Tuesday, December 5, 2017

Red and white transferware




Assalammualaikum dan selamat pagi


Antara yang suka dan tidak suka ialah suka bila shima tengok barang yang shima suka dipamerkan sebab rumah kita kan, tapi tak suka bila mengelap atau membuang habuk, yang ni kalau nak buang habuk memang kena cuci semua, lap2 tak jalan sebab habuk kat sini macam salji turun, rumah betul2 tepi jalan raya, tapi dah hobi kan nak buat macam mana.

Salam sayang
Shahima💟

Monday, December 4, 2017

Comel ... rindunya



Assalammualaikum

semasa proses rehat berlaku banyak benda yang datang bertandang dalam hidup shima antaranya si comel ... datang dan pergi belum sempat membesar tapi telah dijemput Ilahi, sukar nak gambarkan perasaan ketika itu, sedih sangat...pasti, walaupun hanya haiwan yang menumpang kasih... kesayangan Nabi juga
 
Comel Jr menumpang kasih selama 3 bulan, adiknya telah pergi dulu kerana sakit, dia pula hilang , penat cari keliling rumah, last2 anak jiran beritahu kena langgar, tak tahulah siapa yang uruskan, harap ada yang berhati mulia meguruskannya, pergi dalam, bulan Julai 2017 rasanya.

Ibunya hanya street cat yang menumpang teduh, nama Comel juga, tiada rezeki kita bersama.
Rindunya kat dia...💟

Salam Sayang semua...
Shahima




Wednesday, November 29, 2017

Kembali...


Assalammualaikum dan selamat pagi,

 
rindunya dengan blog sendiri, banyak alasan sebab kurang berblog, masalah keluarga, masalah komputer & camera, kerja hakiki sudah tentu, di sini shima mencoret rasa, ada yang rindu ke, tak  mungkin pun, blog ni suam2 kuku je. Just nak share hobi shima yang tak pernah padam...

yang penting sayang semua yang sudi singgah di sini.

Salam sayang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to qaseh creation
Designed by UMIESUEstudio 2015