Sunday, April 26, 2015

chevron crochet

Assalammualaikum

Masih dengan kegilaan crochet, walaupun pattern sebelum ini tak siap, shima gagahkan jua ke pattern seterusnya.  Biru diselang seli dgn putih.

harap2 berjaya
 Pattern dari mr google

Salam sayang

Sunday, April 19, 2015

meja makan terpakai

 Assalammualaikum

apa khabar rakan2 yg sudi jalan2 disini
menceritakan tentang pemburuan shima mencari kerusi akhirnya hampir tamat
sahaja shima kongsikan disini supaya menjadi kenangan manis bagi shima, umpama sebuah diari apabila dibaca semula

 Kerusi cowboy membawa shima ke shah alam dan berjumpa 3 anak2 syurga yg sangat comel dan manis. Sebaik adik yang menjual set meja ni, tq ida ,sebenarnya nak kerusi je, huhu
 Kerusi malas ni pun antara yg dicari membawa shima ke ampang,

Set meja ni pula membawashima ke bangi, 
terima kasih tuan rumah yg sangat baik hati

 4 kerusi ni shima beli online je

Yang ni paling jauh membawa shima ke negeri K, walaupun harga set ni murah je RM2OO, tapi tak masuk kos penginapan dan minyak,  he he, kita orang lalu hway je pergi dan balik.

Dan terakhir meja bulat ni, shima beli paling awal, ambil last sekali, sebab tak tahu macam mana nak beritahu en somi, shima dah beli..ngeee.. akhirnya dia memahami with the warning... "cukup2 sudah"

semua ni tak kan dapat tanpa bantuan em somi, terima kasih cinta, semuanya juga menggunakan khidmat gps, kalau tak memang tak sampai, tak lupa juga pada kakak ipar, yg sudi bagi pinjam kereta innovanya, tq kak yam.
so banyak kan set meja sekarang ni di rumah shima.
macam nak buka kedai...

salam sayang

Friday, April 17, 2015

country furniture at viva home

Assalammualaikum

Jalan2 di viva home cheras bersama kawan2

 Yang ni shima paling suka, tapi harga kerusi satu ja dah hampir RM600 be4 gst
Khas untuk peminat country

Salam sayang

Saturday, April 4, 2015

memburu kerusi

Assalammualaikum

akhirnya pemburuan dapat 2 jenis yg berbeza
bolehla

Shima memang suka warna coklat, ori... biarlah begini

Just sharing my hapiness

salam sayang

Friday, April 3, 2015

jalan2 be4 gst


Assalammualaikum

gambar diatas en somi snap semasa jalan2 sebelum gst, nak cari lampu panjang je, nak ganti lampu yang rosak, terjumpa lampu gantung english style, just snap buat kenangan, harga dalam RM1k...penjual yang sibuk suruh beli b4 gst...
 memang banyak barang yang akan naik, sama ada sedar atau tidak, pengguna ada yang terkesan dan ada yg tidak. 

bagi diri shima banyak juga terkesan..

oklah nak cerita, dah lama tak jalan kedai lampu, sekarang ada lampu led... emm, katanya jimat elektrik, watt rendah tapi lampunya terang... pergi beberapa kedai lampu panjang led dalam RM25-RM35, lampu panjang biasa dalam RM16.

salam sayang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to qaseh creation
Designed by UMIESUEstudio 2015