Sunday, January 22, 2012

3 tahun membalas dendam dan mati kutu

Assalammualaikum dan selamat tengahari

ahad yang cerah di kawasan shima hari ni,
cuma orangnya yang tak sihat...
so aktiviti untuk orang yang tak sihat hari ni yalah menyiapkan

wish list 2012


diamond hexy, masih jauh lagi perjalanan

bunga2 chenta hexy
shima buat sekali harung, mana tau salah satu siap

kenapa shima

mati kutu

sebabnya shima dah kehilangan alas pemotong hexy ni,
kemas punya kemas tak jumpa letak di mana, shima hanya jumpa pembaris dan cutter saje.
tak boleh nak start untuk potong border pink bagi kedua2 hexy shima.
dimanakah dikau menyorok si hijau... dah seminggu cari...huhu

so rancangan tergendala sebentar

3 tahun membalas dendam

bunyi macam kejam je kan
tak lah sekejam itu, cuma shima membalas dendam dengan membeli kain untuk patchwork shima. dah 3 tahun shima stop membeli,
inilah hasilnya bila gi shopping di kedai quilt, tulah yang malas nak gi

kali ni shima fokus kain untuk lengkapkan quilt shima yang tak habis,
shima beli untuk buat border dan kuntum bunga hexy(merah).

warna2 lembut ni shima beli untuk buat color base, atau color belakang...
teringin nak buat hexy rama2... so nilah persediaannya.
dan yang warna putih kosong tu, berangan nak buat sulam merah... red quilt,,, entah apa namanya ya, betul ke tak ni...huhu

tahun ni memang azam berjimat.
cuma shima dah kata beli sebab nak lengkapkan projek yang tak siap. ... he he cam alasan jekan.
tapi kalau ikutkan hati dah banyak shima angkut balik, semua corak kain cantik2.

so, tunggu jelah ya,
sebab finishing bagi hexy, border dan lapik quilt ni, nak minta pakar quilt untuk siapkan nanti.
insyaallah


jom buat...
salam sayang


8 comments:

  1. salam shima,
    suka tgk blog shima ni sbb dpt tgk hasil kreativiti shima. dulu rohas pun suka wat hexy ni tp skrg dh x de masa, cuma mampu wat crochet jer...tp susah lak nk cari patern crochet ni...dh 2 3 kedai buku cari tp x jumpa, shima dpt patern kat ne?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mualaikumsalam rohas
      he he, tak ada buat apa rohas, masa rehat, menganyam hexy ni, shima pulak baru cuba buat 2-3 tahun ni... tu pun tak habis,
      rohas, shima dapat pattern dari kawan, buku lama... dan ada juga dari fb.. nanti dan blog nanti shima pm address tu.. :)

      Delete
  2. kak Shima... Amboi! Balas dendam dgn bershopping... Good idea tu... hehe... Ingatkan akak punya cross stitch je byk wip, rupanya hexy pun byk jugak... 3 sekali harung... good luck kak shima... insyaallah tahun ni siap tu... saya suka yang pink tu... sweet.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yoon
      tulah pasal nisa, malas nak gi kedai patchwork ni...balas dendam betul2, bukan tipu2... kak shima banyak hobi..boring buat tu, kak shima buat yang ni, sebab tu banyak wip, tapi dulu satu hobi je xs, sebab tu banyak siap..sekarang semuanya slow and steady je...

      sebenarnya dua2 tu pink, tapi ada yang mix dengan color lain...

      Delete
  3. wah.. 3 tahun tahan nafsu?? cayalah kak.. kena share petua dgn kitorg ni.. hehe.. akak shopping kat mana?

    suka la tgk hexy tu dah nak siap..saya punya gak masih slow progress.. hehe.. saya punya berangan memang nk siapkan dalam 2012 gak..hehe.. jom sesama la kita.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya mama daniel,
      kak shima kalau tahan boleh dengan syarat jangan pergi kedai jual kain atau barang2 tu....
      kain kat atas tu kak shima shopping kat kelvin-bernina m'isa kat damansara,,,,

      jom kita siapkan sama2..kak shima rancang mesti siap tahun ni... kain pun dah lunyai... sekejap humban sana, sekejap humban sini

      Delete
  4. salam ziarah...suka tgk kerja tangan spt ni.minat juga tp tak ada disiplin nak buat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mualaikumsalam marzhani,
      tq sudi ziarah kak shima
      jom buat sikit2 mar, tapi semua kerja craft ni memang kena sabar dan displin yang tinggi kan, kalau tak ...huhu. separuh jalan je :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to qaseh creation
Designed by UMIESUEstudio 2015