Wednesday, March 28, 2012

Penempatan baru

Assalammualaikum dan selamat petang
bersua lagi di alam maya
emmm ... penempatan baru yang banyak membantu susun atur,
koleksi transferware merah shima yang sedikit.


suka sangat, walaupun rak ni terbuka, dan shima memang malas nak membersihkan abuk,
tapi macam motivasi untuk rajin mengemas di rumah.
kadang2 di rumah ni perlu ada benda baru,
walaupun kecil, contoh walau beli mug sebiji yang kita suka,
rasanya macam nak kemas seluruh dapur... kalau mood rajinlah ya,


Frame ni shima suka sebab patternnya nampak lama,
shima ni memang suka collect frame gambar, hobi dari remaja sampai re..tua,
gambar sendiri jarang letak, tapi gambar gadis vintage tu memang dah ada,


Ada beberapa pattern cawan yang shima simpan,
tak tahan tengok...
cantiiiiiiiiiiiiiiiiiik

jom layan mata
hobi sama tak... (mesti fahamkan)

caiyooooooooooook

Tuesday, March 27, 2012

15 tahun mengidam... huhu

Assalamualaikum dan selamat tengahari

nak share ahli baru dalam keluarga shima dah hampir 15 tahun menunggu, dulu, kini dan selamanya memang idaman hati. s

walaupun ada kecederaan disana sini, sesuailah dengan harganya
tq untuk si dia yang memahami,
biarlah rahsia


sehingga bertemu lagi

Thursday, March 22, 2012

Atas nama chenta...

Assalammualaikum dan selamat malam

cubaan shima nak buat hp bentuk oval
tak jadi, jadi bentuk empat segi... huhu


si rama-rama hinggap
cobaan3...



salam kraf

Wednesday, March 21, 2012

Layan biru...penyejuk mata

Assalammualaikum dan selamat malam
penat dengan tugas seharian, jom cuci mata, baru kemas bahagian atas, dulu pakai letak je
sekarang shima dah susun... habuk... tepis2 je dengan jari.

tambah sedikit aksesori, bunga getah, baru beli juga...
tapi warna turqoise, bagi nampak contra.

signboard... tin comel


agak melendut sikit papan ni sebab keberatan oval plate kat belakang
oval plate tu cantik, tapi cedera dalam perjalanan... huhu

blue willow + windmill
si ceksi masih ada di sebelah si putih ni...
emm kena tutup bahagian depan tu...


peminat biru...
jom layan

Hanging pillow ... rectangle

Assalammualaikum

hanya nak share aktiviti terkini



hanging pillow yang ke2


salam sayang

Sunday, March 18, 2012

Jejak kasih ... mencari ibu bapa...

Assalammualaikum dan selamat malam

bersiaran lagi untuk edisi khas jejak kasih,
mencari bapa aladin dan mak yang suka menyiku...


Masih mencari teko bentuk aladin atau siku, bentuk pear ke, papaya ke, creamer dan sugar pot
masih mencari juga teko aladin, siku, pear ke.... dan sugar pot

kalau ada yang bermurah hati ... :)


papai





Friday, March 16, 2012

Garage sale

Assalammualaikum dan selamat petang

garage sale akan diadakan ditempat kerja shima, kecil2an je, satu booth je pun.
sempena minggu matematik,
ada jual bundle dan sebagainya.

shima rasa nak jual hanging pillow ni,
tadi cuba buat, makan masa juga,
dan kena jahit tangan,
jom share

bahagian belakang,
macam tertonggek je kan, sebab berat manik tu kot...

satu je pun yang sempat buat,
gempak je lebih... huhu


selamat berkraf

Bantal + kekabu

Assalammualaikuam dan selamat pagi

nak cerita , proses membuat kekabu menjadi bantal
dah lama tak buat kerja ni

tapi mak shima yang masukkan, shima tolong jahit sarungnya je
sebab takut tak capai standard piawai yang ditetapkan.

shima jahit tangan

bolehlah dijemur..emm hari pun mendung je.

dulu kekabu ni selalu beli di chow kit road je,
sekarang dah tak ada, dulu ada gred kekabu ni, gred A, B dan C,
kalau gred A tu, tak ada langsung biji2 kekabu.


sekarang ni dah tak ada gred, semua sama je.


salam sayang

Thursday, March 15, 2012

Apron comel

Assalammualaikum dan selamat pagi

semoga hari ni semuanya sihat dan cergas untuk membuat kerja rumah...
maklumlah minggu ni shima menjadi suri rumah sepenuh masa,
emmm cuma masa je tak cukup.

ok hari ni shima masih nak berkongsi koleksi apron shima yang ada dalam simpanan.


sweet flower + ribbon

laces lagi

favourite color..
kalaulah pinggang shima seramping ni...huhu

love ribbon
corak lace

mek su

salam sayang
sehingga bertemu lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to qaseh creation
Designed by UMIESUEstudio 2015