Friday, November 30, 2012

Decorative teapot with meow


masih lagi meminati decorative teapot ni, 
jom share gambar
cottage yang ada gambar perempuan dan bunga2 melengkar kat dinding, ada kucing comel juga, pak tam.
suka lukisan pada teko ni...
 
 Ye olde Teapot Inn
sama juga dengan teko ni, di kedai ada gambar seorang lelaki dan meow pun ada, tapi cik teh.
 
Teko fire place yang baru dapat, comel sangat, bentuk batu tu macam real je

pun comel, tengah tidur sedap kot, ada bahang panas dibawah.

emm hobi yang tak pernah habis,

salam sayang


Saturday, November 24, 2012

Tin carrier


 Assalammualaikum

kumpul free gift dalam bentuk tin.
tin ni sesuai untuk kanak2 bawa bekal, kalau shima sesuai letak benang cross stitch kot.
 
  3 sekawan
 Fried rice
 Slurrpy noodles

comel kan,

Salam sayang

Friday, November 23, 2012

2 tahun

 Assalammualaikum

mengambil masa yang lama 2 tahun baru shima siapkan, sebenarnya order dari jiran, tapi rasanya shima bagi je, dah terlambat,  banyak teknik2 yang shima lupa, sebab jarang buat homework.

terima kasih.

Salam sayang

Wednesday, November 21, 2012

Sebelum dan selepas


Assalammualaikum

 sebelum operasi oppps rajin cikit
 operasi pembersihan rumah bermula, shima mulakan dengan bilik tetamu, sebab kat bilik ni tak banyak barang, so senang sikit,

 sebelum ni rak kayu ni dicat dengan menggunakan varnish, shima saja nak tukar warna, teringin dengan warna off white, tetapi untuk cat spray shima tak jumpa warna tersebut, shima ambil warna Ivory gold, macam kekuningan sikit.
 projek yang lama dalam kepala, hari ni tertunai juga. shima cat dibelakang rumah, sebab dari maklumat kawan2 yang pernah cat di depan rumah, spray cat ni boleh melekat di kereta dan pagar jiran.
 selepas dispray...ivory gold
bersama dengan teko kesukaan shima, sayang sangat
Ye Olde Candy Shoppe.

selamat mengemas



Friday, November 16, 2012

Decor-decor


rindu nak bersiaran, kekangan masa membataskan segalanya,  2 minggu lagi baru betul2 free kot, jarum benang, pinggan teko cawan, fa, crochet, semua ketepi dulu. 
 
 semalam dengan masa yang ada, shima kemaskan bilik tetamu, baju bertimbun, nak dilipat dan digosok, jangan nak cakap, divider ni shima baru dapat dari kak ferry, teman seshopping, teman tapi mesra... sehati dan sejiwa bab menghabiskan duit. terima kasih kak ferry, tolong belikan. divider ni shima gunakan untuk halang benda2 yang disebelah, tapi rendang macam tuannya, nampak juga, tapi bolehlah sorok penggosok baju kat sebelah tu tak nampakkan.
 
 ni pun baru sempat dikeluarkan, shopping minggu lepas dengan kak ferry dan kak sham juga di rumah lynn, masa yang panjang dan hujan yang lebat, mengiringi perjalanan pergi dan balik.masa balik tu ikut jalan lama ulu yam, suspen juga,,, alhamdullillah selamat sampai.. nak mengadu pada si dia, sorry, siapa suruh cari penyakit... ngeee.
 salam sayang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to qaseh creation
Designed by UMIESUEstudio 2015