Monday, September 27, 2010

Anak-anak lelaki ...pewaris negara



Assalamualaikum dan selamat petang
hari ni nak share tentang anak2 lelaki yang kian membesar
anak-anak ni sebenarnya dari satu kelas MPV-teknikal automotive (satu kelas pelajar lelaki)
nak sangat datang beraya (kelas lain tak berani nak tanya.. he he2)
air oren je
mak shima pula volunteer nak buat bubur kacang

nasi putih, udang+sotong sambal, ayam masak lemak dan sayur campur
rencah mee kari

sampai dalam pukul 3 petang.

lepas ni dia orang kata nak pergi mandi sungai... emmm..esok ada percubaan matematik... emak kat sekolah yang risau..huhu
***
sebenarya ada yang racun ada yang penawar, tetapi semuanya shima anggap sama sahaja, macam anak2 sendiri, bila tegur kerana sayang (dianggap marah), tak tegur dianggap sporting (sebenarnya tak-dah tak larat nak tegur). cuma ibu bapa kandung kena faham peranan ibu bapa di sekolah. susah nak cakap sebahagian ibu bapa sekarang ni.
shima pernah bekerja swasta dulu sebelum menjadi ----.
so shima tau pandangan yang bukan dalam bidang ni.
bila dah masuk dalam bidang ni, cuma keikhlasan dan niat kerana Allah sahaja yang mengatasi segalanya, sebab susah nak buat yang di luar sana faham,
terutama bila mendidik remaja yang sedang membesar ini di zaman ini
***
semoga mereka berjaya di bidang masing2
dan menjadi hamba Allah yang soleh dan khalifah yang baik di muka bumi ini
InsyaAllah
Amin

Thursday, September 23, 2010

Aktiviti 3 - 7 hari raya


Emm cantiknya vintage machine ni... kalau dapat 1, 2, 3 kan best
kalau nak tengok, ada kat ampcorp mall, yang real punya dalam 4 - 5 bentuk, cantek sangat2,
Salam semua,
hari ni nak share aktiviti hari raya shima, balik ke kg pak we, hari raya ke 3, angkutlah diamond hexy ni, tapi yang belum dicantum, itulah kerja shima hari-hari sampai balik, lama duduk sana, dekat 5 hari... pak we balas dendam dah lama tak balik kg dia... huhu
***
soalan cepu emas... bilalah nak siap

Tuesday, September 21, 2010

Terima kasih zaza

dan selamat petang

suspen je semalam... alhamdullillah blog ni panjang umur lagi
ada masalah sikit, entahlah nak masuk rumah sendiri pun tak boleh, tak bayar cukai pintu kot...he he.. dahlah blog ni suam2 kuku
rupanya kena serang...sebab shima ada blog satu lagi, so masuk melalui blog tu, nasib baik blog lagi satu tak delete lagi.
rupanya widget2 yang kita ambil dari internet, macam online users, calendar dll, malah link list kawan2 pun boleh diserang oleh hijack...(maklumat forum dlm masalah blogger) he he..banyak pula ilmu kena belajar dalam dunia blog ni
so, dalam forum tu bagi cadangan suruh delete widget2 yg kita ambil, delete online users-masih masalah yang sama, rupanya dia tumpang kat widget calendar... so dah delete ...selamat (tak tau sampai bila)
ok tutup buku cerita ni
***
hari ni sebenarnya nak share pembelian pinggan cantik(100x) sangat dari zaza,
ramai kawan2 lain dah beli dan tunjuk (bagi moral support kat zaza)
memang cantik sangat(100x) dan harganya pun memang berbaloi-baloi
dah lama cari pemandangan scenery ni terutama warna plum pink macam kat bawah


lambat juga buat n3, sebab ingat nak cari lemari cermin warna putih dan letak dalam tu (angan2-pernah cakap dengan zaza nak letak dalam lemari).. tapi rasanya lambat lagi dapat kot
pakwe tak bagi, mak shima pun sama...he he dah penuh rumah ni dengan lemari dan dinding pun dah macam galeri
kalau nak beli jugak, kena gantung dekat leher lemari tu... ha ha ha
***
shima ada juga beli warna biru, tapi dah bagi kat kakak2 shima 3 orang, ada yang dapat satu, ada yang dapat 2, he he...semuanya nak gambar bunga, so tinggal gambar biru scenery je yg ada pada shima,
itupun ada yg x puashati....ha ha sebab gambar2 tu lain corak...
kakak,,ku.. kakak.. ku
***
kakak sepupu nak juga...tp dah habis ma yg bunga tu.
kakak2 ipar pun tak bagi lagi... adil tak :)
***
so zaza, tq very much...muaah
zaza tengah tunggu hari tu
insyaallah semoga semuanya selamat
dan dapat baby secomel mamanya
amin

Monday, September 20, 2010

Aktiviti raya ke2

Assalammualaikum dan selamat malam
masih lagi mood raya ke, shima hari raya pertama beraya di sini, sibuk sampai tengah malam
maklumlah rumah nenek, adik beradik semua beraya disini, tapi petang raya pertama dah balik ke rumah sebelah sana pulak, malam best fren datang so, ketupat, rendang dan ayam masak cili padi dah habis, so shima jamu je dengan nasi putih, telur dadar dan sardin... he he..berselera juga.
***
gambar memang tak snap, sebab kita orang sebenarnya allergic dgn camera,
"fotogenic sangat2"

so raya ke dua, baru shima jahit langsir, sebab shima ni jenis tak kisah, bila nak buat2, buat, bila tak nak senyap je... dulu gila sekejap dengan warna hijau macam country juga, so dah lama langsir ni, tukar dengan warna lain pulak. Kalau tengok cam senget je kan...

langsir sliding door ni dah lama jahit, 2 tahun yang lepas, tapi bawahnya tergantung terpaksa sambung...tak pandai nak mengiralah...night curtain upah tukang jahit pro, sebab takut senget juga.
so shima gantikan je kepala langsir tu, kedutan tu, shima guna tali memang khas ada kat kedai (nama tali tu pun tak tau)
dan guna night curtain lama

ini pun sama, tapi nampak macam tak cantik je...
bila hanya letak kepala langsir dan night curtain, macam kena tambah sesuatu,
tengoklah tahun depan pulak kot
***
tak banyak sangat aktiviti2 raya
share jelah ya
papai



Sunday, September 19, 2010

Baru ambil beberapa kad

kad raya chemp
kad raya nannie

kad raya ezany
***
ada yg tak sempat nak amik
yatt... kshima tak dapat masuk rumah..he he
maaf zahir dan batin


Wednesday, September 8, 2010

Selamat Hari Raya, Maaf zahir dan batin

Card raya dari Shiemanis
card raya dari chah

selamat hari raya, maaf zahir dan batin
kepada semua rakan2 yang membaca blog ini, dan semua yang shima pernah bagi komen
dan yang shima pernah berurusniaga, dan berhubungan
ampun maaf dipinta, jika terkasar bahasa atau tidak petah berbicara
semuanya ikhlas dari shima dan ada yang hanya gurauan semata2
tidak bermaksud untuk menyakiti hati sesiapa
***
semoga berbahagia di bulan yang mulia
dan selamat sampai ke destinasi yang dituju



Monday, September 6, 2010

Menu lagi

Assalammualaikum dan salam isnin
masih lagi ingin berkongsi juadah berbuka puasa beberapa hari yang lalu
nak masak apa hari ini ya, lagi 4 hari insyaallah akan menyambut bulan syawal, rasanya shima berhari raya di sini dahulu baru balik ke kg somi di pahang
sebenarnya masa mula-mula berdua dulu memang mengira turn kg siapa, tapi bila dah lama2, 2-2 tak ingat turn kg siapa pulak raya tahun ni, he he... dah tak kisah sangat janji masih beraya bersama kan
manggo juice buatan sendiri dan teh tarik (wajib ada) untuk mak shima
yang ni memang bangkit selera, ikan masin merah masak lemak cili api dengan terung bulat, kalau pedas lagi sodap
tapi mak shima tak makan pedas sangat so kurangkan cili api tu

yang ni paling tak tahan... my favourite(kena cakap org putih)
masak sambal udang petai..pssst petai kena lebih baru tak hengat dunia
***
hari ni rasa-rasanya nak masak sardin jelah + telur dadar
kejap lagi nak pi kedai, tengok apa yang best
sampai sini dulu
tata...selamat berbuka puasa


Saturday, September 4, 2010

Si bujur kangkung

Assalammualaikum dan salam sejahtera
sibuk... mesti semua sibukkan di hujung minggu
shima macam biasa, buat-buat sibuk

so hari ni shima nak share, si bujur kangkung yang dah ada 3 size yang berbeza, yang paling besar dalam 16" panjang, panas lagi baru sampai di teratak shima ni, dan yang paling cute, lebih kurang 7". Pernah nampak size kecil sikit dari 16" tu di Ampcorp Mall, tapi sebab bajet dan zero, maka lupakanlah.
***
entahlah ... betul ke"Zero the Hero"


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to qaseh creation
Designed by UMIESUEstudio 2015