Assalammualaikum
Dah lama tak kongsi makan2 kat sini, kalau shima imbas kembali, bila shima buka blog, shima paling suka baca label menu, sebab shima suka makan dan jarang masak, sekarang adalah masak 1, 2, 3 kali ... tapi tak sempat nak tangkap2 gambar,
oklah ramai dah biasa buat, shima belajar buat cikodok ni pun lepas dah beberapa tahun kawin, ngeeee
kita tengok bahannya ya
Bahan2
tepung gandum 3-5 sudu
kentang 2-3 biji dipotong panjang2 dan nipis macam french frise /
* boleh tukar dengan tauhu sebiji, hancurkan
udang kecil tu dalam RM 3-4.00
telur sebiji
bawang besar potong dadu kecil2 1/2 biji
Air kosong dalam 1/2 - 1 cawan
cili merah 1 tangkai potong halus
garam secukup rasa
daun kucai kalau suka, shima tak masuk sebab tak beli
Cara buat
Gaul..jangan tak gaul... semua bahan tadi
Masukkan 1 sudu minyak dan gaul (ikut mak mertua, supaya rangup)
tapi kawan shima kata letak ais sejuk nak bagi rangup
shima pula gaul dengan 2-4 ketul ais cube
Nota
Tepung gandum tu shima tak letak banyak sebab tugas dia macam salut je udang dan kentang.
kalau kawan2 adik kakak ada petua macam mana nak bagi rangup kongsikan lah ya.
shima masak ni rangup sekejap je, lepas tu lembik.
sedap dihidangkan dengan cili sos dan teh tarik. Perrrrrrgh, tapi shima tak berapa suka cikodok,(tulah heran banyak benda tak makan, badan tetap 3G)
shima cuma buat untuk emak dan en somi, macam mithali je bunyinya....kan oppss... kalau rajin je ya.
Selamat mencuba
Salam sayang
nyummy !!!
ReplyDeleteSiapa Elvy Nellysha ? Tentunya nama saya + pemilik blog Nelly The Strange ! Tapi . . .
http://nellythestrange.blogspot.com/2014/01/siapa-elvy-nellysha.html
hi nelly, kak shim dah visit your blog, nice... salam perkenalan
DeleteKak Shima x suka cekodok...? isk isk isk... meh sini hantar umah ku... dah meleleh air liur ku ini... hihihi... resepi ni nanti nak buat aii copypaste ek kak... :D
ReplyDeletehe he, tulah banyak tak suka zila, tapi badan montok je gitu... huhu :) cuba ya,,,,
Delete