Sunday, August 31, 2014

disini lahirnya sebuah cinta


Selamat menyambut kemerdekaan yang ke 57

Salam sayang

Saturday, August 23, 2014

Susunatur perabut di ruang tamu

 Assalammualaikum

Menyahut cabaran bulan 7,8 dalam susunatur siaoca susunatursioca.blogspot.com shima berkongsi area ini. Ok shima mulakan dgn cat dinding, shima guna warna barley white, jenama dulux atau nippon, dah tk ingat, tapi shima selalu guna 2 jenama ni je.

Gambar atas ni sebelum raya, dibawah selepas raya, tukar kepada cushion cover yg asal.
Ok, kenapa shima suka warna barley white ni sebab nak seimbangkan dengan warna coklat dan frame yang banyak dekat dinding rumah shima. Cerita tentang carpet pula, shima memang suka, mungkin dah keturunan, dr kecik celik2 mata dah jumpa carpet, 3 orang kakak2 shima pun sama, mesti ada carpet, carpet d rumah ni dah berusia hampir 12 tahun, cuma shima tambah carpet hijau putih tu dr ikea utk ceriakan sikit pada tahun ni. Susun atur frame gambar setinggi tuan tanah yang rendang, searas mata kan, dulu memang pernah baca cara susun frame di dinding.
Di sebelah kanan pula shima letak 2 kerusi kayu mahagony, pilihan emak shima, perabut dan sofa ni dah berusia hampir 15 tahun, seusia rumah yg shima duduk sekarang.

Cushion ayam, shima memang minat giler dgn country life, so letak sikit unsur2 tersebut, kalau ikut rasa macam nak buat betul2, tapi mak shima tak suka semak2... ngeeee

Ini pula pandangan dari dining area, kalau nampak dihujung tu adalah hasil tambahan renovation , kecik je, kena buat penambahan sebab rumah ni ialah rumah andong/nenek tempat anak, cucu dan cicit berkumpul.
Wing chair pun dah bertukar cover sebab dah lusuh, cover yang ke2 ni pun dah lusuh juga, malas dah nak upah jahit.

Inilah kawasan tambahan tu, shima letak perabut rotan yg d beli dr rattan decor, kena cari size yg kecik, tp sebenarnya k shima suka yg besar, emmmm edisi tomak haloba. he3. K shima memang suka collect kerusi, kalau pergi kedai 2nd hand tu cam nak beli je semua, tapi bila pikir kena gantung kat leher kerusi tu... rentikan jelah Leman... Ooops kalau adik2 yg suka rumah kosong mesti pengsan tengok rumah k shima, sebab k shima suka collect pinggan dan barang lama, almari ni pun almari lama.

So inilah sedikit cerita tentang ruang tamu k shima atau mok cik shima.
Peminat country.

Salam sayang

Friday, August 22, 2014

HARI PERKABUNGAN NEGARA MH 17




Semoga roh arwah MH17 dicucuri rahmat, amin.


.

Wednesday, July 30, 2014

selamat hari raya


Maaf zahir dan batin

Salam sayang

Saturday, July 19, 2014

organizing : tudung bawal yg belum gosok


Assalammualaikum
rajin sikit hari ni, dah lama beli bekas dari ikea ni, shima beli warna putih, sebelum ni shima letak shawl dan stokin, tapi shima dah keluarkan dan susun tudung bawal yang belum gosok dan shima masukkan dalam laci almari supaya nampak lebih kemas dan teratur.
kalau guna kotak kasut atau tisu pun boleh, shima sebenarnya malas betul nak membalut.


sebelum
susun leper je camni

selepas
dengan bantuan kotak dari ikea
terserlah favourite color shima pink belacan dan putih
 
 tak delah lipat kemas sangat,
janji menegak
 drawer almari yang pertama penuh dengan tudung
ada yang tak boleh guna, tapi shima belum sisihkan lagi sebab sayang
sementara tudung shawl pula, shima pindahkan ke kotak plastik yang dibeli dengan harga RM6.90.
shima letakkan di sebelah meja sisi katil. jadi macam open drawer.

happy organizing
salam sayang

Wednesday, July 16, 2014

Menu Berbuka ...antaranya

 Assalammualaikum
lama rasanya shima tak share menu kat sini, kalau tengok blog pun rasanya tahun lalu.
ini antara juadah yang shima masak,
sambal udang petai
 bersama regu kari ikan cencaru terung dan ikan masin


air, soya cincau untuk en somi dan cincau kosong untuk shima.

selamat berbuka

Salam sayang

Tuesday, July 15, 2014

Selamat menyambut Nuzul Al Quran

Assalammualaikum,

selamat menyambut puasa dan Nuzul Al Quran, dah 17 hari kita berpuasa
tahun ni dalam puasa shima rasa letih sangat, tak tahu pasal apa,
memang tak aktif, aktiviti kraf atau apa2 pun shima tak berapa buat, hanya masak simple2 je, mengemas pun tak, ke laut dah

 
inilah tempat yang akan shima gunakan hari2 untuk buat air, nampak semak kan
memang shima letak semua keperluan atas kabinet ni senang nak amik,
untuk tempat letak gula, kopi dan semuanya shima guna recyle botol plastik dari kuih raya tahun lepas, senang dan jimat.


inilah ala2 counter tempat buat air + ala2 country kitchen shima, jadi ke cam tak jadi je kan
bolehlah

 Salam sayang
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to qaseh creation
Designed by UMIESUEstudio 2015