Tuesday, February 21, 2012

Vanilla Coklat & Iron Lady

Assalammualaikum dan selamat malam

berehat seketika ...
emm, sekejap je dah masuk bulan 2 kan, semua aktiviti yang diminati tertangguh
ada due date lain yang perlu diselesaikan.

emm sekarang ni shima suka tengok drama yang yang menghiburkan hati,
penat tengok iklan tv asyik cerita seram, bosan... entah apa2 ..atau cerita melayu penuh dengan amalan sihir... bosan juga. macam tak ada benda lain dalam masyarakat orang melayu ni.
lagipun shima memang tak suka cerita seram.

emm, layanlah vanilla coklat,
mungkin ramai juga yang tak suka ... cerita budak2..
he he... shima suka, kalau dah suka tak perlu bagi alasan kan.

sementara tu meh layan apa yang shima beli, iron lady ni atau orang panggil manequin...
tak check ejaan,
shima beli ni sebenarnya untuk selesaikan masalah shima,
bukan nak buat sebagai decoration, tak pandai pun

taraa...
tempat sangkut beg, kiri dan kanan
tapi nampak "seksa" pulak...

so sangkutkan beg lagi satu kat depan, dapatlah cover yg bahagian depan tu,
ada 3 beg je pun...
ada ruang kat dalam body tu boleh isi barang,
tengoklah nanti, shima isi barang yang selalu shima guna sebab shima letak iron lady ni kat pintu nak masuk bilik.

sesuai rasanya...


Friday, February 17, 2012

Gold collection

Assalammualaikum dan selamat malam

tak ada apa2 aktiviti craft yang shima lakukan minggu ni
bz... ayat klise kan
tadi petang ada kursus, esok pun ada kursus
so, baru teringat yang shima ada beli pattern ni dari Nisa
janji hari tu nak n3, tak sempat, kak shima n3 pada hari ni ya...


European Bistro
sebab beli : tak leh tidur kalau tak beli

Cove haven Inn
sebab beli : rumah impian shima.
tapi kain yang dibekalkan ialah macam kain linen, confirm shima tak boleh jahit
seumur hidup setakat ni jahit pada kain kotak je.. huhu, tupun banyak tak siap,
kalau shima jahit guna kain ni, confirm sampai bila2 tak start,
masa dapat package kain ni nak tergelak juga..he he, entahlah rasa gelihati pulak.

Overlook cafe
sebab beli : tak dapat gi laut selalu, tengok gambar ni pun jadilah.

semua alasan di atas adalah munasabah kan,
tq nisa sebab tolong uruskan pembelian
nanti kita berurusan lagi ya

syyyyyyyy, rasanya koleksi diatas akan jadi
semata2 "koleksi emas" shima kot
huhu, harap ada kekuatan untuk menyiapkannya

sehingga itu...
jom rehat...
penatlah
asyik buat craft je... (rungut sidia)
adil tak

Monday, February 13, 2012

How to joint granny square

Assalammualaikum dan selamat petang
granny square shima masih dalam proses, kebanyakkannya shima dah letak border warna cream, tinggal nak belajar cara menyambung granny square ni.
memang banyak cara, shima nak cari cara yang mudah je.
semuanya rumit dan leceh, minat je mengatasi segalanya.
tapi bagi yang expert nampak mudah je buatnya.


ni sebahagian yang shima belum siap buat border cream, yang ni sebahagian yang shima belum buat border,
masih jauh lagi perjalanan, ingatkan nak buat queen comforter
rasanya shima hanya mampu buat throw je atau single comforter.

tunggu

sehingga shima menulis lagi ya
happy... happy

Sunday, February 12, 2012

A beautiful journey

Assalammualaikum dan selamat malam

hari ni shima nak share dengan peminat2 decorative painting,
buku yang baru shima beli... really beautiful


walaupun mungkin shima tak pandai atau tak sempat melukis, melihat kecantikan hasil lukisan ni je sudah cukup, order melalui online lebih mudah shima rasa,
sebab sukar untuk dapat buku macam ni di pasaran tempatan.


pemandangan dibawah ini pula ialah pemandangan di Jeram yang sempat shima snap semalam.
mengikut en somi yang telah dibelanja oleh rakan sekerja yang dapat naik pangkat,
tahniah





gambar matahari terbenam
sungguh cantik.


sehingga shima menulis lagi


Tuesday, February 7, 2012

Happy in pink

Assalammualaikum dan selamat malam

tak sabar rasanya shima nak share hexy munga2 chenta shima, still in progress
tapi tinggal nak settlekan bahagian tepi sahaja...

border tu tak cukup, kena potong dan jahit dulu baru boleh sambung.
tak sabar rasanya nak siapkan, sebab lepas siap, shima nak export ke Kedah kot,
nak minta kakak di sana tolong settlekan, shima tak mampu.

bahagian tengah dah settle
bahagian tepi tak cukup kain.
kena potong dulu... adalah tinggal dalam suku meter je,
harap2 color pink tu cukup sebab cari semula kat kedai dah tak ada stok.
macam mana nak ada shima beli pada tahun 2009 sekarang dah 2012,
kalau dah ada baby pun dah umur 4 tahun.

so kalau baby shima ni siap, umurnya 4 tahun jagung.
he he

ok, hingga bertemu lagi...
kalau semangat shima masih membara
chow dulu nak gi gosok kain pulak, esok dah kerja... la la la


salam menjahit

If... 20 years ago

Assalammualaikum dan selamat petang

buat apa hari ni ya, shima di sini cuti, tapi rasanya dari pagi tak buat apa2...
kecuali rutin harian,
cross stitch yang sempat shima pegang, patternnya mudah saja, banyak half stitch,
if 20 years back,
shima buat benda ni mesti cepat siap .... sekarang, emmmm
orang kata tak elok cakap kalau...
so shima tukar jadi
if ...
adil tak.

sambil tu jom layan apa yang shima beli untuk garden kecik kenot shima sempena cuti minggu ni.
lepas gi kenduri ahad lepas, pelawaan ke sungai buloh shima tak tolak,
kami pernah pergi 2 minggu yang lepas, tak jumpa pun kedai bunga,
pembangunan pesat... he he, macam lama tak keluar je.

shima suka pokok berbunga, mak shima suka pokok hijau sebab senang jaga

pokok bunga blue/puprle ni dah kali kedua shima beli,
dulu dah uzur sangat so, jalan mudah cantas

yang bunga gantung ni pun sama, cepat betul umur persaraannya, kali ke 3 shima beli sejak kenal bunga ni,
ikut orang yang jaga, kalau rajin panjanglah umurnya, kalau tak...
sayonara

tujuan ke sg buluh sebenarnya nak cari pasu ganti pasu pokok ni,
kawan shima bagi, dah lama pasunya pecah tak berkesempatan nak ganti

kenangan... emm rajinnya
shian pokok kat atas ni, macam tunggu masa je
pokok pudina ni mak shima yang tanam

sama juga dengan pokok menjalar bunga merah ni, penanaman semula dilakukan,
mak shima juga tanam, nak tunggu anak dan menantunya,,he he lambat.
cepat betul subur, tangan mak shima sejuk... alasan yang shima bagi.


so hingga shima menulis lagi

Sunday, February 5, 2012

Selamat malam chenta...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to qaseh creation
Designed by UMIESUEstudio 2015