Saturday, March 30, 2013

You just take my breathaway


 sekuntum bunga ros berduri
 too sweeeeeeeeeeeeet
 bersama si biru polos

  untuk dikongsi bersama pecinta jg meakin.

Salam sayang

Friday, March 29, 2013

My handsome Mr Brown - Haddon Hall

Assalammualaikum dan selamat malam

Antara koleksi yang agak lama shima memburu, sejak shima mula berblog, bermula dengan open sugar pot dan 2 biji pinggan nun jauh dari penang, tapi sayang pinggannya terbelah dua, lepas tu shima dapat sebiji  piringnya dari kota singa dan seterusnya dari JB.  Oval plate shima dapat dari pasar karat, memang rasa nak menjerit masa tu, emm, rakan sehobi mesti fahamkan, cuma control ayu je,,, tak pasal2 guard tangkap ingatkan orang giler,,, 
he he giler pinggan rupanya
dapat juga sugar bowl dari rakan fb, bila berbarter,
kemudian shima dapat sebiji cawan, hasil pemberian kawan blog dan fb, nannie, terima kasih ya.
dan terakhir sekali shima dapat dari N9, lengkap 6 cawan dan 6 alas piring berserta sebiji tureen, cuma satu cawan patah ditangkai.

gambar pada cawan. macam dalam hutan ada ada kambing
ni pula gambar gadis turun tangga..jelitakan

dan yang terakhir gambar kereta kuda siap menanti gadis jelita untuk naik bersama...  
Cuma shima masih mencari teko dan creamer je, cukuplah kalau ada untuk set ni.
kalau kawan2 perasan gambar shima ni ada line2... jangka hayat camera ni pun dah nak sampai.
kena ada bajet baru ni...sob sob... dah lama berkhidmat ya.

Love u Mr Brown
Salam sayang


Sunday, March 24, 2013

Too Henglish

Assalammulaikum dan selamat pagi

Bercerita tentang pasar karat hari ni, sekarang banyak tempat ada. Shima cuma nak share shima beli tray troley ni di pasar karat online je. Sudah lama mencari, ada yang terjumpa 2 tingkat yang lama, tapi seller tak nak jual.  Hampir-hampir shima nak tempah, tapi memandangkan harga hampir sama dengan daybed, lupakan sajalah.  Bila ada rezeki tu macam memanggil2 je, wall seller yang shima tak pernah singgah. tersinggah secara tak sengaja, akhirnya shima dapat juga, 3 tingkat lagi.

tak tau nak decor macam mana, masih mencari idea
Too henglish kan....tapi shima suka, barang lama.

Salam sayang

Tuesday, March 19, 2013

Never ending story

 Assalammualaikum dan selamat petang
Sunshine yang menyinari hidup shima, pencarian yang belum berakhir, walaupun terhenti agak lama juga.


hanya ada satu teko bunga ni, piring shima pernah jumpa, tapi memang tak mahu collect bunga macam ni.
yang shima cari bunga dibawah. la la la la,
 manis sangat
 bahagia bersama selama-lamanya.
kalau ada kawan2 yang punya extra teko dan cawan bunga ni, inform shima ya,

Salam sayang,

Monday, March 18, 2013

Antique tiles

 Assalammualaikum dan selamat malam
berkongsi hari ini tentang tiles lama,
susah nak kata apa2, tiles ni terlalu cantik bagi shima dan ada kesan timbul2

si tua yang cantik.

Salam sayang
 

Sunday, March 10, 2013

Pagi ahad dan bundle

 Assalammualaikum dan selamat pagi
ramai yang berjalan2 di pagi ahad ni kan, kalau tak ke pasar, ke tempat lain, yang paling best bagi shima ke flea market atau pasar karat.
dah lama shima tak pergi ke pasar pagi hari ahad, first tempat yang shima akan pergi ialah tempat jualan bundle, longgok je, mak anak murid yang jual, bagi sokongan sikit (emmm kalau kawan2 shima kata yalah tu...semua alasan).. grrrrrrrrrr
macam2 ada dalam ni, seperti biasa apron, alas kaki dan towel2 kecil boleh buat kain buruk.
ha ha ha, ni yang paling best, tangkapan terbaik shima hari ni
kirai punya kirai, terjumpa, terus amik, buat apa,,,, entah leeeeeeeee... janji murah

 so cuci mata lagi dengan koleksi shima ni, nak cuci basuh dengan air lambat lagilah, so cuci mata jelah jawapnya,
can see but cannot touch,,, sebab kalau dah touch2 boleh rasa habuk2 yang melekat.

Salam sayang

Wednesday, March 6, 2013

Moment

 Assalammualaikum dan selamat malam
moment ni adalah salah satu vocab yang shima belajar masa ambil kursus asas fotografi
kelakar pun ada, semua orang bawa camera canon besar yang boleh pusing2 tu
shima hanya bawa camera kodak kecil, so tak praktikal lah masa kursus tu,
tengok orang tangkap gambar je.

moment ni saat apabila gambar tu secara semulajadi rasanya, contoh yang diberi gambar bila Dr M sedang menghembus ke cermin matanya untuk dilap, kiranya yang cepat menggunakan camera je yang dapat tangkap gambar macam tu,

 shima pula, dah letih menangkap gambar, kadang2 jadi kadang2 tak jadi, warna putih adalah musuh utama kepada camera, emm, shima selalu tangkap gambar diwaktu malam, selalu fokus tak bagus.

 moment yang indah bila dapat minum secawan nescafe yang sedap bersama cawan kesukaan ramai.

Salam sayang


Sunday, March 3, 2013

Suka dan Duka

 Assalammualaikum dan selamat malam
teko hitam yang menawan
 tak pernah jumpa di luar, di online jelah jawapannya
 bahagian atas tu, almari ni kalau dilihat adalah hasil cinta antara benua.
dan yang penting
akhirnya tergantung juga besi hiasan ni, emm jurugambar "pro" macam nilah jadinya.

 Salam sayang
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to qaseh creation
Designed by UMIESUEstudio 2015