Monday, September 20, 2010

Aktiviti raya ke2

Assalammualaikum dan selamat malam
masih lagi mood raya ke, shima hari raya pertama beraya di sini, sibuk sampai tengah malam
maklumlah rumah nenek, adik beradik semua beraya disini, tapi petang raya pertama dah balik ke rumah sebelah sana pulak, malam best fren datang so, ketupat, rendang dan ayam masak cili padi dah habis, so shima jamu je dengan nasi putih, telur dadar dan sardin... he he..berselera juga.
***
gambar memang tak snap, sebab kita orang sebenarnya allergic dgn camera,
"fotogenic sangat2"

so raya ke dua, baru shima jahit langsir, sebab shima ni jenis tak kisah, bila nak buat2, buat, bila tak nak senyap je... dulu gila sekejap dengan warna hijau macam country juga, so dah lama langsir ni, tukar dengan warna lain pulak. Kalau tengok cam senget je kan...

langsir sliding door ni dah lama jahit, 2 tahun yang lepas, tapi bawahnya tergantung terpaksa sambung...tak pandai nak mengiralah...night curtain upah tukang jahit pro, sebab takut senget juga.
so shima gantikan je kepala langsir tu, kedutan tu, shima guna tali memang khas ada kat kedai (nama tali tu pun tak tau)
dan guna night curtain lama

ini pun sama, tapi nampak macam tak cantik je...
bila hanya letak kepala langsir dan night curtain, macam kena tambah sesuatu,
tengoklah tahun depan pulak kot
***
tak banyak sangat aktiviti2 raya
share jelah ya
papai



1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to qaseh creation
Designed by UMIESUEstudio 2015