Assalammualaikum dan selamat pagi
masih mengenai menu makanan, kalau buntu macam shima boleh masak je masakan kegemaran kita,
kalau pelbagai pun, kurang minat, nanti membazir pula
kangkung tumis sotong belacan, shima tengok di blog masakan ada kangkung tumis kerang,
kerang, nak kopek pun bercinta, so tukar dengan sotong.
masih lagi taksub dengan air bandung selasih ku sayang, sebab ada baki susu cair setengah tin lagi,
susu cair ni cepat basi, so shima perhabiskan, air bandung ni shima + dengan aiskrim soda.
baru ummmmmmph, emmm perasan lagi.
paling special untuk semalam, pencuci mulut, first time buat agar2 buah ni menjadi, tak keras dan tak lembik.ok, shima bagi 80%, tapi mak shima komen keras dan tawar.... huwaaaaa....
tapi kalau ada limau kasturi lagi sedap, perah kat atas agar2 ni
so nilah menu shima semalam bersama lauk wajib, ikan goreng pelaling.
resepi kawan2 macam mana.
sedapnyaa menu kak shima... :)
ReplyDeletenisa, bolehlah untuk tekak sendiri....he he ;)
Deletemenarikla bandung soda tu.. hehe.. ari ni juga saya request beli soda! hehee..
ReplyDeletebuat jangan tak buat zila
Delete