 2011

Keputusan



dah pagi rupanya, mata shima sukar untuk tidur dalam 2-3 hari ni.
entahlah kenapa ya
hari ni shima nak share lemari yang baru bertandang.
walaupun cedera sikit akibat perjalanan yang jauh, tapi masih
berbaloi2 dengan harganya, shima rasa, boleh beli di fb Mofaar Furniture
shima masih belum membuat keputusan samaada nak letak koleksi biru
atau pink shima.

tapi semasa shima menaip ni
keputusan dah buat pun
nantilah shima share.

sudah berjanji dengan sidia, nilah lemari terakhir yang akan shima beli,
percaya ke tak, ruang di bawah dah tak muat, terpaksa angkut naik ke atas.
merepek je kan...


salam sayang

Monday, August 22, 2011

bubur lambuk kg baru

bubur lambuk kg baru
yang paling sedap bagi pendapat shima


Assalamualaikum
bertemu lagi dalam bulan Ramadhan yang mulia
masjid kg baru shima jejaki kembali
sekadar singgah untuk mengambil bubur lambuk
emmm teringat memori semasa kecil, memang tradisi mengambil bubur ni,
dulu jalan kaki je-maklumlah rumah dekat je, bawa bekas masing2,
pernah bubur lambuk shima terjatuh ditengah jalan, balik nangis je..huhu
tapi sekarang dah siap bungkus cepat dan mudah,
cuma tak boleh ambil lebih je


kakitangan masjid mengedarkan bubur selepas solat Asar
kena beratur dahulu dan kanak2 diberikan dahulu

en somi baru keluar ditengah celahan orang ramai,
shima dah amik dulu..ngeee


salam sayang

Saturday, August 20, 2011

Alpa..


kadang-kadang hobi shima ni buat shima alpa.
umpama lukisan pada kedua2 cawan , shima ralit, melihat dan membelek
shima suka...

bonda shima pun macam dah bagi hint... rentilah... nanti digelar "shima teko".
walaupun koleksi teko shima tak sebanyak mana pun.
nak tergelak pun ada, en somi pun menyampuk,
dulu "shima x-stitch", "shima jam"
sambil tergelak,
he he, ini adalah perbualan shima, mak dan somi masa berbuka posa,
sebenarnya shima senyap je, en somi yang menambah usikan bonda shima.

tapi betul juga, semua tu hobi shima, buat x-stitch dan collect jam, walaupun jam banyak yang tak boleh pakai... jam untuk decor memang cepat rosak.


kembali dengan hobi lama, shima membeli beberapa buah buku deco painting untuk meyambung dan mengasah minat itu kembali.


Salam sayang

Tuesday, August 16, 2011

makan masa yang panjang




alhamdullillah siap juga akhirnya,
hampir seminggu kerja shima ialah siapkan basecoat untuk gambar2 diatas
penat, pinggang pun sakit, kadang2 shima stop juga, sebab tangan lenguh... huhu dah tua.
***
beza dengan gambar sebelumnya yalah bekas roti tu je warnanya lain.

so layan jelah ya.

salam sayang


Friday, August 12, 2011

fuuuuuuuuuh, siap juga akhirnya

Assalammualaikum dan selamat malam
siap juga akhirnya, signage ni yang shima belajar dengan en zahir tahun lepas,
kelas 2 sesi pun tak siap, bawa balik rumah pun tak siap
semalam entah macam mana, ambil je dari bawah meja terus siapkan
alhamdullillah






Salam sayang

Thursday, August 11, 2011

Dalam dilema


Assalammualaikum dan Selamat pagi

shima tengah semangat menyiapkan tempahan kawan2
kalau dah start baik jangan stop kalau tak memang stop terus

tapi shima dalam dilema, sama ada nak tambah reben atau bunnga pada atas nama teddy bear tersebut.
nampak kosong sangat,
ada idea.

salam sayang

Saturday, August 6, 2011

k z...on the way




warna :
masih dalam proses dan touch up
sabar ya


salam sayang

order from ustz mazdah



alhamdullillah, siapjuga akhirnya.
warna yang digunakan,nantilah shima letak.... (utk rujukan sendiri)


Salam sayang

Ruang termenung


Salam hujung minggu

emm, seperti biasa kalau hujung minggu je, kerjanya mengemas.
shima saja nak share, ruang termenung shima ni, huru hara, sebab tu kalau duduk,memang boleh termenung lama2, macam mana nak kemas ni.

kerusi rotan tu masa beli memang nak putih, tapi dapat tentangan hebat juga... so amik warna selamat coklat, tapi sebab ruang ni sempit rasa nak cat je warna off white
perlu minta izin ke...huhu
rasa2nya macam console table tu pun nak cat off white, tapi nak kemas pun rajin sangat
tak tau la jadi ke tak project shima ni.
tengoklah nanti ya, kod cat dah dapat, tq umie



salam sayang

Friday, August 5, 2011

Masa merubah segalanya

Salam

masa memang telah merubah kita kan
begitu juga shima
rasanya dulu "cool"aje... tapi sekarang dah macam ada penyakit hangin satu badan
tiada sesiapa yang bersalah hanya diri sendiri sahaja yang perlu muhasabah



hari ni shima nak share bunga mawar yang hanya beberapa hari aje kembang sebelum masa merubahnya terus kelopak berguguran.




sambil tu shima cuba menyiapkan tempahan kawan2...
terima kasih sabar menunggu.
shima masih bergantung pada mood untuk melukis,
bukan boleh dibuat setiap hari seperti rutin kerja.

tulah saya, asyik layan mood "M"


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to qaseh creation
Designed by UMIESUEstudio 2015