Sunday, July 29, 2012

Apa yang baru


apa yang baru ya, menu berbuka puasa je
nak share hari ni, lauk yang  shima masak iaitu sayur campur.
kari ikan cencaru
perghhhhh, yang ni paling best kalau dah masuk 2 hari ... lagi ummmph.
kari ikan ni masak simple je, cuma masuk bawang putih, bawang besar, halia diketuk dan daun kari.
tambah kari ikan, santan dan yang paling penting, air asam jawa. opps jgn lupa garam.
 dihidangkan bersama lauk semalam, sambal udang petai dan ikan goreng pelaling yang dimasak semula (upgrade sikit) dengan cili api....jadilah ikan berlada cili api....
 Air oren,. emmm 3 gelas shima minum, haus pula, sebab sekarang musim panas kan, atau air ni memang sedap.
 pemanis mulut, bubur kacang durian, di masak oleh emak shima

ini dinamakan rezeki ramadhan, diberi oleh SIL, tq kak yam.

 hari ni shima ingat nak gantung kuali, tak nak masak, tapi gi kedai tadi terbeli pulak barang2 baru.
so moh kita ke dapur lagi petang ni.

jom masak-masak
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to qaseh creation
Designed by UMIESUEstudio 2015