Monday, September 27, 2010

Anak-anak lelaki ...pewaris negara



Assalamualaikum dan selamat petang
hari ni nak share tentang anak2 lelaki yang kian membesar
anak-anak ni sebenarnya dari satu kelas MPV-teknikal automotive (satu kelas pelajar lelaki)
nak sangat datang beraya (kelas lain tak berani nak tanya.. he he2)
air oren je
mak shima pula volunteer nak buat bubur kacang

nasi putih, udang+sotong sambal, ayam masak lemak dan sayur campur
rencah mee kari

sampai dalam pukul 3 petang.

lepas ni dia orang kata nak pergi mandi sungai... emmm..esok ada percubaan matematik... emak kat sekolah yang risau..huhu
***
sebenarya ada yang racun ada yang penawar, tetapi semuanya shima anggap sama sahaja, macam anak2 sendiri, bila tegur kerana sayang (dianggap marah), tak tegur dianggap sporting (sebenarnya tak-dah tak larat nak tegur). cuma ibu bapa kandung kena faham peranan ibu bapa di sekolah. susah nak cakap sebahagian ibu bapa sekarang ni.
shima pernah bekerja swasta dulu sebelum menjadi ----.
so shima tau pandangan yang bukan dalam bidang ni.
bila dah masuk dalam bidang ni, cuma keikhlasan dan niat kerana Allah sahaja yang mengatasi segalanya, sebab susah nak buat yang di luar sana faham,
terutama bila mendidik remaja yang sedang membesar ini di zaman ini
***
semoga mereka berjaya di bidang masing2
dan menjadi hamba Allah yang soleh dan khalifah yang baik di muka bumi ini
InsyaAllah
Amin

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to qaseh creation
Designed by UMIESUEstudio 2015