Thursday, December 20, 2012

Susahnya tanpa guru

 Assalammualaikum
 
terima kasih kawan2 yang sudi singgah di qaseh ini... he he, hari ni shima cuba siapkan tempahan dari Alynn. tempat letak barang2 jahitan,
wah memang sukar shima buat ni sebab tanpa guru, mengambil masa berhari2 juga, lukis,,,, berhenti dan sambung, tapi hari ni kena habiskan, sebab dah nak start kerja semula.

masih lemah bab2 shading ni.
 sebelah kanan kotak
tempat letak pin.

kak shima harap Alynn suka, ni je yang termampu, maaf jika ada kekurangan.
memang susah kalau belum belajar lagi dah nak lukis mesin ni.
terima kasih alynn.

Salam sayang
 
  

Wednesday, December 19, 2012

Kutu GS #3


 atas permintaan, line ke6 hendak warna putih

  Harap penerima turn yang ke3 suka.
antara homework bulan 12 yang shima dapat buat.

Salam sayang
Shahima

Sunday, December 16, 2012

Sweet Memory

 Assalammualaikum
menjejaki Komtar, shima bertemu dengan jam besar ni,
cantik senibina lama.


 tarikh tu yang paling penting
ni pula bangunan lama di Pulau Pinang, suka rekabentuknya
bahagian kayu di tingkap atas, sangat cantik
 gambar ni shima ambil sebab suka dengan struktur pokok, sebenarnya tersesat di Taiping, dalam perjalanan balik nak pergi ke Teluk Intan, sebab teringin nak tengok menara condong di sana, tapi jauh lagi.
 so buat keputusan balik rumah je, sebab driver pun dah penat, passenger, ok je..ngeeeeeee
singgah sebentar di Kuala Kangsar, pekena durian, emm hari Isnin tak semeriah hujung minggu, nak beli barang pun tak ada mood berebut2... bagus juga tu.
 
 memang best juga pergi masa tu, rasa relax je, dan shima dapati secara peribadi merasakan Pulau Pinang ni, bersih, kecuali di tempat makan Padang Kota Lama, mungkin sebab dah lama kot, kena upgrade bagi cantik.... macam R&R sekarang.

Selamat bercuti.

 Salam sayang
 

Friday, December 14, 2012

Pulau Mutiara

 Assalammualaikum
pulau mutiara akhirnya dapat juga shima jejaki buat pertama kalinya, tarikh... emm nantilah shima check, sebenarnya bercadang hanya ingin pergi ke ipoh untuk mengambil barang, disebabkan orang yang hendak dijumpai tiada, so en somi ajak terus gi ke P Pinang, sebab dah lama shima merengek nak gi ke sana.  Maklumlah shima ni susah nak gi jalan2.
 so jambatan Pulau Pinang ni menjadi saksi.
layan jelah ya gambar orang first time naik jambatan PP.




 ni pula di Pantai Miami, emm banyak nama orang puteh kat sini,
 ada yang menjala dan memancing ikan, rehat sebentar untuk makan tengahari, shima dan en somi ingin menjejaki, Pantai Batu Feringgi, yang ni kot, tak taulah sederet pantai, peta semua tak bawa, sebab tak merancang pun nak pergi, sesat pun ada, tapi sampai juga ke Komtar, mercu tanda PP...
makan di tepi Pantai Miami, tengok burung makan kelapa muda.
 Padang Kota Lama ni pun secara kebetulan, ingat2 balik tempat sejarah, kebetulan nampak signboard,,, singgah sebentar untuk minum petang, tapi tak lalu lah pulak nak makan.
 ni pun jumpa secara kebetulan , lalu di tepi pantai Padang Kota Lama ni, tengok2 ramai orang, rupanya tempat bersejarah Fort Cornwallis. Sejarahnya boleh dibaca di sini.
tak sempat masuk pun dah petang hampir 6.30 petang, sampai pun dalam pukul 1.00 tengahari, kiranya memang pecut, masa nak balik baru ternampak signboard rumah P Ramlee... tak sempat pun nak pergi,
In Shaa Allah,,, satu hari nanti pasti shima akan jejaki kembali.

seronok juga pergi tanpa di rancang, sebab fokus jalan2 sahaja, tiada agenda lain, Lorong Kulit dah balik ke sini baru shima tau wujud... huhu

terima kasih chenta

Thursday, December 13, 2012

Yang akhir tahun ni

 Assalammualaikum
cukup2 sudah, cukup sampai disini saja
 tin terakhir tahun ni ya...

tin kosong, tapi suka roses tu... for me, beli sendiri untuk diri sendiri...walaupun dah terlewat
 tin biskut koala
 wah banyak betul kat rumah shima ni biskut  oreo, alhamdullillah ada tukang makan.
layan jelah ya

Salam sayang

Sunday, December 9, 2012

4 kali kelas

 Assalammualaikum
4 kali kelas, shima masih belum selesai lagi, banyak kerja dan teknik yang shima belajar, 95% baru siap...
yang kecil-kecil shima akan sambung pada kelas yang seterusnya, mungkin bulan Januari.  Ini antara wish list yang shima nak buat masa belajar decorative painting.
Insyaallah.

Salam sayang

Friday, December 7, 2012

Tin oreo coklat

 Assalammualaikum

panas, panas baru sampai. 2 hari shima tunggu, pos laju kata tak sempat hantar semalam, tak laju juga pos laju ni.... emm, suka sangat dapat tin ni, comel sangat2.


terima kasih kak shima ucapkan pada Asfa... rakan fb dari Tin Fan Club, jauh sampainya dari Langkawi

terima kasih sekali lagi.

salam sayang.

Thursday, December 6, 2012

Tin Biscuits - Terima Kasih Kak Ferry


 Assalammualaikum
masih lagi tentang tan tin tun, kemaruklah juga, so tin2 dibawah ini, shima dapat beli dengan bantuan, kak ferry, teman sepermainan...he he, minat yang hampir sama dalam banyak perkara. Terima kasih sebab sudikan advance untuk beli tin ni.
 
 tin biskut ni memang jadi dambaan shima sejak kawan2 tunjukkan dalam fb, tin's fan club. Shima suka pattern di depan tin ni, ada apron, dan benda2 di dapur.
 tin van ni ada 2 warna, tak mampulah pulak, beli satu je dulu....
 tin ni pun paling shima suka, scenery yang sangat cantik dan lace di keliling tin ni, menawan.
 tak sangka dapat tin ni, memang pekenan juga, tapi bajet shima sikit je, tq kak ferry untuk gift ni...
i like sesangat
 pattern di bahagian tepi sebab ia berbentuk segitiga, cuma lagi sebelah tak dapat tunjuk masih ada tampal dengan kertas.

pernah dengar tak lirik lagu ni.
Crazy.... but this is alright... la la la.




Wednesday, December 5, 2012

Ada apa dalam tin


 Assalammualaikum

ada apa isi dalam tin yang shima beli ya, ada yang berisi dan ada yang kosong je,
tapi tin2 dibawah shima dapat dengan harga yang murah.

 
 tin dumex yang kosong, free gift
 tin kopi, yang memang ada kopi dan tin milo yang kosong free gift juga


salam sayang

Monday, December 3, 2012

Demam tin


 Assalammulaikum

 tin2 cookies dan coklat yang baru dibeli, dulu beli juga dah hampir seplastik, bagi kat anak2 saudara shima makan, shima..... emmmm sakit gigi, manis sangat rasanya.  Ba shunye nak tin je.
 
 3 tin oat crunch berwarna warni, shima paling suka yang hijau.
3 tin coklat

dapat 1 corak je, jadilah, suka sebab macam english kan...

 Salam sayang
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to qaseh creation
Designed by UMIESUEstudio 2015