Tuesday, April 23, 2013

Belajar menjahit

 Assalammualaikum dan selamat malam
belajar menjahit cadar adalah sesuatu yang memang shima inginkan, pening kepala juga dengan formula2 yang diberi oleh Pn Seri (Cikgu) di Kolej Komuniti.
shima mengambil masa 1 hari sentengah untuk menyiapkan cadar ni,
kami belajar fitted dan flat sekali, 2 in 1, so shima belajar cara pasang getah untuk buat fitted.
kain ni shima beli dalam 5 tahun yang lalu, bidang 90 inci, tapi masih tak cukup sebab bidang yang diperlukan ialah 96 inci. Sebab tu cadar shima tergantung, sebenarnya bahagian tepi ni ada 2 layer, bahagian bawah sepatutnya untuk lace ropol memerlukan 12 m X 7.5 in. sebab tak cukup shima jahit lurus je.
Bantal juga diajar 2 jenis, 1 biasa, dan satu lagi ada basi 1 " (boleh juga dibuat bantal ropol)
 dan seperti biasa, shima suka alas dengan throw blanket, dari kedai bundle. dah letih tengok bunga je, sekarang suka color2 kosong dan polos.
bantal peluk tak cukup kain walaupun kain shima panjangnya 6 meter.
nantilah shima share, ingatkan nak cari black blue yang contra dengan kain ni untuk buat sarung bantal peluk, sekarang pun tengah punggah stok kain.

layan,
macam semangat menjahit dah datang je...
selamat menjahit

10 comments:

  1. wah...bestnye dapat jaet cadar sendiri... jimat banyak... ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ina,,, he he, mula2 stress juga, sebab potong kena sendiri, kena ukur, tak jimat juga na, kain bidang besar ni pun dah berbelas ringgit x 6 meter lagi.... + yuran, tapi kalau ikut yuran 2 hari memang berbaloi ina... :)

      Delete
  2. salam kak shima....sweet la kaler ni...cotton plak kan...mesti rasa sejuk jer nak golek2 atas ni kan...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mualaikumsalam sya,,,, memang kain dia pure cotton, memang lembut dan sedap,,, he he, tapi kak shima alas pulak... sebab kain tu tak letak sponge.... golek2 memang best kan sya.... he he

      Delete
  3. waaah bestnya..kolej komuniti mana nie shima? selayang ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salmi kolej komuniti kat batang kali, area hulu selangor, ok juga me, macam2 kelas ada, cuma masa tu match tak dengan kita, sebab kadang2 hari kerja,,,, ada buat cake, quilling,simple patchwork... he he.... rajin dengan tak je me.... ngeeeeeeeeeee

      Delete
  4. Wow..bestnya... skrg byk jual kain cadar cantik2 kan... apa lagi kak... hihi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha ha, apa lagi zila..... beli lagi senang kih3..... stress juga jahit nih, 1st time pakai mesin industri yang besar tu.... campur tolak campur tolak beli pun murah, sebab dah ada sponge....
      takut yang ni pertama dan terakhir.... kuang3

      Delete
  5. saya pun tengah minat nak jahit cadar sendiri ni..
    Tapi tak sure la mampu ke tidoook..
    hehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to qaseh creation
Designed by UMIESUEstudio 2015