Monday, July 30, 2012

Gantung kuali

semalam rasa macam nak gantung kuali,
tapi sampai hari ni tak jadi,
esok kot
lauk semalam, masih banyak lagi
 masak lemak ikan masin merah
 samabal udang petai bersantan

jemput berbuka puasa ya.

 

Sunday, July 29, 2012

Apa yang baru


apa yang baru ya, menu berbuka puasa je
nak share hari ni, lauk yang  shima masak iaitu sayur campur.
kari ikan cencaru
perghhhhh, yang ni paling best kalau dah masuk 2 hari ... lagi ummmph.
kari ikan ni masak simple je, cuma masuk bawang putih, bawang besar, halia diketuk dan daun kari.
tambah kari ikan, santan dan yang paling penting, air asam jawa. opps jgn lupa garam.
 dihidangkan bersama lauk semalam, sambal udang petai dan ikan goreng pelaling yang dimasak semula (upgrade sikit) dengan cili api....jadilah ikan berlada cili api....
 Air oren,. emmm 3 gelas shima minum, haus pula, sebab sekarang musim panas kan, atau air ni memang sedap.
 pemanis mulut, bubur kacang durian, di masak oleh emak shima

ini dinamakan rezeki ramadhan, diberi oleh SIL, tq kak yam.

 hari ni shima ingat nak gantung kuali, tak nak masak, tapi gi kedai tadi terbeli pulak barang2 baru.
so moh kita ke dapur lagi petang ni.

jom masak-masak
 

Saturday, July 28, 2012

Intai-intai menu

 Assalammualaikum dan selamat pagi

 masih mengenai menu makanan, kalau buntu macam shima boleh masak je masakan kegemaran kita,
kalau pelbagai pun, kurang minat, nanti membazir pula
kangkung tumis sotong belacan, shima tengok di blog masakan ada kangkung tumis kerang,
kerang, nak kopek pun bercinta, so tukar dengan sotong.

 masih lagi taksub dengan air bandung selasih ku sayang, sebab ada baki susu cair setengah tin lagi,
susu cair ni cepat basi, so shima perhabiskan, air bandung ni shima + dengan aiskrim soda.
baru ummmmmmph, emmm perasan lagi.
 paling special untuk semalam, pencuci mulut, first time buat agar2 buah ni menjadi, tak keras dan tak lembik.ok, shima bagi 80%, tapi mak shima komen keras dan tawar.... huwaaaaa....
tapi kalau ada limau kasturi lagi sedap, perah kat atas agar2 ni
  so nilah menu shima semalam bersama lauk wajib, ikan goreng pelaling.

resepi kawan2 macam mana.
 

Thursday, July 26, 2012

Chenta... hepy bestday 19.7.2012

 Assalammualaikum dan selamat malam
umur semakin meningkatkan, tak kan menurun pula.. ngeeeeeeeeee
sebelum puasa, en somi menyambut harijadi yang ke...

nak buat suprise, nak tiup belon, semua tak sempat,

yang sempat, shima dapat beli cake je.
layer cake pandan.
Nak kidnap anak sedara shima pun tak sempat, sebab en somi dah sampai depan pagar, so kita orang kidnap sama2,  ada yang baru mandi, tak sempat sikat rambut, ada yang baru bangun tidur, boleh teka mana satukan.   3 orang budak kenit ni yang selalu temankan  pak su dia.   dengan mak su dia... emm .... busy memanjang.
 so project yang shima cuba buat sekarang ni ialah crochet, ni je yang larat pegang, cross stitch dah humban je balik ke bilik craft aka store.

hepi bestday chenta, 
semoga panjang umur, murah rezeki dan sentiasa dalam limpahan dan rahmat Allah SWT,
amin
 

Wednesday, July 25, 2012

Salam Ramadhan

Assalamualaikum dan selamat menyambut bulan ramadhan, sudah hari yang ke5.  
Semoga semuanya dipermudahkan.  

shima cuma nak share menu berbuka puasa, kadang2 buntu kan kalau nak masak hari2.
sambal sotong berminyak... ngeee 
 masak lemak ikan selar kuning kecik comel.
 air bandung selasih ku sayang
 kuih buah melaka yang dibeli
 agar2 santan pandan dibeli juga
 durian, macam mengidam je, kucing tidur fav shima

selamat berbuka.

Wednesday, July 18, 2012

Projek bermusim

 Assalammualaikum dan selamat malam
projek bermusim yang perlu shima selesaikan,
dah lama shima beli bekas ni di KK Home Decor, minta tolong en somi spray, shima tak larat

 shima beli 2, maklumlah si tomak,
shima pilih warna taxi blue dan avocado dari jenama anchor
suka sangat warna-warna ni pada masa sekarang.
kalau senang nanti macam nak dilukiskan, tapi takut rosak pulak warna yang dah memang cantik ni.
 projek lama yang perlu disiapkan, dah 7 bulan shima tak pegang berus untuk lukis atas mdf board,
kawan order dah lama, gagahkan diri juga, kalau ikut hati.... emmmmmmmm
masih belajar, bahagian daun tu masih banyak kekurangan, maklumlah, jarang praktis.

jom melukis pulak
emmm suka-suka hati jekan
la la la la

Friday, July 13, 2012

Plant stand 1 and 2.... 13.6.2012


antara wip shima yang dah siap.


dari 16 wip, sekarang tinggal 13,
13 lagi perlu dipangkah2.


selamat memangkah ya.

Thursday, July 12, 2012

Giveaway... Ayza... Benang kait

Teka dan menang

Hadiah

1. Wallet/clutch
2. Clincher/Belt
3. Bangle/Bracelet 
 yang bawah ni shima hanya copy dan paste sahaja ya.

Terms and conditions:

1. Warganegara Malaysia dan memiliki postal address di Malaysia.
2. Memiliki blog atau akaun Facebook.
3.  Pemilihan pemenang adalah berdasarkan kepada tekaan yang paling tepat. Jika tiada, jawapan yang hampir tepat akan dipilih sebagai pemenang.
4. Cabutan bertuah akan dilakukan jika tiada langsung jawapan yang tepat/hampir tepat.
5. Tarikh akhir penyertaan: 25hb Julai 2012. (Extended)

Guess what is this?

Shima teka topi...

la la la

sebenarnya banyak nak teka... sebab nak menang 

he he, takut langgar syarat pula.

 Cara-cara penyertaan:

a. Penyertaan melalui blog:
1. Teka apakah hasil akhir for my current w.i.p. (rujuk gambar di atas).
2. Follow blog ini.
3. Buat satu entry mengenai post ini di blog anda dan link kembali kepada post ini.
4. Tinggalkan komen anda bersama tekaan dan link blog's post anda.

b. Penyertaan melalui Facebook:
1. Teka apakah hasil akhir for my current w.i.p. (rujuk gambar di atas).
2. Simply like page ini.
3. Share link blog ini di Facebook anda. (Boleh tekan button Facebook di bawah)
4. Tinggalkan komen anda bersama tekaan dan nama Facebook anda.
ok yang ni link blog ayza


mudah aje
ada rezeki timbul, tak ada rezeki pun timbul juga.
shima pernah beli benang kat ayza ni... cantik sangat.
jom3 joint.
 

Wednesday, July 11, 2012

Cinta tak kenal warna

 Assalammualaikum dan selamat malam
shima masih dilamun cinta, cinta dengan warna-warna alam, kali ni warna apa ya
 
 ok sebelum tu jom tengok living room ni cantik kan, warna semulajadi coklat, beserta sentuhan merah, rotan dan kayu, memang gabungan ideal.
 stripes merah
 digabung dengan polka dot kecil merah, selalunya mug shima beli 5 sahaja, sebab tempat gantung kat kitchen area shima hanya boleh gantung 5 mug sahaja.
 serasi bersama
 shima nak share cross stitch shima yang sudah siap pada 30.6.2012 dengan rasminya.
entah mana semangat shima datang kembali, pagi petang dan malam menghadap xs ni.
sebab rasanya dah jutaan rupiah shima keluarkan untuk membeli pattern dan benang, sayang kalau tak siapkan, kain pun dah buruk, sebab shima pakai letak je di mana2, masa tu macam dah kurang kasih sayang pada xs ni.  sebab cinta shima dah beralih arah, emmm macam tak setia je kan,
 itik dan pasangannya, tengah dating, suka bunga lavender di kiri
 my dream cottage, hanya impian.

salam sayang 
dan 
selamat berkraf.

Monday, July 9, 2012

Tak suka, tak suka


tak suka, tak suka,,, emmm dulu
sekarang... suka sangat.. biru... biru ..biru
 
 cantik juga kan, kalau decor biru + meroon, rumah shima banyak warna meroon, nak tukar semua biru, emm takut hangat2 tahi ayam je, nak tambah biru pun bajet tak ada lagi, so beli yang kecil-kecil dulu.

 mug polkadot, hari tu jumpa background putih polkadot biru, shima tak ambil, rasa rugi pulak.
jumpa hari ni yang contra, shima beli 2 je,
 
 lilin dulu pun shima tak suka, sekarang suka, sebab memang boleh guna saat kecemasan.
 
  bersama napkin cotton polka dot biru made in India, pure cotton
 semuanya tentang biru.
 selamat mendecor.
sehingga bertemu lagi.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to qaseh creation
Designed by UMIESUEstudio 2015