Tuesday, January 29, 2013

Tea towel

 Assalammualaikum dan selamat malam

apa khabar kawan2 di sana.. emm, shima disini sihat, masalah dan kerjaya dapat membuatkan hidup kita lebih beertikan, pernah cikgu shima cakap dulu, kita hidup ni salah satunya untuk menyelesaikan masalah,
 so tak bolehlah ambil tindakan yang terburu-buru, kena banyak belajar bertenang kerana kita masih ada Nya.
 oklah hari ni shima nak share tea towel, betul ke, emm shima pun tak pasti namanya tu...
shima suka design ni sesuai untuk diletak di dapur, shima sekarang ni tengah collect barang2 untuk nak decor dapur, tapi ada yang bonda tak setuju... he he, so shima jual balik walaupun dengan harga yang kurang dari beli. betul juga dapur shima ni kecil je, tulah basah tulah kering, tea towel ni pun mungkin akan di gantung dalam bilik kerja shima je... 


shima kena color kot bagi putih je bahagian tu, tengoklah nanti.
selamat mendekor pada kawan2 yang sama hobi.

salam sayang
 

Saturday, January 26, 2013

Cottage...

 Assalammualaikum
masih dalam penyusunan, dah beberapa hari shima susun punggah, susun punggah, sebab selagi tak siap susun, shima tak boleh buat kerja lain atau hobi lain.

Antara tin2 gambar cottage yang baru shima beli.
tin jam dan cawan memang fav shima.
 rak ni baru dapat, dari Lynn cottage
 
 susun, susun susun... dah letih.

Salam sayang

Tuesday, January 22, 2013

Ayam.. bermacam ayam

Assalammualaikum
masih lagi dengan cerita minat shima, susah untuk dipisahkan.
antara haiwan peliharaan yang shima suka tengok selain kucing ialah ayam, tapi ayam ni hanya sesuai di kawasan yang bertanah lapang.

frame pertama ni shima beli melalui jualan line fb,
berat dan keras kayu ni,,, minat pada coraknya.
 
 yang kedua juga pada penjual yang sama, cantik.
 tea towel ayam ni murah saja dalam RM5.00, kalau rajin ke kedai lain mungkin dapat dalam RM3.00

 owh ini buku FA shima, nyaris terbeli 2 kali, sebenarnya shima merancang nak belajar lukis sendiri ayam tu, tapi masa tak mengizinkan, tunggulah dulu, sementara tu cari je gambar yang dah siap.

sudah pasti di dapur, tapi ruang tak ada, so masuk jelah dalam store aka bilik kerja shima.

Salam sayang

Wednesday, January 16, 2013

A kiss for u

 Assalammualaikum
tin2 yang tiada rumah dan baru sampai

baru sampai dari Langkawi
 dari Johor, dulu tak minat, sekarang minat...
 corak ayam tetap menjadi pujaan hatiku.

Salam sayang

Tuesday, January 15, 2013

Tin collector

 Assalammualaikum
masih lagi dengan hobi, yalah blog ni dibina pun untuk share hobikan.
kali ni tin, bila berjangkit, memang parah,
jom cuci mata
 
paling suka sekali tin jacob, biscuit dan family biscuits, lukisan kat atas tin tu cantik

 owh tin farmhouse tu cantik, terlindung dengan doily, tak sempat kemas lagi
 sebahagian tin yang koleksi sendiri dan sebahagian lagi diberi oleh rakan2 yang memahami

 emm, tapi kalau hobi je mahal... tak tau lah kenapa ya.


Salam sayang,

Saturday, January 12, 2013

Rose Chintz - my love

emm berkemas dan berkemas,
hampir sebulan tak bersiaran, memang rindu dan shima ucapkan terima kasih kepada kawan2 yang masih sudi berkunjung ke sini, sama ada secara sengaja atau tidak sengaja.

 hari ni shima nak share dengan kawan2 sehobi, pinggan mangkuk, pelik kan hobi ni macam2 ada
si cantik manis ni dah lama ada, shima dapatkannya dari Kak Aida Alkesah
terima kasih kak, sudi melepaskannya kepada shima.
so shima kemaskan semalam dan hari ni, masa berkemas, shima nak susun pinggan kat belakang cawan ni
praaaaaaaaap, jatuh satu cawan, maklumlah, nak siap kerja cepat, cawan ni shima letak 3 tingkat, runtuh satu tingkat, patutnya turunkan cawan tu dulu, memang minah tak sabar,
bukan rezeki... sob3

 si jantung hati dah berkecai
 
 mood berkemas pun terpadam sekejap, kalau tengok pinggan kat belakang dah tak seimbang...
emm, tunggulah dulu, bila semangat dah naik balik, shima susun semula,  merundum sekejap semangat shima.

sebahagian transferware red and white shima ni dah berpindah ke bawah,
setelah mendapat persetujuan dari bonda, bila dah susun dan keluar dari almari macam banyaklah pula.
ok nanti shima share susun atur dibawah pula ya.

 Salam sayang,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to qaseh creation
Designed by UMIESUEstudio 2015