Tuesday, November 30, 2010

you are so beautiful to me...

Assalamualaikum dan selamat malam semua

sesuai digandingkan bersama - kedua2nya handpainted

motif teko handpainted bunga ni, tiada cop kat bawahnya, tapi tahi lalatnya tumbuh bagai cendawan tumbuh
teko ni, shima dapat dari tasya... masa tasya adakan quiz dulu dah lama dah, shima yang pilih teko ni, sebab lain dari yang lain
***
tajuk kat atas tu, ambil dari rumah aida mn...
memang sesuai
hari ini shima tengah angau ni, semua kerja tak siap sampai malam
patutnya hari ini jadual dia, gosok baju, bakul ajaib tu.. sentiasa penuh, tak susut2, walaupun sorang je kerja
***
angau kerana apa ya, agaknya
ha ha ha... tengah tunggu confirmation order barang online ni
huhu dapat ke tak dapat
***
sebenarnya berazam dah, tak nak membeli, tapi dah tahu fb, makin ligatlah pulak
Help me
you are so beautiful to me


Dikuasai biru...

Assalamualaikum dan salam selasa
kepada rakan2 yang masih sudi singgah sini

pemandangan cantik dan sweet, anak angsa tengah dating dan warna birunya yang cantik, biru kehitaman.

digandingkan dengan set cawan jenis homemade, yg warnanya sedondon
jadi koleksi peribadi yang mempunyai nilai sentimental di hati shima
jom layan... biru dah menguasai diriku

Thursday, November 25, 2010

Berkemas lagi

Assalamualaikum dan selamat petang rakan2 yang masih sudi singgah di sini

Berkemas sambil mendengar lagu-lagu dari rumah rakan2 bloggers.
Jarang dengar lagu sebab kalau dengar macam pening kepala, dalam kereta pun radio ditutup sebab nak cakap, rasa menganggu je. Radio kat dalam bilik ni ada tapi dah bertahun tak pernah buka...sebab selalu buka tv je

tapi bila dah dengar tadi, lagu lama... bestla pulak , sampai tak dengar hujan dah turun, huhu, alhamdullillah jiran dah tolak kain ke tepi (jangan dengar shima m enyanyi cukuplah).
teruknya.. tu lah malas nak dengar lagu2 ni, melayan jiwa

Sunday, November 21, 2010

Hobi lama kembali jua...

Assalamualaikum dan selamat petang rakan2 semua..semuanya
lama bercuti dan balik kampung, semua kena rehat...
kelam kabut menghabiskan kerja... tak habis pun sambung balik minggu depan

hari ni shima nak share hobi shima sedari kecik lagi (remaja)...mengumpul frame gambar
dah lama tak beli... hari tu pergi Amcorp Mall, lepas mesyuarat tingkap, tak rancang pun tersinggah la disana, jalan2 dulu kat ground floor tu, memang ada beberapa barang yang pekenan tapi... entahlah, hati dah berkata, nak letak dimana ya, so sayonara
sebenarnya sebelum ke ground floor tu, shima dah termasuk ke teddy bears kot nama kedai tu di tingkat 1, dah lama tak beli frame gambar ni, bunga2nya timbul, mengudam kalbu, so ambillah dua sekali

yang ni walaupun bunganya kecik, tapi lace kat tepi tu manis je
***
walaupun frame gambar ni, jarang shima isi dengan gambar,
cukuplah coraknya sebagai terapi kesejukan mata
ros-rosa-ku sayang



Saturday, November 13, 2010

hijau berbeza warna - part 2

Assalammualaikum dan selamat malam
rakan2 semua
berehat sekejap bersama sihijau

shima pernah ceritakan dahulu bahawa sihijau ni ada dua jenis. hari tu shima tunjukkan warna yg lembut macam pucuk pisang, yang ini lebih tua sikit, tapi ada bersama teko.... sayang teko penutupnya menumpang kasih...jadilah
cantik pula digandingkan dengan teko bertangkai dawai keras ini

dan siteko aladdin berganding bersama dengan anak2nya
ramai yang dah ada...cantik, polos dan manja walaupun tiada bunga
sekali sekala sidaun pula jadi buruan
apa salahnya kerana bukan selalu musim bunga
***
berhenti di sini dahulu sebelum bahasa berbunga2 yg hanya shima sendiri yang faham
jom share


Monday, November 8, 2010

My best corner...


Suka sudut ni, emmmm sudut dalam bilik

Friday, November 5, 2010

Hijau - dua warna berbeza

Assalammualaikum dan selamat malam



Cawan 4 bujang itu pemberian ikhlas dari k aton, shima jodohkan dengan piring jade pusaka keluarga. jug creamer adalah hasil barter dari ryana, warna cawan dan jug creamer hijaunya lebih lembut, dulu ingatkan terlebih rendam dengan peluntur
rupanya memang ada dua warna yang berbeza

sugar pot tanpa tudung pun pemberian k aton, warnanya lebih gelap
***
sejak itu warna hijau ni, menjadi salah satu warna kegemaran shima
shima tak pernah ada set hijau selain dari ros hijau tu
***
telah berjanji dengan k aton hari itu untuk menjaga cawan2nya yang sekarang berada dalam simpanan shima dengan sebaik mungkin, begitu juga jug creamer dari ryana
***
teko hijau lembut ni dah intai dari galeri ezany
tapi nantilah dulu...he he
tunggu 'wang ihsan' kot


Tuesday, November 2, 2010

Istana menanti.... pasti




Istana Menanti
Langkah ini
Terasa terhenti-henti
Depan kelabu
Pedih memilu
Masa bukan lagi temanku
...
Masih jua
Aku mengharap cahaya
Biarpun terus
Meredah belukar
Pecahan kaca
...
Menusuk tubuh berdarah
Sakitnya tiada terkira
...
Istana menanti
Bertakhta hati
Berseri...
Istana menanti
Tempat kita
Pasti...
...
Getar jari-jemari
Bertaut pada harapan ini
Aku membilang hari
Apa akan datang hari
Ku nanti
Istana menanti
Pasti...

***
layan... jiwang sekejap
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to qaseh creation
Designed by UMIESUEstudio 2015