Sunday, September 30, 2012

Bouquet of flowers


masih lagi mencari kekuatan untuk menyiapkan bunga2 rose ni, projek yang dah lama juga.
Yati Stitch yang dah siap, menjadikan kak shima sumber inspirasi cuba menyiapkannnya juga.

boring buat full stitch, shima buat half stitch, he he
kadang2 cuba buat kotak ke kotak, tapi shima ni jenis cepat bosan, so lompat katak juga,
bahagian kiri banyak yang silap... huhu, akibat suka melompat, baru belajar guna magic pen, tapi kadang2 rasa ok kadang2 rasa tak ok, sebab dah sebati baca dari pattern.... ngeee, macam berlagak lah pulak... huhu.
jarum pun guna satu je, 

cepatlah siap hendaknya, shima buat cross stitch ni selang seli dengan kitchen dresser dan folkart shima.


salam sayang


Thursday, September 27, 2012

Bijak mengurus wang


bijak mengurus wang anda
shima tak bijak, masa mula2 buku ni dikeluarkan shima nampak di kedai buku jln TAR, shima nak beli, tapi bila dah balik shopping, duit dah semput, tak beli walaupun harga buku ni hanya RM25.00.

baru2 ni shima singgah di Popular, terus beli,
shima memang mengkagumi Pn Hajah Rohani, sejak dari saham Asnita lagi,
shima pernah melabur, tapi belum sampai matang dah keluar, emmm teruknya...

Apa yang memberi semangat dalam buku ni ialah 
" Tidak terlalu lewat untuk memulakan membuat simpanan seusia 40an, asalkan jumlahnya sekurang2nya 15% daripada pendapatan."
Simpanan shima zero, macam tak percaya jekan, komitment tak banyak, tapi kehendak banyak berbanding keperluan, tulah sebab utamanya,
baru2 ni laptop shima rosak, automatik nak baiki kos RM400.00, kena tunggu gaji, macam kais pagi makan pagi je, simpanan emergency pun tak ada.
harap2 lepas ni berubah.... emmm

 
 
 sementara tu jom terapi mata, bunga yang susah hendak berbunga sekarang berbunga lebat,
shima rasa bunga ni memang memerlukan cahaya matahari yang kuat, sekuat warna orennya.



selamat menyimpan ya..

Wednesday, September 19, 2012

Yang mana dulu...

 Assalammualaikum dan selamat pagi
 emm lama rasanya shima tak berkongsi cerita kat sini, shima sebenarnya suka baca blog kawan2, sebagai motivasi, tak kiralah hobi ke, dekor mendekor, sebab ia memberi satu semangat pada shima.

kadang-kadang shima selalu berangan nak buat macam2 benda dalam satu hari, rasa2nya kawan2 pun samakan, tapi kadang2 satu kerja je yang sempat dibuat, yang lain angan2 je,
area ni antara area yang shima berangan nak kemaskan, macam2 ada,

 emm, ada apa dalam kotak ni ya, pun berangan nak kemaskan dan susunkan, bila agaknya.


love is sweet


Monday, September 10, 2012

Kalah lagi

 Assalammualaikum dan selamat malam
shima kalah lagi dengan kain2 bercorak, layan jelah ya


rose, teapot and cup


salam sayang

Saturday, September 8, 2012

Buah-buahan di Cameron Higland

 Assalammualaikum dan selamat petang
strawberries yang memang terdapat di mana-mana di CH
shima tak beli pun sebab tak makan, entahlah orang kata bila kat CH manis, bila bawa balik rumah jadi masam.
 rupanya buah strawberries ni tumbuh dari bunganya
timun air kot yang yang terbesar shima pernah tengok, di Mardi

 tomato
 salad

ladang strawberry, hanya singgah di 2 tempat sahaja, dah tak larat, banyak sangat ladang strawberry ni.

salam sayang

Thursday, September 6, 2012

Panel

 Assalammualaikum dan selamat malam

jom tengok koleksi panel shima
shima tekankan disini, koleksiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii .... la la la la

yummy, comel sangat
 luv antiques
 my nest
rasa nak makan je kain ni
boleh ke.

Wednesday, September 5, 2012

Bunga dan Cameron Highland (CH)

Assalammualaikum dan selamat malam
masih lagi mengenai CH, bunga dan CH memang tak dapat dipisahkan, gambar menjadi saksi
bunga-bunga yang dijual di Healthy strawberry farm, Tanah Tinggi  hydrangea yang menikam kalbu

yang ni pula di Mardi, nak masuk kena bayar RM3.00

bunga di atas di dipanggil Lady shoes, 
shima suka, shima ada beli benihnya.... ngee
sensitif dengan bunga2 gantung ni
 ice cream yang sedap, bawahnya ada strawberry
waffer sekaya.
walaupun shima tak berapa suka makan wafer, tapi wafer ni sedap, tak rasa majerin
dan rangup

sehingga bertemu lagi
salam sayang

Tuesday, September 4, 2012

Anytime is tea time


Cameron Highland shima jejaki kembali selepas 9 tahun berlalu, dulu pergi semasa kursus kebetulan sehari selepas bertandang ke rumah en somi, terpaksa postponed sehari kursus, 
ngeeeeeeeee, selamat, sehari je di sana... disana


 antara tempat yang dilawati ialah Bharat Plantation
 emm, ramai juga yang ambil kesempatan sempena cuti hari raya

  daun teh dari dekat
 tempat ke dua pulak, ialah Boh Tea Garden, 
ni bangla ..abang la  yang tengah posing, berehat  lepas penat petik daun teh,,,, he he,

 sebahagian ladang Boh Tea
 sebahagian pekerja yang selesai memungut teh, yang sedang potong tak sempat nak snap
 ini dalam kilang, teh yang telah siap diproses, di ladang Boh Tea.
ada jenis kasar, jenis halus yang selalu guna di kedai mamak, daun teh yang dipetik dengan tangan, dan macam2 jenis lagi.

jom tengok apa yang shima rembat
 
beli di kedai CH, beli sebab pekenanlah sangat dengan tin2 tuuuu,
kalau tak beli, tak boleh tidur,
teh ni dari Ceylon
cantikkan bentuk tin2 nya, sebelah kiri bentuk buku, sebelah kanan bentuk jam,
yang bawah bentuk 4 segi je, tapi shima tak tahan dengan corak bunga halus yang ada pada tin tersebut.

wah kalau dapat pekena teh tarik petang2 ni bestkan

tea beng satuuuuuuuuu....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to qaseh creation
Designed by UMIESUEstudio 2015