Friday, January 31, 2014

Susunatur laci lagi


Assalammualaikum

kali ni edisi malas nak memotong, ada satu lagi laci kat dapur shima, tempat letak senduk. shima hanya guna, divider yang dah sedia ada, shima beli di cosway, barang kat laci ni jarang2 guna, cuma selalu guna senduk nasi dan tapis air teh tu je.
 
 sebelum

macam sama je kan, cuma lebih kemas sikit jelah.  he he, letih juga masa buat laci pertama, so laci kedua ni senang sikit, divider dah ada tinggal potong je. shima buat pada hari yang berlainan, masih dalam mood mengemas lagi ke, shima ni dah kuranglah sikit.... ngeeeeeeeeeee

Salam sayang
 

Monday, January 27, 2014

BOM Januari 2014 - Flying geese


Assalammualaikum
akhirnya siap juga dah buka 2-3 kali, last2 sekali rempit je, dah tak guna jarum peniti... kuang2,,, macam tak sama je square tu..huhu
benang2 pun tak sempat nak trim..
thanks zila untuk link pattern ni/

Happy Quilting

Wednesday, January 22, 2014

Old Skool

 Assalammualaikum
menyukai barang2 yang lama
emm,,, masih ada lagi pada shima, sekarang ni shima suka tengok beg corak gingham ni
dulu masa kecik2 memang ada beg kotak merah tua tu,
so belilah semula satu 2 buat kenangan
 shima letak diatas almari kain shima
yang ni pula memang besar, macam beg baju, shima letak dibawah meja, nanti shima share ya, shima buat apa dengan bag2 ni, Bag besar ni sebenarnya cantik kalau buat meja kopi, rumah shima dah tak muat.

Sayang dengan barang2 lama ni, kalau ada ruang memang cantik untuk susun atur,,, ngeeeee

Salam sayang
 

Tuesday, January 21, 2014

The Maybelle Crochet Flower


Assalammualaikum

masih lagi melayan crochet buat masa ini
shima jumpa corak ini disatu blog My Rose Valley

 bunga yang cantik dipanggli maybelle
 semestinya pink
 pelbagai warna, crochet ni cantik sebenarnya bila banyak gabungan warna

Happy crocheting

Salam sayang

Sunday, January 19, 2014

Susun atur alat tulis


masih tentang bilik kerja shima, menyahut cabaran susunatursioca untuk bulan januari dan febuari,
emm masih banyak lagi kerja yang belum siap, shima masih sibuk dengan labelling,
file belum susun lagi, so shima tunjuk dulu proses kerja part by part ya.

 dulu tin susu ni shima spray je, ingatkan nak tulis pakai marker je kat atas tin ni, tapi shima dah masuk satu blog yang telah mengubah tin susu ni jadi sangat cantik tapi sayang tak jumpa pula link dia.
 
 saya giler label, tulah yang boleh shima cakap sekarang tentang diri shima, pantang jumpa label2 yang comel, save je, kawan2 ditempat kerja pun dah tiru, satu benda yang baguskan.
shima lekat dengan double sided, guna pembalut hadiah pun boleh, tapi pembalut hadiah shima dah lari dari concept warna, so cari dalam google je

barang2 stationery diatas tu selalu hilang terutamanya gunting dan gam, ada lagi yang shima belum tambah, iaitu jarum kait dan pisau, barang2 ni pun selalu hilang kalau tak letak setempat.
bila check bilik kerja shima ni, dah banyaklah pulak biru dari pink.... owhhhhhhhh tidak, dah berjangkit dengan zila rasanya... huhu, harus ditambah, pinky minky

Selamat meyusun atur

Salam sayang

Friday, January 17, 2014

Kemas tempat penggosok kain

 Assalammualaikum
kali ni nak share tempat menggosok, lokasi bilik tetamu
 sebelum

selepas
buat pertama kali dalam seumur hidup shima beli tempat alas khas untuk menggosok, sebelum ni memang guna kain batik sahaja, dah beberapa kali kain batik ni diganti sebab koyak. terjumpa pula polkadot, comel je.  Dah join group kemas mengemas ni secara tak rasmi, mesti rajin mengemas ya,
 tq kawan2 yang sudi share cara2 mengemas.

Salam sayang

Wednesday, January 15, 2014

Susun Atur senduk dalam laci


 Assalammualaikum
dah lama shima cari idea ni, shima jumpa di sini
 proses membuat
 alas kan drawer bagi cantik sikit
 sebelum
selepas
masuklah senduk yang selalu guna, laci ni pun dah berusia 14 tahun.
Selamat mengemas

Salam sayang

Tuesday, January 14, 2014

Susun atur tudung bawal

 Assalammualaikum

Selamat bercuti, 
hari ni kak shima nak share, cara kak shima susun tudung bawal, gosok dulu dan kemudian ketip bahagian hujung pada hanger baju, dari sejak kenal tudung bawal, kira 26 tahun yang lalu, macam nilah kak shima gantung, senang bila nak pakai, kalau rajin boleh buat sampai 4 hanger, 
jimat belanja tak yah beli hanger khas untuk tudung.
jimat letrik gosok banyak-banyak ni macam iklan zaman 80an di RTM, cara nak jimat letrik tak boleh gosok satu2, gosok kain sekali banyak.(bagus juga iklan dulu2) kak shima suka ikut je,


Apa yang penting, hanger mesti pink,,, wallaaaaaa

Salam sayang

Monday, January 13, 2014

Salam Maulidur Rasul



Salam sayang
 

Thursday, January 9, 2014

Cikodok udang dan kentang

 Assalammualaikum
Dah lama tak kongsi makan2 kat sini, kalau shima imbas kembali, bila shima buka blog, shima paling  suka baca label menu, sebab shima suka makan dan jarang masak, sekarang adalah masak 1, 2, 3 kali ... tapi tak sempat nak tangkap2 gambar, 

oklah ramai dah biasa buat, shima belajar buat cikodok ni pun lepas dah beberapa tahun kawin, ngeeee
kita tengok bahannya ya

Bahan2
tepung gandum 3-5 sudu
kentang 2-3 biji dipotong panjang2 dan nipis macam french frise /
* boleh tukar dengan tauhu sebiji, hancurkan
udang kecil tu dalam RM 3-4.00
telur sebiji
bawang besar potong dadu kecil2 1/2 biji
Air kosong dalam 1/2 - 1 cawan
cili merah 1 tangkai potong halus
garam secukup rasa
daun kucai kalau suka, shima tak masuk sebab tak beli

Cara buat
Gaul..jangan tak gaul... semua bahan tadi
Masukkan 1 sudu minyak dan gaul (ikut mak mertua, supaya rangup)
 tapi kawan shima kata letak ais sejuk nak bagi rangup
shima pula gaul dengan 2-4 ketul ais cube

Nota
Tepung gandum tu shima tak letak banyak sebab tugas dia macam salut je udang dan kentang.
kalau kawan2 adik kakak ada petua macam mana nak bagi rangup kongsikan lah ya.
shima masak ni rangup sekejap je,  lepas tu lembik.

sedap dihidangkan dengan cili sos dan teh tarik.  Perrrrrrgh, tapi shima tak berapa suka cikodok,(tulah heran banyak benda tak makan, badan tetap 3G)
 shima cuma buat untuk emak dan en somi, macam mithali je bunyinya....kan  oppss... kalau rajin je ya.
 Selamat mencuba

Salam sayang

Tuesday, January 7, 2014

Labelling in progress

Assalammualaikum
proses melabel mengambil masa yang lama, bukan nak taip atau melekatkan ke kotak yang lama, tapi shima dah jadi rambang mata tengok label2 yang cantik2, tulah yang lama sangat

 kat luar
 kat dalam
sebahagian isi dalam reben, ada lagi satu kotak, boleh buka kedai dah rasanya....

 corak label bulat yang lain, suka
cantik kan kotak pink ni lepas dilabel simple je,
suka pulak, cam nak tambah je, sebab kalau beli wrapping paper pun dah mahal, alasan lagi.

corak ni shima suka, tapi color label ni macam peach je, shima nak cari pink, kotak ni asalnya tempat baju melayu, shima balut dengan paper polkadot beli dari kaison, festival city, shima memang suka beli wrapping paper yang cantik2,,, macam collectorlah kononnya. tapi shima tak suka membalut, kalau zoom dekat memang fail, terutama polkadot kecil tu sebab yang pertama kali shima buat, tapi tengok geng susun menyusun gigih membalut shima usahakan juga bagi cantik sikit,
ni jelah cerita susun menyusun shima , gambar satu bilik tak siap lagi, huhu

Salam sayang
 

Saturday, January 4, 2014

Organizing dilemmas

Assalammualaikum

bila mengemas bilik kraf aka store shima ni, memang susah hati, barang yang terlalu banyak susah bagi shima nak susun atur, berjanji pada diri sendiri untuk tidak lagi membeli apa2 kotak atau almari semasa mengemas, gagal..Kenapa, he he, sebab shima dah ternampak laci serbaguna dari IKEA, tengok weblah, akhirnya pergi juga, jom tengok apa yang shima beli

laci putih ni dan satu bakul tempat plastik untuk isi plastik.
dan rak berroda, 3 tingkat tu, shima dah lama beli, kirim kat kawan
bahagian atas memang belum kemas lagi, dan bahagian fail2 peribadi
"Rome is not built in one day"
perghhhh  guna peribahasa nilah, untuk sedapkan hati
kerusi bulky ni pula patah, macam tahu2 je shima memang dah tak nak, sebab bilik ni sempit, dulu shima juga yang beria2  nak beli... ngeeeeeeeee, dah tak larat kot menampung berat badan shima,

ada lagi satu yang shima perlu beli, tools box, sebelum ni letak dalam bakul aje
kalau ada kawan2 yang terjumpa besar, besi dan harga ok, inform2lah shima ya, sebab tools box ni antara barang yang shima nak beli.  Sebab memang susah nak jumpa barang2 yang kecil.

Happy organizing
Salam sayang

Wednesday, January 1, 2014

Kutu Granny Square blanket completed

 Assalammualaikum

Selamat Tahun Baru 2014
shima mulakan tahun ni dengan granny blanket yang sudah siap, pelbagai warna dari 7 orang sahabat di fb group Yarn Lovers Malaysia.
tapi shima kena siapkan 40 pcs untuk melengkapkan blanket ni.
10 pcs untuk yang tarik diri, 10 pcs untuk diri shima sendiri, 10 pcs untuk gantikan granny yang kecil dan 10 pcs lagi shima tak tahu mana perginya, rasa dah dapat, tapi gone with the wind, letih juga.

 banyak yang shima belajar terutama cara nak sambung bucu ke bucu, kalau tak hands on tak tahu,
kadang2 ok kadang2 ko
 size 57" x 57"
segi empat sama
bahagian tepi ni sebenarnya shima rasa nak tambah lagi, warna coklat, tapi bahu shima sakit sangat dan dah nak mula kerja esok, banyak preparation belum siap lagi, so berhentilah dulu.
 Seronok juga buat blanket ni sebab hasilnya nampak besar dan puas.
so inilah blanket ke 2 shima.

Happy Crocheting
Caiyooooooook

Salam sayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to qaseh creation
Designed by UMIESUEstudio 2015