Thursday, July 1, 2010

2nd hand dan hg berbaloi2

Selamat malam semua,
nak share, yg beli lain, tambah lagi lain... :)
sebenarnya hari tu kshima date dgn chemp nak beli barang
so masa lori tu hantar barang
driver offer lemari 2nd hand ni
dia kata sekarang ramai suka perabot moden
mula2 macam tak nak, sebab baru berbelanja
tapi lepas tu macam ok je lemari ni, tanya rege
dia kata RM250.00... he he minta kurang lagi
dia bagi RM200.00
***
tp cash in hand shima tak cukup, siap minta pinjam bonda yang sedang berehat
bila bonda shima bangun dan nampak lemari ni
dia kata...ha ..kalau tau dia tak bagi pinjam
kuang.. kuang..kuang
***
lemari ni kecik je, setinggi tuannya
terpaksalah letak kat atas
layan jelah
isi dalam nantilah
***

Wednesday, June 30, 2010

SAL update

Selamat malam semua, hari ni sungguh penat dan sedih juga
ni gara-gara nak beli barang lama...
tapi tak ada rezeki, macam nasi dah masuk kemulut ...keluar juga.
yang sedih sangat sebab k shima dah nak bank in 2 kali, tapi sebab tenet lembap reject...owner dah sold kat orang lain... salah k shima juga sebab k shima ingat bila dah kata ok dan minta no akaun.. seller tu tahu dan faham kita serius dan nak beli.
tapi rupanya tak macam tu. tak de rezeki,
tapi sampai hari ni sedih...
tulah kadang2 malas dan cam merajuk je nak layan barang lama...
he he ada orang lain kisah...
layanlah kesedihan ni sorang2
***
SAL k shima hanya setakat tu je..yang spring...memang dah tak usik sejak dua minggu lepas...dah tak larat nak tengok
yang ni pun dah malas nak tengok
tengah sedih lagi ni.. hu hu hu

Saturday, June 26, 2010

Frame... salah satu kegemaran

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua

Hari ni shima nak share hobi semasa remaja sehingga kehari ini remawa(remaja tua)


frame meja penuh dengan teapot dan pasu
nilah tempat shima abadikan koleksi frame shima
dulu penuh dengan pinggan mangkuk... sekarang dah clear balik, back to normal
ni pun macam frame juga... tapi jam ...dulu berfungsi tapi disebabkan tak ada cermin...dan bengkok penunjuk tu...sebab letak atas meja je

ni pun sama ... cantikkan teko-teko ..kelililingnya
tapi semuanya ni dah lama usianya lebih 15 tahun
***
kenapa beli?
sebab kalau tak beli tak leh tido malam
tak lena
ha ha ha... mesti ramai yang fahamkan

Monday, June 21, 2010

Cara k shima buat x-stitch

Selamat malam semua

Still in progress...baru buat. berehat sekejap dari buat x-stitch scenery...asyik hijau je, jemu juga..tengok biru pulak


ha ha... ini masa mula2 nak buat, x-stitch, kshima memang kira kotak2 kecil tu 10 lepas tu garis sampai habis... masa buat ni rasa macam arkitek je, sebab nak tahu berapa besar dan sizenya... kalau tersalah kira, haru biru lah jawabnya
***
lepas tu seperti gambar di atas sekali
kshima tak suka buat setempat...sbb k shima ni jenis yang cepat bosan
(sebenarnya tak tetap pendirian)
suka bermain dengan warna
so kshima selalunya akan buat rangka dulu
(tapi yg ni kena kira betul2 kalau tidak tension seumur hidup)
sebab kalau dah buat rangka...senang je isi kat dalam tu
***
kalau nak cepat siap... jgn simpan kain ni
biarkan dia ternganga je kat dalam bilik
nak tidur nampak, bangun pagi pun nampak
so mesti sentuh sikit tiap2 hari
(heeee biar betul..konon2nya)
***
lepas tu... nasib2 lah sama ada siap atau projek terbengkalai
ha ha ha
ada projek yang mencecah lebih 10 tahun tak siap2 lagi
he he he
cara@ gaya je 1st class
k shima ni kontraktor kelas Z
***
p/s- nisa secara tak rasmi dan rendah diri dan macam perasaan tomak,
kshima follow nisa ya...buat kitchen dresser ni

Thursday, June 17, 2010

EG dengan rakan2-terima kasih tak terhingga

Assalammualaikum dan selamat malam semua,
nak share EG dengan rakan-rakan
first time sebenarnya

yang pertama ni dari ryana
memang kshima suka sangat ryana..he he dah lama meminang
tapi r tetap bertahan
last2 roffer... memang suka sangat...
padanlah r susah nak lepaskan cantik sangat (kalau ks pun sama)
walaupun dah ada satu lagi
terima kasih banyak2 ya
dan xtra tu memang sweet3... suka sangat2
cuma kshima tak pandai nak susun atur je...
kena banyak belajar dengan rakan blogger
yang kedua ni dari biras... baru bercerita mempunyai hobi yang sama buat masa sekarang,,, hari tu shima bagi satu teko kangkung dan beberapa keping pinggan ros merah
tak minta tukar pun
tiba2 bila pak we balik kg... nah dikirimkan kepada shima
he he mesti suka...
terima kasih K ani... nanti bagi lagi (pantun 2 kerat) wa wa wa


yang ketiga dari yatt... pun kshima suka sangat2
sebenarnya yatt kshima tak perasan cawan tu...
masa dapat kotak...ks humban surat2 kabar yg keronyok tu
kshanya jumpa piring sakura, piring kekwa dan celeste...
dapat piring kuning tu pun dah suka..
masa nak buang kertas tu...eeee apa ni keras je
tup2 keluar cawan...nasib baik sempat diselamatkan
kalau tidak...waaaaaaaa nangis tak berlagulah jawabnya
terima kasih banyak2 ya yatt
***
dan k aton...
tak xchange pun tapi k aton yang sanggup melepaskan sihijau dan kangkungnya pada shima... terimakasih banyak2 kak, first time k aton call dan offer sihijau tu...shima terkedu sebenarnya...
dan seterusnya si kangkung
sebab tak sangka k aton sanggup beri... tk tak terhingga kak aton
(kangkung shima masih berterabur.. nanti dah ok shima posting ya)
***
semoga semuanya dimurahkan rezeki
amin
***
jutaan terima kasih untuk semua ya


Tuesday, June 15, 2010

SAL Summer - 4th update

selamat malam rakan2 semua,

sekejap je dah tengah bulan
so shima kena n3 kan, sal dengan nisa
rasa-rasa nisa dah siap kot
tu suprise tu...lambat muncul
layan jelah..nak relaks sekejap
maksudnya nak gi makan
he he...



Monday, June 14, 2010

Nak let go

Assalammualaikum dan selamat petang semua,
You are my sunshine
6 pinggan mungkum makan
6 pinggan mungkum lauk
6 set cawan

Berminat nak lengkapkan koleksi rakan-rakan
di jual/barter package
...
email shima dan bagi harga yang ditawarkan...
kalau ok deal
nak barter pun ok..
tapi kalau boleh sewaktu dengannya... emmm
boleh email shima ke razmi_ima@yahoo.com.my
terima kasih
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to qaseh creation
Designed by UMIESUEstudio 2015