Thursday, May 30, 2013

Love it or Leave it ..

 Assalammualaikum

apa khabar kawan2 disana, shima di sini sihat, alhamdullillah,,, emm macam gaya penulisan surat je kan,
shima ni memang tak pandai menulis atau berkata2... selalu kalau cakap direct to the point, kelemahan memang dalam bidang bahasa, ok.   hari ni shima nak share keindahan cross stitch yang di adaptasi dalam tapestry, shima allergic kalau tengok ada corak atau jahitan cross stitch, nak buat sekarang,,,, serius dah tak larat,,,, mata dah kelam.. nantilah tiru gaya salmi, buat sehari sejam, dulu pernah cuba, memang menjadi... tapi lepas tu mood.... M,,, datang bertalu2.. tinggal terus
 
 kali pertama tengok memang dah jatuh cinta, kiranya macam shima amik masa 2 tahun untuk membuat keputusan sama ada hendak beli atau tidak... tapi bila dia muncul kembali, fikir juga tu.... lama jugalah, sebab sekarang dah behenti membeli teko2, bolehlah beli sekeping... 2
 Cantikkan.. gambar keseluruhan
 huwaaaaaaaaaaa,,,, my favourite color, warna pink masam.... love it
paling suka bahagian lace yang mengelilingi bunga 



emmm, shima suka sangat,,,, kawan2 macam mana,
shima pernah ternampak kerusi yang ada disaluti kain bunga macam ni, tak mampulah pulak.

Love it, 

Monday, May 27, 2013

Ripples

 Assalammualaikum
Cubaan membuat ripples untuk satu projek berakhir awak Julai, harap sempat sampai due date,

Pink + blue... kombinasi warna yang dipilih

Good Luck 
 

Friday, May 24, 2013

Things to do vs wish list

 Assalammualaikum,
bila sudah bercuti rasa macam2 wish list yang nak dibuat, tapi ada benda penting lagi iaitu... things to do .... yang wajib disiapkan.

Teko diatas ni adalah pemberian seorang kawan, walaupun cedera parah, shima tetap suka.
tangkainya yang terbahagi 3 dan mulut teko yang sumbing perlu masuk bilik operasi.



 Teko ni menjadi sebahagian koleksi kesayangan shima,

Terima kasih kawan

Sunday, May 12, 2013

Porcelain

 Assalammualaikum
porcelain memang dicipta untuk retas seribu sama ada yang lama atau baru, itu yang shima pernah terbaca. Mula2 jumpa tombol ni shima ingatkan tombol pintu, rupanya ialah lampu dinding, menurut penjual ianya diperbuat dari tembaga, shima pun tak pasti, hanya untuk share sahaja, tak tau bentuk penuhnya macammana, sebab, kepala lampu ni dah tak ada, cuma dililit dengan tape merah.
bahagian penyangkut di dinding

 sepasang

salam sayang

 

Friday, May 3, 2013

Sepi itu indah

 Assalammualaikum,
gambar ulangan, shima dah start nak jahit hexygon quilt ni, tapi sayanglah pulak kain pink tu dah habis, senasiblah pulak dengan adik kreatif - zila.. huhu

Cantikkan, shima beli di fb yummy warnanya.... yang sebelah kiri tu nampak vintage, tapi sayang semuanya half yard je.

Salam sayang

Thursday, May 2, 2013

Jalan-jalan jumpa buku

 Assalammualaikum dan selamat pagi

Kedai buku antara tempat yang shima suka singgah,,, selain cari stationery atau pembalut hadiah...cari novel... kurang, shima suka pergi bahagian buku art and craft. Berbanding dengan harga online, harga di kedai buku lagi murah, cuma masa untuk pergi yang kurang, Apa yang shima beli ya, yang diatas ialah buku decorative painting, kalau tengok harga online dalam RM60 satu.
 buku jahitan menunjukkan sekarang macam tengah gatal je hendak menjahit semula.
 Buku crochet, sekarang agak susah untuk cari buku crochet yang ada pattern, buku ni ada..horreeey
 buku buat kad lukisan cat air... yang ni shima beli di garage sale, buku 2nd hand
 Taraaaaaaaaa, belian terbaik shima hari tu, buku lukisan tangan Wrought iron, kalau kawan2 yang selalu singgah dan baca disini, tahu minat shima terhadap besi hitam ni, tak dapat direalisasikan pun tak apa, yang penting buku ni ada, penuh dengan gambar corak wrougth iron sahaja. 

Salam sayang


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to qaseh creation
Designed by UMIESUEstudio 2015