Wednesday, April 27, 2011

granny...granny square

Salam semua, dah lama shima tak update blog ni, internet terlalu lembap dan dah dua minggu internet shima rosak, sebab kat sini petang je hujan lebat, serta kilat
so hari ni shima nak share je aktiviti yang dah lama shima buat.... slow



berangan nak buat blanket, sebab shima ni kalau buat sesuatu suka yang besar2
tapi rasanya macam dah tak larat, benang pun dah nak habis
beli, semua tau kan semua benang dah naik

oklah jom share hasil setakat ni

Sunday, April 17, 2011

Peminat nescafe

Salam di hujung minggu rakan2

hari ni shima nak share koleksi free gift yang shima baru minat nak kumpul

gelas kaca nescafe smile dan sugar pot tanpa tutup... ada sape2 ada tutup lebih


mug merah mug 70 tahun ulangtahun memang minat pun minum nescafe, tapi sekali 2 je dapat free gift sebab beli pack kecil layan jelah salam sayang

Thursday, April 14, 2011

Giveaway K inna -Manjung

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

hari ni jom ikut shima joint giveaway k inna ... dari blog TERIMALAH AKU SEADANYA AKU

Antara hadiah2nya ialah:

jom kita pergi melawat blog k inna,

syaratnya mudah sahaja

1. KENA JADI FOLLOWER KE DI KEDUA-DUA BLOG SAYA-

Terpulang jadi follower boleh tak nak pun boleh...tiada paksaan... dah jadi follower

2. KENA LETAK LINK KEDUA-DUA BLOG KE -

Juga terpulang kepada anda letak boleh tak nak pun tak mengapa.. dah link kat blog Terimalah aku seadanya aku

3. KENA BUAT N3 TENTANG GIVE AWAY INI KE -

Terpulang tiada paksaan... dah buat n3, he he suka

4. KENA TINGGAL LINK ATAU ALAMAT EMAIL-

(yang tidak mempunyai blog)..DI POST COMMENT...- SYARAT SAH PERNYERTAAN ANDA WAJIB MENINGGALKAN LINK/JEJAK DI POST KOMEN DI KEDUA-DUA BLOG K INNA.



Terimalah aku seadanya dan Di sebalik Rahsia Hati sebagai syarat sah penyertaan...jika tinggal komen di post komen di satu blog saja bermakna tidak sah penyertaan anda.. sebarang komen di chat box tidak di kira sebagai penyertaan.

5. HADIAH MISTERI UNTUK FOLLOWER


6.. TARIKH PERNYERTAAN - 6/4/2011 sehingga 1/5/201

Wednesday, March 30, 2011

Ku jejaki, dia sudah berlalu pergi

Salam semua rakan2 yang masih sudi menziarahi shima di sini.

hari ni shima sebenarnya tak sabar untuk berkongsi "si cantik batik Nikko"

boleh dilihat selain coklat yg menjadi warna utama, ada juga warna2 lain yang menyerikan tureen ini shima sebenarnya ingin mengucapkan terima kasih kepada encik sharif kerana atas budi bicaranya sudi melepaskan tureen ini kepada shima walaupun agak mengambil masa... emm sebenarnya shima sudah terjumpa dengan kaum kerabatnya di AM, bulan lepas, sebelum shima ternampak tureen ini, shima sudah terjumpa oval plate nya yang memang cantik penuh corak seperti tutup tureen di atas dengan harga yang sangat berbaloi2, tapi shima melepaskan ianya pergi... kenapa ya

***

shima cuba jejaki kembali minggu lepas, tapi sayang sudah menjadi hak orang lain, menurut penjual telah dijual pada hari yang sama... walaupun tureen di depan mata, shima masih teringat Oval Plate yang sudah tiada...

***

mungkin kalau shima mendapatinya, shima terlalu memuja... ahhhhhhh, lupakan saja, walau ia masih wujud diminda dan hati shima.. semoga perasaan ini cepat berlalu pergi.

untuk kawan2 yg meminati crochet, inilah projek shima sekarang, terimakasih kepada zila, yg banyak membantu k shima membuat granny square ini... nantilah k shima cerita lagi...

***

salam sayang

Saturday, March 26, 2011

From Melaka with love

Salam semua
hari ni shima nak share sibiru yang masih memburu dan cemburu dengan ketenangan yang ada pada shima,
berazam untuk kurang memburu tapi tewas lagi dengan penangan sibiru


taraaa.... memang cantik
nilah masalah dalam hidup shima ni,
shima suka kalau sesuatu benda tu ada 2, kalau boleh, selalunya 1 je...

akhirnya sampai juga hajat di hati tapi selalu shima nampak
di negeri P tapi yang shima beli ni di negeri M,
terima kasih Nita, macam nak lagi je..huhu
(sapelah nak jadi my sponsor or my sugar di)
***
salam pagi

Thursday, March 24, 2011

Rina - 1st time Primrosetouch giveaway

Salam semua, jom joint giveaway Rina
k shima kenal Rina ni dalam craft, pakar buat crochet, rasanya seni lain pun sama... boleh singgah blog rina nanti ya, ada link kat bawah


Syarat-syaratnya mudah aje:
1) Mesti jadi follower blog rina - http://primrosetouch.blogspot.com/ - dah k shima masuk dalam bahagian sewing area
dan http://musbarina.blogspot.com/ - dah masuk dalam shopping time
2) Linkkan blog rina dalam blog anda
3) Buat entry ringkas tentang GA ni dalam blog anda
4) Utk yang tiada blog tetapi ada FB, sharekan link GA ni kat wall anda..bolehlah tagkan pada kengkawan yang tak kisah kene tag..he3
5) Sila tinggalkan link anda dalam comment blog rina...mintak sgt2 jangan guna shoutbox..tq
6) Komen anda tentang blog rina.. dalam primrose touch ok.. tq



Wednesday, March 16, 2011

Berperang...

Salam semua,
shima nak share, hari ni shima masih berperang dengan pinggan mangkuk

lambat

terkial-kial

yang ni pun nak buat juga, baru siap dua round

yang ni pembuka selera...
jom makan dah lapar...jauh datang udang ni dari sarawak, bingkisan kakak ipar

salam sayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to qaseh creation
Designed by UMIESUEstudio 2015