Friday, June 8, 2012

Ku Ada Kamu

Assalammualaikum dan selamat tengahari
si pink belacan putih, 



 layan sekejap, tiba2 je jadi jiwang karat hari ni

 Ku Ada Kamu

Di kala ku kehilangan
Di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk

Di kala ku kesedihan
Kau ukirkan senyuman
Dengan penuh sabar memujuk

Engkau menyambut…
Tiap kali aku terjatuh

Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Di kala aku tak pasti
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin

Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan

Engkau menyambut…
Tiap kali aku terjatuh

Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Tidak mungkin diri ini mampu
Hidup tanpa doronganmu

Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Lagu: Edry Abd Halim (KRU Publishing)
Lirik: Edry Abd Halim (KRU Publishing)
 credit to :  http://khairilhusni.blogmas.com

Thursday, June 7, 2012

5 rencah, 2 rasa

 Assalammualaikum dan selamat petang
semangat memasak datang lagi
hari ni shima masak sambal ketam
 shima pakai piring enamel ni, suka pakai sebab senang basuh, minyak tak melekat berbanding basin plastik.
dah beli kan, pakai aje
 bahan2 -  simple je 
5 rencah=bawang+cili kisar+air asam jawa+garam+ketam
 yang kedua shima masak,
masak lemak ikan kering beserta terung
5 rencah =terung+santan+ikan kering+bawang+serai

 shima guna ikan kurau, direndam dahulu, takut masin sangat
masih dalam periuk, blur je
santan yang fresh, kat sini senang dapat
tengah rajin ni, 
kalau tak menu tomyam jelah ya kat kedai..huhu

Jom jengok dapur

Assalammualaikum dan selamat pagi

hari ni rajin sikit
shima masak mee bandung udang, pagi ni untuk emak shima,
shima tak breakfast pagi ni, kenalah ganti apa yang berhutang,


teh tarik pada cawan favourite mak shima
kenapa mak shima suka cawan peonis bujang ni, sebab ianya ringan, senang nak pegang.
teh tarik atau kopi, minuman wajib mak,
 bersama piring single big ros, sebab cawan ni cawan bujang so shima mix dan matchkan je
 semalam pula macam tau2 aje, SIL, yang shima tengah rajin banyak... sikit je, anak sedara somi hantar
en sukun ni, maklumlah adiknya memang suka minum waktu petang.... 
huwaaaaa, kenalah shima masak petang ni,
dah boleh goreng ke belum pun shima tak tau...

 shima sebenarnya banyak tak makan, tapi sejak dah berdua ni banyak pulak belajar makan makanan2 yang dulu tak pernah sentuh,en sukun ni pun sama.
 emm akhirnya dapat juga shima mug 100 tahun Nescafe ni, sebabkan kawasan shima tak ada hypermarket, susah juga nak dapat koleksi nescafe, ingatkan dah sayonara, tapi dapat ni masa menghadiri perkahwinan anak sedara ... dapat di Tesco Kampar
 apa lagi ya, 
sebenarnya shima nak menghias dapur shima ni, inilah dapur basah dan dapur kering shima,
tapi apa2 mesti dapat approve emak shima, dulu rak ni ada diatas, shima bawa turun atas permintaan mak,
mak shima yang hias ni, macam kopitiam pulakkan, semua cawan dan teko favourite emak, 
emak shima suka guna gelas2 yang jernih dan ringan.

 dua frame shima terpaksa disimpan, disebabkan rak ni agak tinggi, tinggal dua jelah sayur shima tergantung kat atas tu, 2 sayur lagi simpan dalam stor, dapurnya kecik kenot, tak tau nak gantung kat mana.

shima sebenarnya suka baca blog dan fb kawan2, share idea menghias,
terima kasih semua, ini membuatkan shima bersemangat
jom hias dapur pulak.

sehingga bertemu kalau ada cerita lagi

Wednesday, June 6, 2012

goreng-goreng


 Assalammualaikum dan selamat pagi
dah lama tak masak2, atau jenguk di dapur pada waktu petang
semalam terjumpa cempedak ni, beli sebiji RM12.00, bukan musim kata penjual.

 terus beli tepung gandum dan tepung beras

tapi bolehlah buat menu minum petang semalam.
hari ni, nak masak apa ya.
adakah shima rajin macam semalam... ngeeeeee



Tuesday, June 5, 2012

Stand by me

 Assalammualaikum dan selamat tengahari,
apa ya kat bawah ni,
nantilah dulu 
 
shima nak cerita keindahan pagi ni...yang cerah,
shima snap bunga2 yang kecil di taman kecik kenot ini

,
  akhirnya bertambah lagi bunga ni


 bunga melur, susah betul nak berbunga 
emm, sempat la masak masak lemak rebung bersama udang
 special rebung ni dari Maran ,
bercerita Maran, sebenarnya shima balik ke kampung en somi
dah sampai kerumah, bonda mertua pulak tak ada, so kita orang pun pergilah ke Maran untuk makan,
makan tu tak berapa best, tapi yang best on d way, 
jumpa kedai 2nd hand,
tengok apa yang shima dapat,

 taraaaaaaaaaa
frame stand, wah shima kena melukis atas canvas dulu kot,
cantikkan... lupakan jelah sejarah frame stand ni,
bersama cross stitch lama shima



 emm, nantilah shima menjengah lagi
sehingga bertemu kembali

Friday, June 1, 2012

Terima kasih mama Alisha

 Assalammualaikum dan selamat tengahari... kawan2 sehobi dan senasib,

 cantikkan cross stitch ni, suka sebab ada pergola tu dan bunga2 yang terjurai.. allergic lagi.
bilalah boleh siap (ayat orang malas)
 Floral Retreat
emm shima kecundang lagi dengan kit ni, dulu dah insaf dengan gold collection ni,
memang rasa susah nak jahit atas kain kit ni, tapi mungkin disebabkan kemalasan shima yang melampau
MALAS TERLAMPAU, so shima bagi alasan, sakit bahulah, sakit itulah, sakit inilah,
MALAS  
- tu sebab yang selalu mak shima bagi... he he, emak lebih kenal anaknya kan,
tapi bab2 membeli... still on


 Emm comelkan si Maggie ni, shima suka kalau ada kucing dan mesin jahit....
tapi kalau mesin jahit tu boleh jahit sendiri lagi best,,,
gambar ni bagi shima terlalu detail, meja... almari, wall paper... semuanya, walla cantiknya.
tapi ada juga gambar yang shima kena delete nanti... ngeee

shima dan emak memang suka kucing, dulu pernah jaga... sampai tak larat,
bila berpindah ke daerah ni, kita orang tak bawa dah, 
kucing Parsi dah lama meninggal, kucing biasa yang banyak di hantar ke pusat jagaan.


Maggie the Messmaker
macam shima je....  selalu in the Mess.... ngeee

Terima kasih ya nisa, sudi membantu kak shima mendapatkan koleksi ni,
jasamu dikenang
hobby is sharing, 
sharing is caring, 
caring is loving

...
thanks a lot

Thursday, May 31, 2012

Lovely lace


Assalammualaikum dan selamat malam
lace roses shima beli dengan bantuan rakan fb, tq ct

 
 
yang ni beli sendiri di kedai bunga
nak buat apa ya, entahlah seperti biasa beli dulu
huhu

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to qaseh creation
Designed by UMIESUEstudio 2015