Monday, December 30, 2013

Organizing journey after 1 week ++


  Assalammualaikum
shima pernah tengok rancangan minah salleh dalam tv satu ketika dulu, 2 orang granny yang datang mengemas rumah peserta yang bertuah dan selepas seminggu mereka datang balik, buat spot check. 
apakah hasilnya,
 Shima pun cuba audit diri shima sendiri,
macam mana ya
perjalanan diteruskan selepas seminggu lebih, bahagian meja bedak shima masih sama, sebab memang jarang guna, cuma divider plastik tu memang banyak membantu shima menyimpan dan mengasingkan semula terutama brooch dan getah rambut. sebelum ni bersepah je kat atas tu.

ok, tengok bahagian tengah ni pula, selepas seminggu masih hampir sama, cuma oklah sikit kan, semasa mengemas, shima cuma bahagikan kepada beberapa bahagian, kertas, benang kait dan lain2.  Lepas tu shima asingkan lagi kepada bahagian2 sepatutnya.

cuma boleh tunjuk bahagian ni jelah ya, bahagian lain,,
ngeeeeeeeee

Happy organizing


Sunday, December 29, 2013

Bercuti di rumah

Assalammualaikum

 Hari Ahad ni shima melayan benang, benang2 warna pastel jadi pilihan.
Berangan nak pergi Ikea,
 kena tunggu rombongan cik kiah lah jawabnya... huhu
 shima dah cuba tidak membeli benang lagi, tapi emm, tak tahan dengan warna2 lembut ni pulak, dan shima pun masih tengah giler mengait, buat masa nilah,
 cantik juga crochet ni bila shima susun dalam satu kumpulan,
dan warna-warna yang pelbagai
sekarang ni kan tengah giler susun menyusun, ...
toing3
layan jelah

Salam sayang
 

Wednesday, December 25, 2013

Hello Brother


 Assalammualaikum

Macam mana shima nak mula pasal en abe sorang ni, masa nak dulu, terketar2 nak gi meminang, walaupun baki gaji cukup2 je harga en abe ni, bila dah dapat, seminggu tak dibuka dari kotak lagi, dah buka, tersadai, berminggu2, dah 2x tengok cd, pelajar lambat, he he, yang faham, cara guna kotak hitam tu nak isi wayar.
 
 kenapa memilih en abe ni, dan tak pilih singa,, shima dah pergi kedai singa, mungkin cara sales girl tu tak menarik minat shima... he he, yalah tu, sebenarnya nak bayar duit deposit pun tak cukup, ingat nak buat installment mesin singa jahit tepi ni,,, salesgirl tu minta RM200++, shima bawa RM150 je...huhu.

balik rumah tengok online brother, terus order, emm bayar mb2u lagi senang, barang terus sampai ke rumah, cuma perkhidmatan hands on tu tak adalah, tu shima sasau sikit nak guna mesin ni, angan2 banyak.
 
 masih tak kawan2 ingat dengan benda tajam ni, memang fungsi sebenar untuk halau burung yang bertenggek kat pagar, kat daiso ni semuanya ada, rasa2 orang jepun ni, fikir je, terus buat, kalau kita kena fikir dulu logik ke tak,... masa shima nampak ni, sebenarnya terus teringat zila yang gigih membuat tempat benang, cuba beli satu dulu sebab takut getah ni tak kuat untuk tampung benang, ... tipuuuuuuuu
he he,,,, bukan sebab diatas, sebabnya shima pinjam duit husband cukup2 RM50 masa nak gi ke Daiso ni, so kena hemah berbelanja, kalau tak dah macam2 shima angkut.



minyak mesin pun dah beli, tapi tak tahu nak dihala ke mana..kih3, sebenarnya shima ni tahu guna je, servis ke apa ke, semuanya tara tahu ma. Bilalah nak godek en abe ni, banyak projek menunggu.

Salam sayang
.

Monday, December 23, 2013

Labelling


Langkah pertama

Sebelum
 Selepas
Shima susun dulu buku-buku lukisan yang shima beli, berdasarkan group.
Belakang tu shima tampal atas pembalut hadiah yang memang banyak kat rumah ni.
 Sekarang tengah gila buat labelling, sampai foto ni pun shima buat, dulu pernah buat sekejap, tapi malaslah pula, sekarang mood tengah rajin,
layan jelah.

My Organizing journey begin...


Assalammualaikum
sudah bermula, semangat menyusun atur bilik kraf dan dapur, harap berpanjangan ya.

rasanya2 yang tajam tu untuk apa ya... kos semua dalam RM59.00

Salam sayang


Saturday, December 21, 2013

I love organizing ... pewiiiiiiiiiiit

 Assalammualaikum

pergggggggggggggggh... 
bunyi ayat di atas macam tak percaya je............... ngeeeeeeeeeeeee
kalau mak shima dengar mungkin dah boleh muntah hijau... he he
my dear sweetheart,,, dah ketawa berdekah2..kot.... 
shima pulak... senyum kambing jelah

ok meh shima cerita, sebenarnya shima dah dapat amaran dari my dearie strawberry... bahagian atas tu dah berhari2 macam tu... ooooooooooooooooooooppppppppssssss,,, sorry bukan berhari2, tapi dah berminggu, walaupun shima sedang bercuti... area ditengah2 ni selalu jadi mangsa kalau shima kemas, bilik kraf shima aka store, dan bilik tetamu, so yang nak susun semula humban kat sini, barang2 ni macam X-FILE tak tahu nak letak mana,,, tadi dah kena tegur lagi...
so barulah shima nak kemas, nanti shima tunjuk selepas,
kena buat MAGIC.

ini pula shima dah kemas tempat meja sikat, jarang guna sebenarnya, shima cuma pakai bedak compact dan minyak wangi je... cream2 nivea tu baru sekali 2 guna, masa muka kering, huhu, 

gambar sebelum shima tak tangkap,,, takut kawan2 pengsan, serius tak tipu... 

cuma bezanya shima beli bekas plastik ni di ikea, shima beli 2,
must buy product,,, kata kawan shima la,,, (seperti biasa mesti ada pom2 girl)
so lebih teratur, shima bahagikan kepada barang mr, mrs, cuma kena rajin letak kat tempat tu balik,
sebelum ni berserabai.
 
 sebelah kanan tempat sikat ni, shima letak ubat2 shima...
ha, bahagian ni selalu juga..
terima kasih untuk blog yang suka susun seperti yang pertama shima singgah

dan tak lupa adik manis zila

Wednesday, December 18, 2013

Kutu Granny squares - joint as you go

 Assalammualaikum
Projek kutu granny squares shima teruskan, sepatutnya shima mendapat sebanyak 90 pcs, 10 lagi shima buat, tapi seorang menarik diri, seorang lagi - ukuran terlalu kecil ,mungkin guna jarum size kecil, so shima kena siapka 30 pcs lagi, hari tu balik kg husband, sempat siapkan 19 pcs.
Balik ke sini apa lagi, shima beli benang putih, dan rempiiiiiiiiiiiittttttt,

 taraaaaaaa
nilah hasilnya, macam ketagih bila buat ni,,, nak berhenti macam tak mahu, 2 hari menghadap benda ni, ni je hasilnya.
banyak cara shima tengok dalam utube cara nak sambungkan granny square ni, kali ni shima pilih... joint as you go... macam best je kan...
 Aktiviti di kampung 4 hari 3 malam, shima hanya menghadap granny square, pak we pula menjahit jaring yang rosak dan pagi petang,,, menjala ikan, hari2... lepas gian kot... ngeeeeeee
pergggggggggh, baju pun gambar ikan, baru perasan
 ceria jekan kalau dapat buat apa yang kita minat, kadang2 shima rasa shima ni selfish je...huhu
sebahagian ikan yang dijala, setiap kali jala, mesti dapat ikan, maklumlah, lepas banjir.
my dear ada juga ajak shima ke sungai... huhu... malasnya,,, so shima jadi beruang kutub lagi bertapa dalam rumah je...

ada juga dapat ikan sepat, ikan keli,,, tapi tak tangkap gambar pung....

Salam sayang kawan2
 

Friday, December 6, 2013

Badai semalam ripples blanket completed


Ripples blanket shima dah siap
Shima start pada 4 September, siap 5 December, hampir 2 bulan.
Kos benang, shima guna benang minlon dalam simpanan, dalam 52 buku benang.
size 61" x 70"
kombinasi blue and pink
big mistake, sambungan benang ni shima terpotong pendek,,, macam mana ya, ada 2 tempat macam tu, takut putus je,,,,

Dah siap, tapi my dear darling tak nak guna,,, betul juga, macam gatal je, sebab benang ni nylon, kalau cotton baru best. Nampaknya shima guna sorang jelah.
next projek pulak ya

Salam kraf 

Sunday, December 1, 2013

Sekuntum mawar merah sebuah puisi

 Assalammualaikum
selamat malam, mimpi indah ya,

queen in my heart

Biarlah gambar berbicara, kuota cakap shima dah penuh hari ni.

Salam sayang

 

Wednesday, November 27, 2013

Rows of flowers - tulippar blanket in progress


Tak boleh cakap ke hari ni, kuota cakap shima banyak lagi ni..huhu

Salam sayang
 

Tuesday, November 26, 2013

My red transferware

 Assalammualaikum
 hanya sharing red transferware shima yang dah bercambah.
Bahagian atas sekali tu rasa nak ubah, tapi nantilah dulu, macam tak match je kan.

Ingat lagi alas kain ni shima beli di bundle pasar pagi, cantik dan nampak vintage.

Sehingga bertemu lagi,

p/s-suka baca blog yang rajin susun menyusun, 

Salam sayang
 

Monday, November 25, 2013

Hari Isnin yang indah

Assalammualaikum
Semoga ceria di pagi Isnin, dulu selalu dikatakan hari isnin hari yang kurang bersemangat,
rupanya hari Isnin ni banyak sejarah Islam yang bagus2, cuma selalu di momokkan dengan black mondaylah dan pelbagai,,, perlu berubah .. belum terlambat lagi.

Selamat bekerja

Salam sayang,

Thursday, November 21, 2013

Benang gemok dan tulippar blanket


 Assalammualaikum
 
 tulippar ni sebenarnya nama bunga tulip, dalam bahasa itali kot kalau shima tak silap, kalau silap maafkan hamba ya
mula2 buat yang bahagian tanah tu shima guna benang color meroon, single stitch, rasa best je sebab benang ni kenyal. macam nak beli lagi.
lepas tu buat daun, baru rasa hodoh, guna double crochet,  nampak benang gemuk tu dah timbul, dan color hijau ni, lime green, shima tak suka, shima suka warna olive green, masa beli tak perasan... online lah katakan, gambar kat skrin tak sama dengan di luar, huwaaaaaaaa 4 buku pulak tu beli...
masa buat bunga ni lagi seksa dahlah guna jarum mata kasar, tapi 4dc nak masuk dalam satu lubang.
cuma warna pink tu dah diseimbangkan dengan warna hijau.

mula2 nak buat blanket, masa jahit tanah, masa jahit daun rasa buat mafla je lah, masa jahit bunga, buat tali pinggang jelah.... he he, makin malas pulak, sakit tangan shima yang comei nih... huhu
 sebaris bunga tulippar 
berhenti setakat ni dululah ya,,,

Rindu pulak dengan mesin jahit shima ni, miss u...
baru dapat berita tadi shima dah dapat cucu saudara yang pertama, (kena panggil shima Nek Su jelah)
janji nak bagi comforter baby, tak jahit2 lagi... tengoklah esok camne.

Papai

Wednesday, November 20, 2013

New project


Apa khabar kawan2 di alam maya yang shima kasihi,
terimakasih sudi singgah di blog shima ni, bila ada jejak shima pun singgah juga di blog kawan2, mencari motivasi diri,,,, ;)
shima masih berangan untuk next projek, walaupun my badai semalam tak siap lagi

 pattern ni di ambil dari google

benang yang shima beli jenis Milk Cotton, besar juga kena guna jarum size 6, emmm
sebabkan shima beli benang ni terbanyak, so projek pun kenalah mega,,,, rasa2 projek apa ya.
 

Salam sayang
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to qaseh creation
Designed by UMIESUEstudio 2015