Tuesday, January 31, 2012

Stitchers - Part 2

Assalammualaikum dan selamat petang
shima disini masih mengimbau kenangan lama untuk dikongsi dengan peminat2 xstich.
so kita layan gambar ni ya...

sebahagian gambar potret.. anakanda YM Tengku ...
rasanya teknik ni guna software komputer

my fav... huhu, tak jumpa gambar ni masa tu, sesape ada tak ...
Cross stitch forever
Housework whenever

rasanya cantik kalau diletakkan di tempat kita menjahit, baru semangat

gambar buah, suka sangat
sepatutnya pattern gambar ni warna, tapi shima tercopy yang hitam putih
so takleh lah buat
nilah akibat nak cepat sangat... huhu

gambar didepan cermin kedai
open,
nilah sedih sangat ni
shima sampai di kedai ni dalam 10-15 minit kedai ni nak tutup...dah dekat pukul 6.00 pm.... huwaaaaaaaa
pergi pun dah lambat, sampai call hotel suruh jangan cancel booking,
sebabnya husband shima tak jumpa jalan, kita orang dah nampak dah Shahzan Inn tu
tapi disebabkan jalan sehala dan ada jalan tutup sebab ada pasar malam...
terus tak jumpa jalan nak hala ke situ,
penyudahnya, dia berhentikan shima kat tepi jalan, shima melintas dan terus jalan kaki ke shahzan inn ni, dah tak sabor rasanya..asyik pusing2 aje.

alhamdullillah, kakak dan adik yang kerja di sana sangat baik,
dia tau shima datang dari jauh... so dia kata tak apa... sementara dia mengemas,
tapi faham2 jelah kan, kesuntukan masa. nak selongkar pun dah tak sempat.



closed
tengok mata shima....
he he bergerak 360 darjah,
monchong kat mulut tu boleh sangkut hanger rasanya,
geram juga masa tu, tak sempat nak mengirai,
tapi control ayu je,
tak nak hilang mood


gambar di atas ni husband shima just snap masa jumpa dalam kedai
rasanya aktiviti YM Tengku Puan, sebab sofa ni memang terletak diluar kedai Stitchers tu.

so, rasanya kalau siapa tak gi lagi
boleh juga singgah breakfast/lunch kat cafe dalam shahzan inn ni,
sebab kat dalam cafe tu, ada xstitch hasil YM Tengku Ampuan yang dipamerkan,
siap signature lagi
cantik2, masa tu shima dah suruh husband snap, dia pun segan, sebab ramai orang tengah makan, nyesal pula tak snap gambar xs dalam cafe tu.


jutaan terimakasih yang tak terhingga juga kepada YM Tengku,
kerana sudi berkongsi craft ni dengan peminat xs

bilalah nak gi lagi ya..

huhu

Monday, January 30, 2012

Stitchers dalam kenangan - Part 1


Assalammualaikum dan selamat malam,
malam ni shima nak share ... jelajah shima ke Kuantan pada tahun 2008

kedai cross stitch - the stitchers


gambar2 yang sempat shima snap di dalam kedai,
rasanya mata shima masa tu macam pakai video je...

shima sibuk membelek majalah
huhu tak puas rasanya... sebab... nantilah shima cerita di part 2

rasanya shima baru 3 kali pergi ke sini. gambar yang ni rasanya masa kali ke2...
sampai shima sanggup tidur di hotel Shahzan Inn....
semata2 nak berlama di sini... tapi sayang...

sehingga shima menulis lagi di part 2
tak sempat... hari ni penat sangat
sekadar nak share
kerinduan pada Stitchers

Sunday, January 29, 2012

bunga2 chenta hexy sempena cuti

Assalammualaikum dan selamat malam

cuti2 malaysia ni shima gunakan sepenuhnya, selain dari aktiviti biasa, memasak, mengemas, membasuh, shima cuba menyiapkan bunga2 chenta.

board hijau ni shima dah jumpa pada hari shima isytiharkan hilang didalam blog,
terus macam teringat je, tempat yang belum shima punggah...
ting tong,
cari dalam kotak, terjumpa dan terus buat kerja pemotongan untuk border bunga2 chenta shima.

before
shima cuba penuhkan dengan cara 9 x 9 kuntum bunga dulu, kalau border cukup,
shima tambah lagi,
after
shima cuba bentukkan hexy ni jadi segi empat,
sebenarya shima tersalah teknik menyambungkan bunga2 chenta ini pada mulanya,
ada cara yang lebih mudah, dah buat first time.

tapi agak sukar sebab shima terpaksa membongkok dan menjahit kat atas lantai,
paper bawah hexy tu belum dibuka, keromot dah tak boleh pakai dah.

harap2 siap sebelum masuk bulan Feb.

sebab bulan Febuari si diamond menunggu.
huhu

salam sayang
sehingga shima menulis lagi



Friday, January 27, 2012

Menu tengahari

Assalammualaikum dan selamat malam
hari ni shima nak share resepi masakan yang simple, tapi favorite shima

sambal sotong, walaupun shima allergic yang agak teruk
terpaksa menahan kegatalan atau menggaru, tapi shima sanggup,
sotong ni shima beli sebab dia nampak lembut, agak sukar nak cari sotong lembut
kebanyakan sotong bila dah masak macam plastik ...liat

menu kedua
telur itik masak lemak bersama peria
fav en somi

rezeki dari jiran tetangga
kerabu kerang
bersama air oren suam
dah sakit tekak... kena kurangkan ais

jom makan


Sunday, January 22, 2012

3 tahun membalas dendam dan mati kutu

Assalammualaikum dan selamat tengahari

ahad yang cerah di kawasan shima hari ni,
cuma orangnya yang tak sihat...
so aktiviti untuk orang yang tak sihat hari ni yalah menyiapkan

wish list 2012


diamond hexy, masih jauh lagi perjalanan

bunga2 chenta hexy
shima buat sekali harung, mana tau salah satu siap

kenapa shima

mati kutu

sebabnya shima dah kehilangan alas pemotong hexy ni,
kemas punya kemas tak jumpa letak di mana, shima hanya jumpa pembaris dan cutter saje.
tak boleh nak start untuk potong border pink bagi kedua2 hexy shima.
dimanakah dikau menyorok si hijau... dah seminggu cari...huhu

so rancangan tergendala sebentar

3 tahun membalas dendam

bunyi macam kejam je kan
tak lah sekejam itu, cuma shima membalas dendam dengan membeli kain untuk patchwork shima. dah 3 tahun shima stop membeli,
inilah hasilnya bila gi shopping di kedai quilt, tulah yang malas nak gi

kali ni shima fokus kain untuk lengkapkan quilt shima yang tak habis,
shima beli untuk buat border dan kuntum bunga hexy(merah).

warna2 lembut ni shima beli untuk buat color base, atau color belakang...
teringin nak buat hexy rama2... so nilah persediaannya.
dan yang warna putih kosong tu, berangan nak buat sulam merah... red quilt,,, entah apa namanya ya, betul ke tak ni...huhu

tahun ni memang azam berjimat.
cuma shima dah kata beli sebab nak lengkapkan projek yang tak siap. ... he he cam alasan jekan.
tapi kalau ikutkan hati dah banyak shima angkut balik, semua corak kain cantik2.

so, tunggu jelah ya,
sebab finishing bagi hexy, border dan lapik quilt ni, nak minta pakar quilt untuk siapkan nanti.
insyaallah


jom buat...
salam sayang


Saturday, January 21, 2012

Cottage Enchantment

Assalammualaikum dan selamat pagi
hari yang cerah hari ni kan, semangat pun macam baru je.
horeeeeeeeee, sebab sebenarnya cuti seminggu, macam2 nak buat ni,

waiting list...
wish list...
tamak list...
cari pasal list ..
semua list ada

yang ni pun salah satu kategori tamak list...ngeh3
design kit yang pertama shima beli di fb, neeza shop.
kalah juga shima dengan design cottage...
rumah impian shima, tapi memang tak dapat di alam nyata...
so digambar pun jadilah...

benang2 yang menunggu untuk dipangkah2kan...
sabar ya benang...
nanti shima huru harakan benang ni...

ada 3 lagi tamak list kit yang menunggu...
nisa... tolong jawab
kak shima tengah tersenyum simpul ni..
tak sabor rasanya nak tengok.



salam sayang

Friday, January 20, 2012

Sorrento hotel

Assalammualaikum
shima just nak share kepada peminat-peminat cross stitch, i'm back... he he

dah lama tak pegang cross stitch, dapat beli gambar pun jadilah, ini kali ke2 shima beli cross stitch kit di fb, dengan neeza shop.

shima kalah bila tengok gambar2 bunga terutama bila ada pasu kat tingkap dan ada bunga2 yang menjalar...huhu pasrah. tapi tak tau bila nak start.
tengoklah nanti ya.

cantikkan.
rasa macam tak banyak kerja.


color kain dan benang.
oklah sehingga shima memangkah lagi, nanti shima akan cerita.


salam sayang

Thursday, January 19, 2012

warna-warna kegemaran

Assalammualaikum

masih lagi dengan semangat membara memdekor bilik kecik shima ni
bunga beli masa wedding day kira2 10 tahun lepas, yang panjang tangkainya, shima dah potong pendek, dulu letak di ruang tamu, kini menghiasi meja komputer di bilik berangan shima.

kalah dengan benang kait, sekarang shima suka beli color yang mix, sebab malas nak tukar benang, idea dah ada nak buat apa dengan benang ni, tapi rasanya tak cukup warna lagi, shima cuma beli hijau dan pink, kena tambah lagi, kalau tak, tak boleh nak start.
yang ni shima beli di Daiso Sunway Pyramid, pergi sana semata2 nak ke Daiso. tapi jauh sangat, Daiso Rawang tak ada pula jual benang2 macam ni...emmm

warna olive green dan pink

warna sapphire blue dan pink

shima memang suka warna-warna masam macam ni, atau warna country yang nampak pudar je. Benang2 ni shima beli di Benangkait.com... he he memang pekenan, alhamdullillah dapat harga lama, sebab beli betul2 pada 31.12.11. tahun ni dah naik harga.

shima dapat hadiah jarum ni, tapi shima tak tau nak guna..huhu
2 batang jarum dan bersambung dengan tali plastik, apalah bendanya ya.
shima tau guna jarum kait biasa aje. Kalau adik-adik yang kreatif ni tau cer ajar kak shima.

terima kasih... hingga berjumpa lagi


salam sayang

Wednesday, January 18, 2012

before and after - part 3

Assalammualaikum dan selamat petang

setelah beberapa hari mencari motivasi di blog cara mengemas dan susun atur
shima pun bersemangat .


before

after
tapi masih banyak yang perlu diperbaiki

antara dulang porcelain yang shima letak di meja study ni


papan kenyataan tambah wrapping paper, tapi macam serabut je...
tengoklah dulu, nak buka ke tak

ni salah satu sebab bilik tu berserabut, hexy shima still in progress.
so memang shima kena siapkan cepat.
kalau tak sekejap humban sana, sekejap humban sini.


so layan jelah... nanti update lagi


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to qaseh creation
Designed by UMIESUEstudio 2015