Thursday, September 29, 2011




Assalammualaikum

wah bestnya dan terharu , hari ni shima dapat award dari k dee.
dah lama rasanya tak ada acara anugerah ammy award.

terima kasih k dee.

2. syarat ke 2 kena cerita 7 benda tentang diri shima.
susah nak cakapkan tentang diri sendiri kan, kalau suruh orang lain cakap mesti banyak.

1. shima rasa shima ni susah nak nangis atau bersedih, kecuali kalau betul2 menghiris perasaan. masa tu nangis bagai nak rak, tapi selalunya dibelakang orang. ..huhu

2. dulu ramai yang kata shima ni happy go lucky,
sejak 2 menjak , rakan sekerja selalu tegur, "senyumlah kak", nampak serius je, mungkin tekanan kerja menjadikan shima mudah stress, hilang dah senyuman manisku.

3. hobi yang banyak buatkan shima susah nak berehat, boleh kata tangan shima non-stop, kalau tak buat hobi, siapkan kerja2 rumah. so tak adalah jadi "sleeping beauty",... sleeping ugly adalah, sebab tidur pun berkerut2 dahi.
(sebab yang ni en somi selalu tegur... rehatlah).

4. suka dengan kucing, tapi malas nak bela... sebab kena uruskan tuuuuuuuuut...ngeee

5. suka nyakat budak2..... he he

6. suka makanan seafood, sampai tak hingat dunia ... ada penyakit alahan pada menda2 tuu

7. sekarang ni rajin beli hadiah untuk diri sendiri, sebab nak tunggu orang bagi, confirm tak dapat ... ngeeeeeeeee

syarat seterusnya kena tag 15 kawan ...

1. nannie - koleksi resepi nannie
2. salmi - http://sitisalmi.blogspot.com
3. nisa - http://yoonandstitch.blogspot.com/
4. rina - http://primrosetouch.blogspot.com/
5. alynn - http://azlinsupian.blogspot.com/
6. gee - http://honeygeesdecoupage.blogspot.com/
7. ayu - http://ayulittlecottage.blogspot.com
8.yatt - http:///yattbzgg.blogspot.com/
9. k yaya - http://justdeco-yaya.blogspot.com/
10. pn suzana - http://diariann.blogspot.com/
11. rohas - http:///luvantiques.blogspot.com/
12. ain - http://ainzuryn-kasehantik.blogspot.com/
13. lynn - http://lynncottage.blogspot.com/
14. en shariff - http://shariffudinmahmood.blogspot.com/
15. ezany - http://ezanygallery.blogspot.com/

dan semua kawan yang singgah sini, sudilah amik ya,
tak jawab pun tak apa.

terima kasih semua...
shima memang mengkagumi semua hasil kerja dan minat dalam bidang masing2


Tuesday, September 27, 2011

Mobile Doily Crochet

Assalammualaikum dan selamat sejahtera
dah siap mobile crochet shima, shima panggil mobile sebab boleh dibuat dimana2 saje.
banyak mistake di sana sini, kaitan pun tak kemas...


tapi yang penting, siapkan
bahu pun dah sakit, rehat sebentar untuk project berikutnya.


sehingga bertemu lagi
jom menjahit pulak
dah lama tak usik kain-kain yang beraneka warna


Sunday, September 25, 2011

Sekuntum bunga yang sedang mekar

Assalammualaikum
bersiaran semula di pagi Ahad yang mendung
nak share sekuntum bunga yang berkembang minggu ni

di waktu petang
bunga semakin kembang


di waktu pagi
masih tersorok bunga ditengah2nya


Wednesday, September 21, 2011

Galeri kecil ain

Assalammualaikum semua

masih bersiaran di malam hari
hari ni, shima cuba siapkan 1 fa lagi untuk kawan
terima kasih kerana sabar menunggu

basecoat dah dibuat sebelum raya
bunga ros dah dibuat minggu lepas
daun dan tulisan dibuat hari ni
touch up dan varnish mungkin dibuat esok

sekarang tenaga dah tak ada,
dulu shima boleh stay up sampai pukul 3-4 pagi
untuk buat x-stitch dan deco painting ni

sekarang dah tak larat, kalau stay up juga, confirm pengsan seminggu,
cover 3 jam yang tak tido tu.
jadi cam "monyok" semacam je...


terima kasih ain.



jumpa lagi... tata tutu tuti

Sunday, September 18, 2011

Doily crochet...

Assalammualaikum

selang seli dalam hobi ni, shima suka buat crochet juga
kenapa ya, sebab shima nak guna untuk diletakkan dengan hobi yang lagi satu
kait mengaitkan hobi shima ni.
rasa nak beli, tapi kalau boleh buat sendiri lagi puas hati,
cuma boleh buat yang kecil2 je.


penat pilih pattern, ada yang teringin nak buat, tapi susah pula
kenapa shima pilih pattern ni, sebab renda dikelilingnya menarik.
doily bulat ni banyak sangat pattern nenas, shima kurang suka,
ada sesapa ada pattern yang besar sikit, tapi bukan gambar nenas.
(boleh share dengan shima)
dalam internet memang banyak pattern, tapi pattern yang bertulis
gambar tak ada, shima tak paham... ngeeeeee

shima teringin nak buat untuk meja bulat 4 kerusi... angan2
sebab crochet ni boleh dibuat masa kita "mobile",
dalam kereta ke... tunggu orang ke, balik kg ke


ok jumpa lagi, kalau dah siap ya

Wednesday, September 14, 2011

Stacked teacups 2



Teko tak ada
teko tak ada.... sesiapa ada

Assalammualaikum
tak ada kerja... emm kerja manyak, saje je

sebenarnya shima masih belajar cara menangkap gambar yang cantik
blog ni salah satu cara nak tengok gambar yang dah disnap
tangan masih menggeletar
selalu gambar tak terang.


layan jelah ya

Tuesday, September 13, 2011

Stacked teacups

Assalammualaikum

masih peminat cawan tegar
masih mencari piring cawan
bujang

set cawan yang cun

yang ni pun bujang


Suka susunan macam ni
dalam bentuk cross stitch, deco painting dan cawan sebenar



Layan... Rose... roses

Monday, September 12, 2011

Favourite Corner


Assalammualaikum
bersiaran lagi
shima sebenarnya mencari kekuatan untuk menyambung kerja-kerja sampingan shima.
harap yang menunggu mengerti.
emmmm tak boleh jadi peniaga shima ni.
hormon asyik tak stabil je... dah salahkan hormon pulak... maaf ya
so hari ni shima nak share tempat lepak di waktu pagi dan petang
my cenonet area.

di atas tu jelah koleksi pelita yang shima ada,
dan beberapa cenderahati yang dihadiahkan oleh.... diri sendiri


sarung cushion kecik ni shima buat...
dah lama, kira vintage juga kot
yang besar patchwork tu beli... buatan cina (kainnya kasar)
sebenarnya sarung bantal dan bantal, shima buat alas belakang kerusi ni

kepala langsir atas tu cubaan ke2, tak ingat nama /jenis langsir,
tapi sebab shima kedekut, night curtain tu beli sekeping je.
patutnya dua keping baru urmmmmp... boleh selak kiri dan kanan.


so area ni dah ada kawan baru
almari lama yang sampai sebelum raya,
jenuh shima mengisinya waktu malam lagi dengan koleksi cekelat saya.
suka warna cekelat.

area ni banyak juga bunga2 tiruan, kesukaan bonda
shima ikut aje.


jom cuci mata.

Sunday, September 11, 2011

Before and After - part 2


Assalammualaikum
masih ingin berkongsi dengan penggemar warna biru

"sharing is caring"


Aras tiga
yang masih caca merba
sebab tinggi dan tak sempat nak susun
doily baru sampai dan terus letak je



Aras dua


sehingga berjumpa lagi

Monday, September 5, 2011

Before and After - part 1

Assalammualaikum dan salam sejahtera
Hari ni shima nak kongsi sikit, perubahan decor yang shima cuba buat

koleksi biru saya


sebelum

selepas


aras 1
hasil beli dengan kawan2 di blog dan fb


masih lagi carca merba, terutama bahagian shelf paling atas
shima simpan semua koleksi biru shima kat sini,
sudah cukuplah gamaknya, sebab akhir2 ini,
shima cuma fokus untuk beli almari sahaja.
pinggan mangkuk dah berhenti membeli buat masa ini.


salam sayang

Sunday, September 4, 2011

lemari lama ke3... yg terakhir

Salam lebaran

emmmm masih lagi kemaruk dengan almari lama,
tapi ni yang terakhir... "janji palsu shima"
datang di akhir bulan Ramadhan, duit bonus habis ke sini, kalau tak, tak dapat.
memang pekenan dengan kawan2 lain yang menjual lemari lama,
tapi masa dan ongkosnya tak sehaluan pula ...

shima beli dengan Zulkis, kalau ikutkan turn memang lambat lagi
tapi shima pekenan dengan design ni...
dah jodoh kot.

shima pun nak ucapkan terima kasih pada
En sharif dan isteri Ruzidah serta Sarah yang comel,

kerana tolong menghantar almari ni...
waktu malam pula.

terima kasih semua.

salam sayang

Saturday, September 3, 2011

rose... roses

Assalammualaikum dan salam sejahtera
nak share bunga ros yang baru bertandang




Menikmati keindahan alam, ciptaan Allah.


salam sayang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to qaseh creation
Designed by UMIESUEstudio 2015