Tuesday, December 20, 2011

Mini doily pink crochet

Assalammualaikum dan selamat tengahari

dah lama menyepi
tak ada aktiviti yang best... banyak aktiviti termenung sana, termenung sini
so semalam shima jumpa pattern di atas di Lacy Crochet .

cuba pula pattern bunga ni, dah lama mengidam nak buat.... malas menguasai sifat rajin
pattern ni boleh didapati di sini Happy in red




sebab crochet ni mini, tak tau lagi nak letak bunga kecil tu diatas atau dikeliling doily crochet tu.
tunggu.


Tuesday, December 6, 2011

Granny crochet... here I'am..

Assalammualaikum dan selamat malam
apa projek hari ni ya... hari ni produktiviti shima menurun... mungkin tak gi window shopping kot atau dah tak ada $$$... mood pun slow

tengok ya, apa yang shima buat hari ni selain dari shopping di internet...
macam dah jadi satu penyakit...
siapa boleh tolong...huhu

"tolong ingatkan saya"... teringat pulak lagu Ana Rafalie
oklah mula2 shima buat yang ni

lepas tu tambah border
sebenarnya sepatutnya border tu warna off white
tapi semua orang tau kan benang ni walaupun code sama,
warna boleh berubah 45 darjah.

ok tu je yang sempat shima buat border... dan granny square shima tak cukup lagi,
sebab berangan nak buat blanket. tapi yang best dah ada bakul untuk crochet,
macam gadis ayu je kan bila bawa bakul ni gi tepi pantai ke, lepas tu jahit crochet...
pakai baju gaun2... ada hairband ribbon.

ngeh3... selalu berangan...
dah nak jadi granny pun tak insaf2.

GRANNY CROCHET
here i'am
rock u like a ...



Monday, December 5, 2011

Waiting list 1... done

Assalammualaikum dan selamat malam

Akhirnya siap juga doily shima ni.

mesin jahit yang banyak berjasa.
cabaran pun banyak, tempat tahan benang tercabut la,
jarum patah la, benang putih habis pulak.

taraa, cukup 3 layer, dah lama beli lace ni...
penat juga keluar masuk barang untuk kemas.

dan doily kecil ni bentuk empat segi, siap juga untuk 4 layer.

cuma bucunya je shima belum mahir untuk cantumkan.
dah menjahit pun setahun sekali pun dah bagus.

oklah, waiting list 2 menunggu
tunggu... sambung esok ya.


papai


Sunday, December 4, 2011

For misa

Assalammualaikum dan selamat petang
alhamdullillah, sempat siapkan... dah dekat 1 bulan setengah
teruknya shima... mood memainkan peranan yang penting...
emmm.... tapi tak habis lagi, touch up, varnish dan pasang cangkuk..

harap misa suka
terima kasih



Saturday, December 3, 2011

Waiting list


semoga ceria di hari sabtu ni
shima memulakan tugas seharian seperti biasa
banyak betul waiting list shima yang menanti
yang wajib, yang sunat...

antaranya yang waiting list yang cari penyakit

jom intai

my crochet

my patchwork
dah dekat 2 tahun

my x stitch
rindunya nak menjahit semula.
dah bertahun2 tak siap

my doily
berangan nak buat sendiri
yang simple je..


semoga boleh siap
due date.... biarlah masa yang menentukannya


so kawan2, banyak tak yang tak siap lagi
jom share...


Saturday, November 26, 2011

Selamat menyambut maal hijrah


Assalammualaikum dan selamat menyambut maal hijrah


antara yang perlu shima siapkan di tahun baru ni
tapi masalah penyakit bahu dan tengkuk buat projek shima banyak tergendala
mungkin terlalu banyak menggunakan mouse di computer.




cawan gergasi yang shima ada
besar, rasanya cukup untuk 2 cawan biasa


semoga tahun ini lebih baik dari tahun lepas


Thursday, November 24, 2011

Bila sirih pulang ke ganggang


Assalammualaikum dan selamat pagi
hari ni shima nak share sirih yang emak shima tanam
memang subur sebab apa yang mak shima tanam semua jadi

tangan shima tak jadi..jadi kat lain



walaupun kawasan belakang ni kecil tapi mak shima manafaatkan sepenuhnya.
cantik menjalar kat dinding... hijau


ni pula tepak sirih, tapi bukan yang lama, baru
koleksi emak shima

yang ni cushion pengantin, semasa emak shima berkahwin dulu
katanya emak dan mak ngah shima yang tekad cushion ni...
ini je pun yang tinggal


sehingga bersiaran lagi


Monday, November 21, 2011

Tutup tureen

Assalammualaikum dan selamat malam
sana sini bola

shima masih melayan hobi shima
jom lihat 3 kuntum ros yang berbeza diatas penutup tureen ni





kalau ada kawan2 yang ada mangkuknya, teko dan cawan
roger2lah shima ya

terima kasih
papai


Wednesday, November 16, 2011

Why me...


bersiaran lagi
entry disini sebenarnya memberikan salah satu motivasi kepada shima.
satu persoalan yang memang menjadi persoalan shima ketika ini...

Why me...


emmm bukanlah ujian yang berat dan besar,
terlalu banyak rahmat dariNya yang shima tak mampu hendak balas.
Mungkin usia yang sudah menginjak, tapi shima bukan bola...
walau shima selalu bersikap positif...hati shima tersentuh.
balik ke rumah terus tengok koleksi kesayangan shima...
ngeh.. ngeh..ngeh.
terus jadi lupa ingatan... he he he, shima kembali ceria

salah satu terapi...
jom share koleksi red transferware shima..

sugar pot
mason's - gambar macam seorang lelaki memberi bunga kat seorang perempuan
tapi ada 2 orang perempuan... confuse... mungkin seorang lagi tu pembantu.

pandangan dari atas
pattern pada penutup dan tangkai simple, tapi sweet

sugar pot britain castle

creamer yg comel


dulang berbentuk empat segi





jom share
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to qaseh creation
Designed by UMIESUEstudio 2015