Friday, March 28, 2014

Allah Knows Best

 Assalammualaikum
apa aktiviti hari ni ya, air dah ada so aktiviti main air la gamaknya,
semalam shima jumpa poem dibawah ni  masa shima kemas fail2 lama untuk dibalut, 
so shima share disini dengan kawan2 ya


Allah  knows what's best for us
So why should we complain
We always want the sunshine
But He knows there must be rain
We always want the laughter
And our heart will lose their tenderness
If we never shed a tear

Allah test us often
With suffering and with sorrow
He tests us not to punish us
But help us meet tomorrow
For growth trees are strengthened
If they withstand the storm
and the sharp cut of chisel
Gave the marble grace and form

Allah test us often
With every pain He gives us
Provided we are patient
is followed by rich gain
So whenever we are down
and whenever we feel that everything is going wrong
It is just Allah's way
to make our spirit strong.


 Salam sayang

Thursday, March 27, 2014

Dapur yang sepi


Assalammualaikum dan selamat pagi
 
 air tiada lagi,
 hari tu shima ingat dah tak ada catuan sebab 4 hari air ada, tup2 semalam air tak ada pukul 11 pagi, 
tak ada pun buat simpanan untuk air, nampaknya pinggan dibasuh bila air ada.
baru semangat nak pembersihan secara major, nak cuci dapur, rasanya langsir dapur ni dah setahun tak bertukar,,, ngeeeeeeeeee.   macam tulah kan kita ni, time tak ada benda tu, time tulah nak buat kerja,,, time tak sihat pun time tulah nak buat macam2

***************
Rebut 5 sebelum 5
 Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Rebut lima perkara sebelum datang lima perkara. Masa sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sibuk, muda sebelum tua dan hidup sebelum mati.” (Hadis riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi) 


Salam sayang
 

Wednesday, March 26, 2014

Majlis pertunangan anak rakan...

 Assalammualaikum
musim cuti sekolah memang satu masa yang sesuai untuk meraikan majlispertunangan atau perkahwinan,
shima pula sukarela untuk menolong rakan shima membuat hantaran, tapi cuma 2 je yang digubah, walaupun nampak simple pening juga, maklumlah bukan expert,
 
 barang pertama ialah baju melayu,
shima buat macam bunga,
 yang kedua samping, shima buat macam kipas

yang lain tu nanti tuan rumah akan isi sendiri, cake, kuih dan sirih junjung.
Ok hingga kita menulis lagi.

 Salam sayang

Tuesday, March 18, 2014

A perfect time

 Assalammualaikum
ini adalah masa yang sesuai untuk shima mengemaskini bilik bacaan shima, dah lama terbiar tanpa kasih sayang, ada yang perlu diganti,
contoh tempat letak pembalut hadiah ni, shima ni collector, suka tengok wrapping gift yang cantik2, jumpa je beli, sebelah jiwa dah faham,
 
 sebab dah terlebih dan melimpah-limpah, shima beli lagi satu, kebetulan pergi ke pasar pagi di Maran, masa balik kg sebelah jiwa, heaven,,, jumpa bundle2 dan bakul2 hand made, cam di bawah, warnanya memang perfect untuk bilik study shima, blue and pink,
lagi pun shima memang suka barang2 kraf, harga shima beli RM28 minta kurang dapat RM27, sebenarnya shima segan nak minta kurang sebab peniaga kecil2an, tapi sebelah jiwa yang minta kurang... ngeeeeeeee

 selepas tu pernah terjumpa bakul ni di ampcorp mall, pj harga hampir rm50... ngeeeeee
biasalah kot dah berjalan jauh dan parking pula di tempat aircond, mesti tak sama dengan pasar pagikan.

A perfect time untuk shima berubah, 
bukan lain kali, ini kali ya... 

Sunday, March 9, 2014

Susun atur ruang keluarga aka tempat lepak


Assalammualaikum
menyahut cabaran mengemas ruang keluarga, atau lebih sesuai dengan ruang lepak bagi shima dengan en somi, sebab shima yang tukang sepah....since kami berdua sahaja


sebelum
memang ini tempat shima buat kerja2 kraf dan semua kerja sek. dah hampir seminggu macam ni.
terukkan, pejam mata jelah.... member kat sebelah dah lama tegur..
ruang keluarga kita orang berdua ni sebelah bilik bobom, sebenarnya ia bilik utama tapi dipecahkan dengan bilik ke2 so, jadi 1 bilik, macam studiolah.
masa renovate dulu, mak shima yang suruh pecahkan, sebab tempat solat kecik je, kalau bilik asal, en somi tak setuju masa tu, sebab shima yang jadi ketua kontraktor, shima ikut cakap mak shima.... ngeeeeee

dah lama shima tak tukar sarung sofa ni
shima tukar pada malam hari, hampir pukul 1 pagi, yang lain tak sempat nak buat,
shima sambung hari berikutnya, lap tempat tv, alas meja bulat tukar, lap frame gambar, buang habuk
selepas... taraaaaaaaa
shima suka letak throw atau blanket belakang sofa ni, sebab tahan sikit, bila berbau, basuh je blanket tu, sebabnya balik kerja terus duduk kat sini, kalau tertido pun kat sini, tempat ngajuk pun kat sini juga, huhu

nak kemas ok sebenarnya, nak maintain tu yang susah sikit
wish me luck

Salam sayang

Sunday, March 2, 2014

Susun Atur file... tempat transit


 Assalammualaikum
dah lama tak bersiaran, letih bila perlu kerja hampir 7 hari seminggu,,,
nak mengemas pun tak sempat,,,, tup2 hari ni air pun tak ada,
apa cerita ya
masih lagi mood mengemas bilik study ni, secara tak langsung shima kemas sekali master bedroom, bilik bobom, sebab semua bill letak dalam bilik bobom.
 
 google punya google, shima jumpa satu cara yang shima rasa memang praktical dan jimat masa, terutamanya cara nak simpan bil2 bulanan atau yang selalu kita terima sebelum di simpan ke dalam file tetap,
continous suspended file ni, shima pesan pada supplier, cari kat kedai buku tak ada.

tapi sayang yang ada di sini cuma warna coklat, shima tengok kalau jual di negara luar, macam2 color ada,
hari tu masa rajin macam nak tampal je dengan kertas pembalut hadiah,
tapi sekarang malas, bukannya nampak kat dalam kan.

 continuos file ni ada 25 bahagian, shima isi mana yang ada dulu, dah lekat, baru perasan banyak lagi yang kena buat...
contoh kalau bahagian cukai tu, kita dah boleh isi resit2 buku yang dibeli, zakat yang dibayar so bila end of the year dah boleh compile, taklah tercari2, senang kan.
shima beli RM30 sekotak, dalam ni ada 2 set.
owh abaikan ketidakkemasan shima menampal

 shima letak dalam box kertas yang shima beli di kaison.
kalau dipejabat selalunya diletak di drawer besi,
sebelum bill ni letak kat atas tv kat bilik bobom, tempat MR
selepas, letak bawah meja bilik study
box ni masa beli dulu ada polkadot pink, tapi sebab dah letih dengan pink, shima amik biru,

kalau masa rajin nanti baru pindah ke file tetap.
so kawan2 boleh cuba ... organizing ya.

Happy organizing
Salam sayang

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to qaseh creation
Designed by UMIESUEstudio 2015