Monday, February 25, 2013

Isnin yang ceria

 Assalammualaikum dan selamat petang
hari isnin, memang selalu digelar macam2, yang shima tahu,,, black monday, sampai shima pernah terbaca, ada persatuan yang minta hari selasa baru hari mula kerja... rasanya dari luar negara.
kalau ikut hati memang macam tu...
 jom jengah taman emak shima, dulu masa nak raya ada beli bunga yang bermusim tak sampai sebulan dah mati, jadi shima kembalikan semula dengan pokok berbunga yang senang nak jaga, bunga kertas
 bunga kertas oren yang baru beli
 frame ayam yang last, shima beli

table mat ni beli 2 pcs je sebab ada diskaun, 

kalau ikutkan mood hari ni memang ok, tapi dah sampai tempat kerja,,, ada je bebudak ni yang buat hal.
sabar jelah hati.

salam sayang,

Friday, February 15, 2013

My country kitchen

 Assalammualaikum
shima masih bercuti, jadi impian nak mengemas dapur tercapailah sikit2,
memang mencari idea dan sikit2 kelengkapan untuk menghias ala country kitchen, memang suka dari dulu.

bunga di atas tu nampak kosong jekan, sebenarnya dulu tempat letak jam, asyik rosak je, mungkin sebab panas, dapur ni wet kitchen je, tak ada dry kitchen, shima alihkan buah2 kecik merah ke sini.
 ni dah lama memang macam ni, tunggu ya, tinggal nak lap habuk je.
Frame country kitchen yang shima sayang, dulu tempatnya di atas tingkap sinki, sekarang dah turun, apa ya yang menggantikannya,
taraaaaaaaaaaaaa... tempat frame dan buah tadi, telah shima gantikan dengan frame2 yang shima baru beli,
baru perasan bingkai semua biru...
tinggal acara mengelap kipas dan langsir tu. sebenarnya yang bahagian bawah tu nak jahit kain kotak2 kecil warna merah... belum berkesempatan, pakailah dulu langsir lama, kepala langsir je baru.
bahagian ni memang kena tutup sikit, sebab dekat sangat dengan dapur jiran di belakang.

layan ya,

Selamat mengemas

Wednesday, February 13, 2013

Frame kayu

 Assalammualaikum

cuti hampir 5 hari tanpa jalur lebar, balik kg, memang tak ada internet, 
masih berkisar tentang semangat shima untuk mendekor dapur, cuma membeli sahaja dulu, mendekor belum tercapai lagi, banyak sebab2  yang perlu diambil kira, layan jelah dulu gambar ni, bukan apa, takut shima lupa yang shima dah ada.

masih berkisar gambar ayam, bingkai warna biru pulak.

 Salam sayang

 

Monday, February 4, 2013

Si merah dan putih retak beribu-ribu

Assalammualaikum
antara set yang shima yang tidak lengkap, berangan dan bermimpi mendapat piring 9 inci atau cake plate atau oval plate,  masih mencari sugar bowl.  Kalau ada geng2 yang sehobi ada extra nak letgo, inform shima ya, terima kasih.

gambar pun snap nak cepat, susun atur pun tak ada, sebab ruang ni masih dalam proses susun atur, mood mengemas dah hilang.

Salam sayang

Sunday, February 3, 2013

Wrought iron

 Assalaammualaikum
 bershopping hari ni atau berehat dirumah sahaja, shima menghadiri kenduri kahwin,
selain benda-benda porcelain shima juga meminati besi2... asyik mengumpul je, ni sebahagian besi yang shima kumpul, 2-3 kali menjejaki kedai yang sama berbulan2, akhirnya seperti biasa shima kecundang juga, cantik untuk diletak di atas pintu, frame atau atas almari. shian shima, sebab tak ada orang nak tolong gantungkan, kena drill sebab berat,


ni pun tinggal last stock. kalau tak berputih matalah jawabnya.

 kalau tak ada bajet, semua tu adalah alasan yang bernas,

Salam sayang kawan2
tq sudi singgah disini

Shahima

Saturday, February 2, 2013

Teko kotak twin roses

 Assalammualaikum dan selamat tengahari
berkongsi dengan kawan-kawan teko kotak yang sudah banyak di pasaran, kalau dulu mungkin harga tinggi sebab permintaan melebihi penawaran kan, tapi bila ada stok dari seberang, penawaran pula berlebihan, teringat pula shima pada subjek ekonomi.

 shima juga punya hobi lain yang memerlukan $$ yang tinggi juga, so sekarang ni tak ada bunga-bunga  baru yang shima beli, cuma cuba melengkapkan yang sedia ada je.

Salam sayang collector antik
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to qaseh creation
Designed by UMIESUEstudio 2015